Pages

Wednesday, March 21, 2012

Keluarga Ku Sayang

Hari ni aku nak cerita sikit fasal family aku yang sangat aku sayangi... Keluarga aku ni terdiri daripada lima orang dan kalo termasuk suami dan anak aku yang comel tu jadilah tujuh orang.. Keluarga aku ni sedang2 jek.. Takla besar sangat dan tak la kecil pulak.. Just nice omputih kata..hahaha.. Ayah aku dah takde dah =(  Dah nak masuk empat tahun dah.. kalo korang nak tau, maybe raya tahun nih jatuh pada hari yang sama tarikh ngan tarikh ayah aku meninggalkan kitaorang semua... So sad, genaplah empat tahun aku ngan adik2 jadi anak yatim..huhu
Tapi Alhamdulillah, aku masih lagi ada orang tua iaitu mak aku yang selalu ada time aku susah atau senang... Dapatlah aku tolong tengok2 kan mak aku nih... Maklumlah orang dah berusia, kudrat pun dah tak macam orang muda lagi.. Tapi aku kagum betol ngan semangat mak aku yang kuat tuh... Sangat kuat dan mampu membesarkan anak2 yang masih bersekolah walaupun dah tak bekerja lagi atas permintaan arwah ayah.. Insya'Allah kalau aku ada rezeki lebih aku dapatlah tolong sikit2 mana yang patut..
OO ya aku nak share satu gambar yang diambil semasa hari raya pertama tahun lepas.. Time ni kitaorang beraya ke rumah jiran sebelah..Rumah Cik Ju.. Cik Ju ni pun telah kehilangan suaminya.. Anak-anak jelah yang tinggal dan menjadi peneman di kala sunyi menyelubungi hati...
Gambar kat atas ni ada sekali satu keluarga pakcik aku. Pakcik aku ni adalah adik kepada arwah ayah aku. Alhamdulillah walaupun arwah ayah dah takde tapi hubungan kitaorang masih sama seperti keadaan yang terdahulu. 
Aku sangat bahagia dengan keluarga yang aku miliki ni. Sekarang aku dah ada suami dan seorang anak yang telah melengkapkan hidup aku untuk menjadi seorang isteri dan ibu. Aku amat berharap mahligai yang dibina ni akan berkekalan bahagia selamanya. Semoga keluarga aku ni sentiasa berada dalam perlindungan dari-NYA.. Amin

"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."
 

No comments:

Post a Comment