Salam semua.. Hari ni Isnin, 5 Mac 2012 merupakan tarikh keramat aku..hehe Hari ni hari ulangtahun kelahiran aku yang ke.. bape eh?? aku lupa la... Ape2 pun.. pada usia aku sekarang ni aku dah ada suami, dah ada anak.. Alhamdulillah.. Anugerah untuk menjadi ibu pun sangat aku hargai memandangkan tak semua orang boleh menjadi ibu yang mampu melahirkan anaknya sendiri.. Syukur Alhamdulillah.. Semoga aku akan menjadi insan yang lebih menghargai lagi setiap apa yang aku ada... Ibu aku pun dah semakin hari semakin tua, adik2 pulak makin membesar tapi aku tak dapat kongsikan apa yang aku rasa ni dengan arwah ayah aku yang telah dulu meninggalkan kami sekeluarga empat tahun yang lalu.. Pada usia aku sekarang dapatlah aku mengumpul aset aku untuk masa depan aku..alhamdulillah.. Semuanya rezeki daripada Allah.. Semoga aku akan menjadi hamba-NYA yang mampu berdiri di atas kaki sendiri dan mampu menempuh dugaan yang mendatang dengan sabar. Insya'Allah.
Aku berharap mampu menjadi seorang muslimah yang berjaya di dunia dan akhirat tidak kiralah ape jua yang aku lakukan.. Insya'Allah.. Semoga impian dan matlamat aku tercapai dan mendapat keredhaan daripada-NYA. Amin.
No comments:
Post a Comment