Pages

Wednesday, December 21, 2011

Pizza Hut + Kek Secret Receipe

Hallo hallo... (^_^)V Wahhh hari ni aku nak kongsi sket cerita kat ofis utk ri ni hehe... Hari ni murah betul rezeki... Balik2 lunch jek ada org bg pizza hut... yummy... belom habes layan lagi datang plak kek secret receipe... Perghhhh memang berat badan naik mendadak nih... hmmm macam mana nak diet kalo rezeki datang bergolek ye tak...??? haha... 
Kalo layankan nafsu makan memang abes dah kene telan....wah kah kah kah.. ri ni hanya berlima jek kat ofis... makanan banyak plak tuh... Rezeki jangan di tolak and musuh jangan dicari kan?? betol tak?? mestilah tepat sekali.. (^_^)V Ni adalah sket gambar kek yang lazat lagi enak ... korang nak rasa ke??? boleh2 tapi kene beli kat secret receipe laaa...hihihi

KEK YANG LAZAT
Ni kek yang telah dipotong oleh K Loha (Pemilik ALOHA FESYEN)... Polca dot..macam kene demam plak..haha

BAHAGIAN DALAM KEK
Ni plak gambar K Loha and Cik Pja tengah berebut nak potong kek..hahaha (jangan mara eh) Derang memang suka makan kek jadi mungkin dah terlewat minum petang masing2 nak potong dulu...hihi (sekadar gurauan ye)... 

JANGAN BEREBUT!!! (^_^)v
Perghh kenyang tak ingat hari ni.. Terima kasih kepada pembawa2 makanan di atas.. Semoga lebih berjaya lagi..pas tu ingatlah kami di sini..hehe bak kata org ramai..terima kasih daun keladi ada rezeki bagilah lagi.. Tak gitu kawan2??? yeehaaaa sampai jumpa lagi...


Tuesday, December 20, 2011

Dividen ASB 2011

Salam... Semalam korang tengok berita tak?? Kalo korang tengok mesti korang happy sebab dah dengar pengumuman dividen dan bonus untuk ASB bagi tahun berakhir 2011. Alhamdulillah masing-masing boleh dapat 7.65% keuntungan dividen dan bayaran bonus sebanyak 1.15%. Adalah kenaikan sikit berbanding tahun sebelumnya.. OO ya kadang terfikir gak macam mana nak kira untung dividen nih.. Td adalah cari2 then jumpalah kat satu web nih.. So saya kongsikan kat sini yek kawan2.. Macam nilah cara kiranya.. 

DIVIDEN DAN BONUS 2011
Sebagai contoh:

Kadar pengagihan pendapatan dan bonus ASB yang diumumkan bagi tahun berakhir 2011adalah seperti berikut:-

Pengagihan Pendapatan 7.65%
Bonus 1.15%

Pengagihan Pendapatan

Pengiraan pengagihan pendapatan adalah berdasarkan kepada baki terendah pada setiap bulan untuk jangkamasa 12 bulan ataupun setahun. Untuk mendapat pengagihan pendapatan penuh pada bulan tersebut, pelaburan tambahan mestilah dilakukan pada 01 haribulan pada bulan tersebut dan dikekalkan sehingga hujung bulan. Sekiranya pelaburan tambahan dilakukan selepas tarikh tersebut, perolehan pengagihan pendapatan hanya akan dikira untuk bulan ke hadapannya.

Contoh pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun berakhir 2011:-

Jumlah *BMB dari bulan Januari 2011 hingga Disember 2011 x KADAR
12 Bulan

* BMB adalah Baki Minimum Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
* Baki minimum bagi setiap bulan akan ditentukan terlebih dahulu mulai Januari, 2011 sehingga Disember, 2011 (12 bulan).
* Baki-baki minimum tersebut akan dicampurkan kesemuanya dan dibahagi dengan 12 (jumlah bulan dalam setahun) bagi mendapatkan purata baki minimum
tahunan.
* Purata baki minimum tahunan yang diperolehi akan didarabkan dengan kadar pengagihan pendapatan yang diisytiharkan


Berikut adalah sejarah dividen dan bonus ASB sejak dilancarkan pada tahun 1990 hingga 2010. Skim ASB telah dilancarkan pada 2 Januari 1990.
Kadar pulangan sejak 10 tahun lepas agak lebih rendah purata 8% berbanding pada tahun 90an yang purata 9% – 12% setahun.


Tahun Dividen + Bonus
2010 7.5 + 1.25
2009 7.30 + 1.25
2008     7.00 + 1.75
2007 8.00 + 1.00
2006 7.30 + 1.25
2005 7.25 + 1.75
2004 7.25 + 2.00
2003 7.25 + 2.00
2002 7.00 + 2.00
2001 7.00 + 3.00
2000 9.75 + 2.00
1999 8.50 + 1.50 + 2.0 (2sen adalah bonus istimewa)
1998 8.00 + 2.50
1997 10.25 + 1.25
1996 10.25 + 3.00
1995 10.0 + 3.00
1994 9.50 + 4.50
1993 9.00 + 4.50
1992 7.50 + 5.00
1991 8.50 + 4.00
1990 8.00 + 6.00


















@ Klinik Tampoi

Salam semua.. Semalam aku cuti.. Aku cuti sebab nak hantar baby aku g klinik checkup n inject Hepititis B.. Pagi2 lagi aku dah bangun.. baby pun terpaksa aku kejutkan.. kesian..kesian.. tapi nak wat camner aku xmo lambat sangat sampai turn aku nnti... Perghh dah la hujan tak henti2 semalam sejukkkk... cian kat baby... Hari2 yg lepas dah puas untuk aku jadikan pengajaran.. Datang2 dapatlah nombor dalam 40 terawal.. ok ler tuh..

LOKASI KLINIK TAMPOI
Bila nak letak kad jek aku tgk lampu n kipas area kaunter tak hidup jadi bergelap la sket ala-ala blackout gitu.. Jadi aku duduklah kat area depan bilik 4 kat ctu ada lampu n kipas yg menyala... Adik aku lapo plak jd g la kaunter balik nak beli roti tetiba gelap elita lagi...waduh mcm mana no nak gerak nih... haha rupanya ada masalah ngan elektrik derang ni.. jadi memang agak bergelap la sket depan kaunter tuh...hmm pengalaman baru lagi..hehe

Bile la nak gerak no aku nih.. bilik 2 ok dah nak masuk bilik 4 ni menunggu lagi.. Nurse yg kerja plak asek keluar masuk jek bilik tuh bila nak siap nurse kalo tak fokus..adoiii penat menunggu baby pun penat sampai tertido2... siap bley bangun lagi tuh... hehe
Last2 dapatlah gak masuk.. kali ni nasib baik aku dapat ngan sister.. jadi details la sket n aku bley tanye ape2 yg aku kurang pasti.. Alhamdulillah terubat la luka aku menunggu tadi...hehe 

Time tunggu turn nak inject plak aku baca Bismillah jek tuk anak aku sorang nih...biar dia kuat sket.. cian gak mula2 dia ingat nurse tu nak main2 ngan dia.. time kene inject perghhh merah sungguh muka anak aku... bile dia nangis wat aku sedih jek... Aku memujuk la ngan penuh kasih sayang...hehee Alhamdulillah lama2 dia lupa sakit td.. So, ape lagi boleh lah kita jalan2 lagi... ahahaaha (^_^)V

Penangan Filem Ombak Rindu

Salam semua... huhu hari sabtu lepas aku, cik suami and adik aku yg sorang ni p la layan cite ombak rindu kat pawagam....hehe ramai gak org2 opis yg tengok.. xsangka plak sbb pg2 lg org dah ramai nak tgk cite ni.. Aku booked guna online jek.. Skrg dah senang xyah la nak q panjang2... debit kad pun boleh.. Inilah tiket aku.. dapatlah dok seat G5, G6 dan G7.

TIKET WAYANG KAMI
Hmmm sangat sedih... sedih n dapat rasa kesedihan izzah yang tak bersalah tuh.. haris pun sangat best bile tgk dia menangis bila nak pujuk izzah.. perghh terharulah mamat tuh leh nangis...so touching... Sape2 yg belum tgk..sila lah layan... memang best lah.. tapi jalan cerita ada lain sikit lah ngan novel... tapi so far oklah nak buat movie kalo nak sebiji cam dalam novel bape jam baru abes cite tu kan?? (^_^)V

Aku tgk cite kat tgv tebrau tapi yg xbestnyerr pawagam tuh ngah wat renovation.. jdi xdpt la nak amek gambar banyak2 kat poster or poster2 cerita kat ctu..aduhhh
Ape2 pun dapatlah snap 2 gambar 

NGAN ADIK AKU _ CIK NADIAH


BERSAMA SUAMI TERCINTA
Actually, suami aku ni terjebak jek ngan kitaorang layan cite nih.. Nasib baiklah dia kata movie ni ok n best la gak.. hati kaca gak suami aku nih..hehe Lepas menonton wayang kita pun pergilah food court arena.. minum air longan ngan bandung 'c' spesial.. inilah gambar yang terhasil tapi gambar makanan lupa plak nak amek..hehe dah lapo sgt lupa semua..kihkih kih..

AIR LONGAN & AIR BANDUNG 'C' SPECIAL

Bile dah kenyang cuci la mata kat jusco.... agak2 dah penat ape lagi joooom balikkkkk.. hehe ape2 pun memang best ri ni.... Tahniah tuk Maya karin and Aron Aziz sebab dapat bawa watak hero n heroin dengan jayanya...


Hanya sampai di sini sahaja
Kisah cinta kita berdua
Tiada daya selamanya
Terhenti di sini
Biar ku pujuk hati ini
Merawat rinduku sendiri
Setelah aku kau lukai
Sedangkan kau tahu
Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru
Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah
Tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu.. percayalah
Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di suatu hari nanti
Ku jejak bahagia…

Sekian dan sampai jumpa lagi... (^_^)V

Friday, December 16, 2011

Selamat Hari Ulangtahun Cik Suami

Salam... Hari ni merupakan hari lahir suami aku.. Waa dah tua dah suami aku nih...hehe Cepat betol masa berlalu.. Ingatkan baru awal tahun lagi rupanya dah akhir tahun dah... Hmm secara tak langsung umur aku pun dah makin bertambah... (makin tua ler tuh)...hihi

Kat sini aku nak ambil kesempatan untuk ucapkan "SELAMAT HARI LAHIR UNTUK CIK SUAMI TERSAYANG" Semoga abang dilindungi oleh Allah, dimurahkan rezeki2 yang halal, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa berjaya dalam apa jua yang abang lakukan...amin

Happy birthday to you...
Happy birthday to you...
Happy birthday to my love...
Happy birthday to you.... 


Maaflah abang xde hadiah special nak bagi..hanya ucapan ringkas jek nih sebagai hadiah (^_^)V

Its your birthday
Its the time of year
I can't believe it's already here!

So make a wish
Upon the candle stick
Just close your eyes and imagine it....

Now blow out the fire
And open your eyes
For what you desire
Will be a SURPRISE!

Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan ke akhirnya... Insya'Allah

"Life is beautiful like a bouquet of fresh flowers"

Perubatan Islam

Salam Semua.. Selamat Hari Jumaat =D Pagi tadi aku ada menonton Tanyalah Ustaz di TV9.. Hari ni punya tajuk ialah Perubatan Islam... Dengar punya dengar aku tertarik dengan satu cara perubatan untuk sakit-sakit otot, sakit-sakit sendi dan sakit-sakit kulit macam kering , merekah atau lain2.. Inilah yg sempat aku catatkan.. Pada sesiapa yang nak mencuba silalah... oo ya perubatan ni hanya menggunakan minyak zaitun dan ayat-ayat Al-Quran...


  • Buat solat sunat 2 rakaat
  • Baca Al-Fatihah sekali
  • Baca Ayat Kursi sekali
  • Baca Selawat 7 kali
  • Baca Surah Yunus Ayat 81-83
  • Amek minyak zaitun sapukan pada bahagian yang ingin diubati
Insya'Allah dengan izin Allah sakit-sakit akan hilang..

Thursday, December 15, 2011

Pau Sambal a.k.a Burger Malaysia

Salam Semua.. nak cite pasal kuih pau sambal nih..hehe tadi pas lunch kita ramai2 singgah la kat kedai acik kat Gelang Patah nih.. Kedudukan koordinat kedai memanglah tak tahu.. Tapi kedai comel ni terletak kat depan sikit jek dari EON Bank.. Mantaplah acik ni punya pau... ada gak acik ni jual pau kelapa..boleh tahan gak tapi aku xbeli la plak tadi... Ape2 pun ni lah gambar pau samabal tuh.. perghh sedap betol.. lembut pun bley tahan... xrugi la kalo korang beli dan rasa...

YUMMY ... YUM YUM
kat bawah ni plak aku nak sharekan cara nak buat pau nih... aku amek dari sumber yang aku and korang boleh percayai...

BAHAN DOH :-)
200 g tepung gandum
140 ml susu segar, suam*
2 camca teh instant yeast*(*disatukan, kacau rata dan biar berbuih)
2 1/2 camca besar gula halus
1/2 camca teh garam halus
2 camca besar mentega

BAHAN LAIN :-)
Sambal ikan bilis secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan2 doh dalam satu bekas, gaul hingga menjadi doh yang tidak melekat dimangkuk adunan. Bulat2kan doh, tutup dengan plastik dan biarkan naik 2 kali ganda.
  2. Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang udara, bagi kan kepada 8 - 9 bahagian sama besar (mat, canai anggaran 3/4 inci dan terap dengan acuan bulat 2 inci). Biarkan naik sekali lagi.
  3. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada keseluruhan bahagian pau tau. Angkat, tos, letak atas paper towel, biar minyak terserap. Biar sejuk.
  4. Belah dua pau tadi tapi jangan putus, sapu dengan sambal tumis buat hingga siap dan boleh hidangkan 
  
Selamat mencuba dan beli n makanlah dari kedai acik td..Insya'Allah x menyesal (^_^)V Sekian dulu.. Jumpa lagi..

Kelebihan Surah Al-Mulk

Salam n selamat pagi semua... Ooo ya tetiba teringat zaman kat sekolah asrama dulu2... Form 1 aku dah masuk asrama.. banyak gak la pengalaman yg aku perolehi.. Antara yg aku paling ingat ialah time sebelum tidur... semua kene bersiap sedia utk membaca Surah Al-Mulk ni lah.. Sape2 yg incharge bacaan ni akan berada di bilik PA system utk guide bacaan.. Jadi time ni semua kene ada di bilik masing2 termasuk kawan2 yg uzur.. Ayat untuk surah ni hanya ada 30 ayat jek.. Jadi tak lah lama sangat..bile dah hari2 buat, lama2 boleh hafal ayat surah tu sikit2.. 


Sebenarnya banyak jugak kelebihan bila kita baca surah Al-Mulk ni.. Aku nak kongsikan dgn korang semua serba sedikit yg aku tahu la yek.. Surah Al-Mulk ni merupakan surah ke 67 di dalam Al-Quran dan ianya mengandungi 30 ayat.

Daripada Ibnu Abbas r.a berkata:
“Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan semua anak kamu dan juga kepada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di hari kiamat di hadapan Allah swt memohon ampun kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat dari siksaan kubur!”
Dan Nabi saw bersabda:
“saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku”.

Kelebihan Surah Al Mulk

Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.

“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

Di antara kelebihan Surah ini ialah:

1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.

Ayat dari Surah Al Mulk juga mempunyai khasiat dan keistimewaan yang lain. Diantaranya:
 .
1.  Khasiat Ayat 14 Surah Al-Mulk

أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ‌

Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!

1. Dipandang hebat dan berwibawa.
2. Boleh mengetahui apakah kelebihan diri sendiri.
3..Dapat merasai apabila ajal telah hampir tiba.
4. Jika diamalkan menjadi wirid, zikir harian boleh meluaskan rezeki dan menghilangkan fakir.
5. Dibaca 2,012 kali untuk menolak bala yang besar.
6. Jauh dari seksa kubur jika dibaca ayat 14 dan 15 surah Al Mulk.
7. Jika berhajat hendak melihat orang yang melakukan jahat, pencuri, sihir, memfitnah, orang yang sudah meninggal dalam kubur dan perkara yang penting dalam peperiksaan lakukan:
a. Solat hajat.
b. Baca ayat di atas 9 kali dan diniatkan.
c. Tidur dalam keadaan berwudhu dan berdoa (apa niat kita) dan tidur mengiring dengan lembung kanan.

2.  Khasiat Ayat 23 Surah Al-Mulk

قُلْ هُوَ الَّذِي أَنشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ‌ وَالْأَفْئِدَةَ ۖ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُ‌ونَ 

Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.
.
-Jika diamalkan ayat ini, iaitu dibacakan pada gigi yang sakit. InsyaAllah, akan berkurangan dan sembuh sakit giginya.

Terdapat banyak keistimewaan daripada tiga puluh ayat Surah Al – Mulk tersebut. Ia akan terus mensyafaati bagi orang yang membacanya dengan istiqamah hingga ia diampunkan.


Wallahua’lam. Semoga ilmu yang sedikit ni bolehlah aku jadikan amalan. Insya'Allah.

Wednesday, December 14, 2011

3 Layer Tea


Salam Semua... hari ni kita cerita pasal 3 layer tea ni k.. Credit utk Iryani Zainal n Cik Hafizah sbb minum bersama2 ngan aku time lunch tuh.... (^_^)V

Yummy... Kawan2 nak tahu tak... Semalam time makan tengah hari kita org layan la air 3 layer tea... Perghh mantap!!! tak manis sangat just nice la rasa teh tuh.... Waaa nak tahu la camne nak buat teh macam nih... Search punya search jumpala resepi kat website F&N... Takpe2...aku copy kan resepi wat air ni kat sini yek...

Ingredients

  • 30ml Palm Syrup
  • 70ml F&N Evaporated Filled Milk
  • 10g Ceylon Tea Leaves
  • 70ml Hot Water
  • Crushed ice/ice cubes

Instructions

  • Soak Ceylon tea leaves into a hot water cup/ container and leave it aside for 15 min.
  • Pour Palm Syrup into serving glass.
  • Fill in crushed ice up to the brim.
  • Pour in F&N Evaporated Filled Milk.
  • Gently pour in Ceylon tea prepared earlier. The tea should remain above the layer of F&N Evaporated Filled Milk. A 3 Layer of separation will appear.
  • Serve chilled.


Amacam menarik tak?? boleh tahan senang gak nak buat... Selamat mencuba kawan2.. sampai jumpa lagi...
  

Tuesday, December 13, 2011

Zaman Muda Mudi

Salam semua... Hari ni aku nak cite pasal satu kisah di mana secara kebetulan aku dan kawan2 memakai baju yg sama warna. Warna jingga plak tuh... tapi bile pk2 balik memang kombinasi yang menarik...hehe Almaklumlah tiga-tiga dok bawah satu bumbung special project... Kalo masa boleh diputar semula sangat best...tapi apakan daya semuanya hanya tesergam indah dalam kotak fikiran...
PN. SHAHIRA, PN. FAZILAH & AKU
Time tuh aku ngan ila nak keluar then ira nak masuk.. Apa lagi kita snap pictures la.. suka sangat sebab macam janji plak... Boleh buat kumpulan marhaban nih..hihi Tapi lepas hari tu tak pernah lagi dah pakai baju sama2... memori yang sangat indah untuk dikenang... I love all my friends....

KEBETULAN YANG TAK DIRANCANG
Semoga kenangan terindah pada 16 September 2009 ni segar diingatan masing-masing... Ooo ya gambar ini diambil pada jam 12.24 tengah hari... Seronok2... (^_^)V Masih muda belia lagi...

Monday, December 12, 2011

Muka Aku Ker Muka Cik Suami???

Salam... Hari ni cuaca tak berapa panas sgt nak kata mendung pun tak jugak.. Redup2 jek... Alhamdulillah... OO ya tadi masa free tertengok gambar2 lama... terjumpa la plak gambar aku time kecik2..then gambar cik suami time kecik2 gak....hehe tetiba teringin plak nak wat perbandingan muka anak aku yg sorang ni banyak ikut muka aku ker muka cik suami...

AKU??? OR SUAMI AKU??? JENG...JENG...JENG..
Lepas tengok gambar kat atas ni.... Korang rasa baby aku ni lebih kepada muka aku or muka cik suami aku nih??? kalo aku mestilah aku vote muka aku sbb sama2 botak...heheehe..
Sekian dahulu utk hari ni... salam sayang utk baby yg sangat cute yang aku lahirkan...(^_^)V

Pusat Sains Negara

Perghh diam tak diam dah bulan December la.. Teringat plak aku setahun yg lalu... time2 cam ginilah... kitaorang jalan g Pusat Sains Negara kat KL.. Masa tu seingat aku, aku baru tahu yg aku pregnant...hehe larat lg tuh jalan jauh2... Nak dijadikan cerita time smpai tuh parking punyalah penuh.. kitaorang pusing dua kali tapi tetap penuh.. Last2 parking kat seberang jalan kat area Security Commission punye tempat..fuh fuh fuuuh mengayuh gaklah aku jalan.. nasib baik cik suami ada...dapatlah dia tolong bw handbag aku..hehe terima kasih cik suami.... kurang lah sket bebanan yg ada utk dipikul...
Jalan2 smpai aku mengah...aduhhh nmpaknya aku kene rest kejap kat registration kaunter..haha semua kena tggu aku...kesian2... maaf semua...
Macam-macam yang ada kat pusat sains nih... apa kata tgk gambar-gambar kat bwh nih... nak cite panjang sgt... =D

LANDSKAP


Mula-mula masuk kita akan nampak ikan yg sangat banyak... Jom kita tgk ikan2 yang ada... rasanya korang mesti teringin nak tgk cik ikan semua nih..

IKAN NI NAK SEMBUNYI KOT...TAKUT NGAN AKU..HEHE

Thursday, December 8, 2011

Nasi Dagang

Salam semua...

Hari ini saya nak kongsi apa yang mengisi perut saya pagi tadi.... Yum yum... Pergh pg2 sy dah telan nasi dagang berlaukkan ayam kari... Nasi ni dibuat oleh Mak K Kam... manakala yang jual plak K Kam sendiri... nasi dagang ni dibalut dgn kemas oleh daun pisang yang lebar..hehe sebab tu la saya tertarik nak beli kat pantry pg td...waduh waduh... Inilah dia apa yang dh dihadamkan oleh perut saya... sila saksikan dengan mata anda sendiri.. menarik bukan??? Teh tarik pula menjadi penghilang rasa haus...

Teh Tarikh + Nasi Dagang

Hmmm nak tengok isi dalam daun pisang tu tak??? Haaaa ni lah hasilnya...yummy..... Pergh kenyang tak ingat kalo makan sorang nih... ape lagi sy bglah jiran sebelah saya nih Cik Hafizah mkn sikit...hehe kurang sket lemak dlm badan (ye ke bley kurang????) hehe 
Kalau nak beli, boleh lah dapatkan di pantry dengan harga RM3 sebungkus... Rasanya boleh tahan, kuantiti sama dgn harganya... berbaloi-baloi..... =D
Nasi Dagang

Apa macam teringin nak makan tak???? Jom kita jalan2 cari makan.... smpai jumpa lg... daaaa

Tuesday, December 6, 2011

Fadhilat Puasa 10 Muharram

Salam semua... Memandangkan hari ni adalah 10 Muharram bg kalendar hijrah.. sy ingin berkongsikan serba sedikit tentang fadhilat dan kelebihan bg sesiapa yang berpuasa...

Monday, December 5, 2011

Ombak Rindu

Salam Semua... Jom kita cite-cite pasal ombak rindu..
POSTER OMBAK RINDU
Memandangkan Hasil karya Fauziah Ashaari yang difilemkan mendapat sambutan yg hangat.. Sy nak berkongsikan lirik lagu tema filem tersebut... 

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Ni klip videonyer... Jom kita layannnnn..



Ape2 pun tahniah buat barisan pelakon Ombak Rindu.... Semoga sambungannya nnti akan lebih meletop!!!

HR Open Day 2011

Salam semua...

Hari ni sy nak kongsikan sedikit acara yg diadakan pd Jumaat lepas... Apa yg ada Jumaat lepas???? HR open day.. hari konvokesyen untuk yg menghadiri kursus "Culture of Excellent". Kali ni penerima sijil agak ramai.. Yg uniknya... satu dept sy dpt naik pentas time nih.. yeeehaaaaa (^_^)V 
kawan2 yg menerima sijil Pn. Saloha, Pn. Fazilah dan Cik Hafizah... Bos2 plak dapat black belt untuk project Six Sigma... Alhamdulillah dpt la sket duit poket buat Six Sigma nih... 

SiLC Department





First time dpt gambar ngan bos2 nih...hehe Sporting la derang kali nih... Bos jgn lupa bahagian kitaorang yek... (^_*) kita org nak menabung nih...hihi 

Kawan-kawan yang menerima sijil - Syidah, K Azlina, Fazilah, K Loha & Hafizah
Kawan-kawan, semoga terus berjaya lepas nih... kalo ada dpt duit boleh la share skali...weee =D

Kawan-kawan yang hadir
Tahniah semua.. semoga kita akan lebih berjaya pada tahun-tahun yg mendatang... Yang penting 'mind set' kita...kena selalu positif.... Fikirkan Boleh!!! Jom kita nyanyi... (^_^)

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh



"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."