Pages

Friday, April 27, 2012

Bahan Bacaan Bulan Ini

Salam semua.. Lama betul tak menulis.. rindu pun ada gak.. hmm nak cari masa terluang agak payah sket.. tengok2 format blog nih pun dah berubah sket... Insya'Allah ada masa aku update lagi...
Hari ni aku nak cerita sket berkenaan buku dan cd yg aku beli.. Kali ni special sket sbb aku order online.. Tak la istimewa mana tapi pada aku input dalam buku nih sangat bagus untuk kita cuba pratikkan untuk memperbaiki kelemahan diri.. Aku beli ni kat web site http://assohwah.com. Buku dan cd yang aku beli seperti gambar kat bawah nih.. Buku ni ditulis oleh Prof. Dr. Muhaya Hj Muhamad.
Buku yang aku beli ialah BAHAGIA DAN MEMBAHAGIAKAN. CD yang aku beli pulak ada tiga iaitu celik mata dan jiwa, rumahtangga serta menantu dan mertua. Alhamdulillah memang banyak input yang boleh kita semua manfaatkan.. Pada aku harga bukanlah ukuran untuk melihat secara kasar buku itu bagus atau tidak, tetapi ilmu yang dikongsikan tu sebenarnya yang mahal dan sangat berguna untuk kita gunakan dalam kehidupan seharian. Insya'Allah apa yang aku dah baca aku akan cuba laksanakan dan aku dapat membuat satu anjakan paradigma untuk diri aku sendiri. Semoga sentiasa ada jalan untuk aku berubah ke arah kebaikan...Amin..

Sunday, April 22, 2012

Mataku

Salam Semua... Lama gak aku tak update blog aku nih... hmmm utk pengetahuan kawan2 mata aku sakit.. Sakit sebab ape?? Actually mata aku ni mengalami kelenjar mata yg tersubat jd.. mata aku membengkak sampai mata aku tertutup separuh.. Allah jek yang tahu macam mana yang aku rasa.. sakit tuh jgn cakap lah kan... air mata plak banyak keluar sebab nak lawan bakteria yg dah masuk... Aku samapi rujuk doktor pakar mata, harap2 bengkak ni surut dan tak bernanah macam yg doktor bgtau sbb nak buang nanah dan cuci nanah tuh lagi satu perkara yg aku takutkan... adoii macam minor operation gituh..huhu... Dugaan yg aku dapat ni baru kecik jek.. Tapi bila nikmat pandangan tu tak dapat aku rasai macam sebelumnya, Ya Allah rasa besar jugak dugaan yg aku perolehi nih... yang penting aku redha dan mungkin dapat lah hapuskan sikit dosa2 aku yg ada nih....
Insya'Allah, kalau tak ada masalah aku start keje esok lah yek... pergh lama betol aku tak keje.. MC aku ada 3 hari utk last week.. Isnin tu plak memang cuti hantar anak g check up... So selasa jek la dapat jumpa kawan2 ri tu.... Ape2 pun doakan aku cepat sembuh la yek...
Kepada kawan2 semua, syukurlah dengan nikmat dan rahmat Allah yang telah diberikan-NYA, apabila sekecil zahrah nikmat tu ditarik, mungkin kita akan lebih menghargai apa yang kita ada... Semoga Allah mengampunkan dosa2 kita yang telah lalu...Amin

Saturday, April 7, 2012

Sabtu - 7 April

Salam semua.. Selamat berhujung minggu bersama keluarga dan teman2 tersayang... Ape eh nak buat ri ni... Cik suami aku ngah hantar kete g servis nih... Sat g kalau dia balik aku nak ajak g Nagoya la.. Jejalan cuci mata dan saje saje tgk ape yg ada kat ctu..hahaha
Jom jom.. nak ikut tak??


Aku ni kalau ikutkan memang suka berjalan2, kuat berjalan dan kalo boleh berjalan lah sampai penat ru lik umah... tapi sejak ada baby berat badan yg dah bertambah nih..semput makcik berjalan nak..haha faktor usia 
Hmm hopefully hari tak hujan lah hari ni yek...=)

Friday, April 6, 2012

Terima Kasih Pn Loha & Pn Fazilah

Salam semua... Aku nak cite sket ni pasal this week.. Makan lunch kitaorang telah ditaja oleh someone n somebody untuk dua hari..hehe Maklumlah dapat rezeki lebih sket bulan lepas... Syukran2 kepada penaja utama kita iaitu Saloha Samat dan Fazilah Mohd Padzil.. Macam2 yang kitaorang makan sampai terlebih kembung sampai hari ni..
Akak Loha kita ni belanja makan kat Restoren Qaseh Bonda.. Pernah pergi tak tempat nih??? meh sini aku tunjukkan tempat dan restorennya..
Hmmm nampak macam bese jek kan.. tapi makan kat sini boleh dikatakan muai gaklah sebab harganya pun berpatutan... nak datang sini amek masa sket jadi kalau nak cepat kene lah order setengah jam awal atau satu jam lebih awal... Jadi tak la lewat sangat kalo datang leh terus makan... Jom layan gambar time mak loma ni belanja
 
 
 
 
Ila plak belanja makan kat tepi sungai.. Kat sini yg paling famous n meletup asam pedas joe... Yummy... Jom jom tengok gambar time nih... tapi aku selsema la plak xdapatlah nak layan air tea three layer...uhuk uhuk.. xpelah next time ada lagik..yey
 
 
 
Terima kasih kepada k loha n ila atas jasa baik anda meluangkan masa dan mengeluarkan sedikit wang untuk memberi kekenyangan kepada kawan2 k.. Next year kalau dapat rezeki yang berpatutan sy belanja u all plak k.. Sbb this year punya kene bayar duit rumah daaaaa.... Semoga kita semua dimurahkan rezeki lagi..amin.. Kerja kuat lagi...tingkatkan usaha lagi.. aja aja fighting!!!

Thursday, April 5, 2012

Anakku Rizq

Salam semua... hari ni aku nak chit chat sket tentang anak aku yang aku sayang nih... Anak aku ni kan dah boleh duduk.. Jadi bile kuar nak beli barang, aku letaklah anak aku kat troley tuh.. perghh cian aku tengok muka dia.. muka ketakutan.. takut..then tangan dia mesti pegang kuat2 then kepala dia tak toleh kiri kanan dah sebab takut...hehe cian betol kat dia..
Hmm kalau aku tinggal sat utk amek barang yang x bape jauh baru dia terpusing2 cari aku, takut lah katakan... sekurang2nya dia belajar benda baru gak... Alhamdulillah... Semoga anak aku lebih berjaya dan cepat besar nyer nak.. (^_^)V

Angan-angan

Salam.. Time ni aku nak citer sket pasal hari yang aku lalui tadi ler.. Hari ni agak banyak gak bende yang aku buat.... N yg menarik tetibe aku terfikir utk jd business women..haha Tapi kalau aku sungguh2, memang tak mustahil aku boleh berjaya tapi kene ada keazaman yang kuatlah bukan just hangat2 tahi ayam... Kalo aku nak business kene ada modal gak kan?? hmm insya'Allah satu hari nanti aku nak ceburkan diri aku dalam bentuk pelaburan yang baru ni.. Doakan aku lah yek kawan2... Semoga yang terbaik sentiasa menjadi milik kita.. Insya'Allah..
"Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. Apa yang difikirkan menentukan apa yang akan dicapai"

Tuesday, April 3, 2012

Darah Tinggi

Salam Semua.. Darah tinggi?? hmm pernah dengarkan nama penyakit ni.. Aku nak share sket info kat sini memandangkan penyakit ni pun pembunuh senyap.. Dengar nama macam tak bahaya..tapi sebenarnya bahaya tau..kalau tekanan darah tu tinggi sangat boleh menyebabkan saluran darah kat kepala pecah...huhu minta dijauhkan.. amat berat dugaan ni untuk ditanggung oleh seseorang..
Penyakit darah tinggi merupakan suatu keadaan di mana seseorang itu menghadapi peningkatan tekanan darah di atas garisan normal yang biasanya ditunjukkan oleh angka systolic (bagian atas) dan angka bawah (diastolic) semasa pemeriksaan tekanan darah yang menggunakan alat pengukur tekanan darah baik yang berupa cuff air raksa (sphygmomanometer) ataupun yang menggunakan alat-alat digital yang lain.
Angka normal tekanan darah bagi seseorang yang mempunyai ukuran tinggi badan, berat badan, tingkat keaktifan normal dan kesihatan secara umum adalah pada 120/80 mmHG. Dalam aktiviti sehari-hari, tekanan darah normalnya biasanya adalah pada nilai angka stabil. Tetapi secara umum, angka pemeriksaan tekanan darah akan menurun semasa tidur dan akan meningkat pada waktu beraktiviti atau berolahraga.
Apabila seseorang itu menghadapi tekanan darah tinggi dan tidak mendapatkan ubat darah tinggi dan pengawalan secara teratur, maka perkara ini mungkin boleh membawa penderita kepada keadaan-keadaan yang serius dan kadangkala boleh menyebabkan kematian. Tekanan darah tinggi yang berterusan juga boleh menyebabkan jantung seseorang itu bekerja lebih keras, yang akhirnya boleh membawa kepada keadaandimana terjadinya kerosakan pada pembuluh darah jantung, ginjal, otak dan mata. Penyakit darah tinggi ini juga merupakan penyebab umum terjadinya stroke dan serangan jantung.
Tekanan darah tinggi atau Hipertensi dikenali dengan 2 jenis klasifikasi, iaitu Hipertensi Primary dan Hipertensi Secondary :

Hipertensi Primary
Hipertensi Primary merupakan suatu keadaan dimana terjadinya tekanan darah tinggi sebagai akibat dari gaya hidup seseorang dan faktor persekitaran. Seseorang yang mempunyai cara pemakanan tidak dijaga dan menyebabkan terlebihnya berat badan atau mungkin obesiti, merupakan pencetus awal untuk seseorang itu terkenap enyakit darah tinggi.
Begitu pula seorang yang berada dalam persekitaran atau keadaan stress sangat mungkin terkena penyakit tekanan darah tinggi, termasuk orang-orang yang kurang beriadah pun boleh mengalami tekanan darah tinggi.

Hipertensi Secondary
Hipertensi secondary adalah suatu keadaan dimana terjadinya peningkatan tekanan darah tinggi sebagai akibat daripada seseorang itu menderita penyakit lainnya seperti kegagalan jantung, kegagalan ginjal, atau kerosakan sistem hormon tubuh. Selain itu,bagi Ibu yang mengandung, tekanan darah secara umumnya akan meningkat pada waktu kehamilan berusia 20 minggu. Terutama pada wanita yang berat badannya di atas normal atau gemuk.
Pregnancy-induced hypertension (PIH), ini merupakan istilah perubatan bagi wanita hamil yang menderita tekanan darah tinggi. Keadaan Hipertensi pada ibu mengandung  adalah sederhana ataupun tergolong parah/berbahaya, Seorang ibu hamil dengan tekanan darah tinggi boleh mengalami Preeclampsia pada masa kehamilannya itu.
Preeclampsia adalah keadaan seorang wanita hamil yang mengalami tekanan darah tinggi, sehingga merasakan kesan seperti pening, sakit kepala, gangguan penglihatan, sakit perut, muka yang membengkak, kurang nafsu makan, mual bahkan muntah. Apabila terjadi kekejangan sebagai kesan darah tinggi maka disebut Eclamsia.
Tekanan darah adalah merupakan tekanan yang akan dikenakan pada pembuluh arteri semasa berlakunya peredaran darah yang disebabkan denyutan jantung. Penyakit darah tinggi adalah merujuk kepada kadar tekanan darah yang biasanya lebih tinggi daripada kadar biasa bagi suatu jangkamasa yang lama. Pesakit yang mempunyai paling minima tiga bacaan tekanan darah melebihi 140/90 mmHg semasa berehat biasanya dijangka mempunyai keadaan tekanan darah tinggi.
Kadar tekanan darah biasanya tidak sama sepanjang masa. Tekanan darah sering berubah-ubah mengikut keperluan badan kita. Jika tekanan darah tinggi, doktor  akan memeriksa semula tekanan darah pesakit untuk beberapa kali untuk menentukan kadar tekanan darah yang sebenar.

Apakah dia tekanan darah tinggi?
Kadar tekanan darah yang sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa untuk suatu jangkamasa yang yang lama. Kadar tersebut adalah melebihi kadar Tekanan darah optima iaitu 130 / 80 mmHg.

Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukan sebarang gejala. Anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama ada merasa diri anda sihat. Berjumpa doktor adalah satu-satunya cara untuk mengetahui tekanan darah anda.

Akibat tekanan darah tinggi
Tekanan darah tinggi secara berkekalan beleh mendatangkan komplikasi seperti berikut
  • serangan jantung
  • angin ahmar
  • kegagalan jantung
  • kerosakan buah pinggang
Memastikan tekanan darah optima
  • memeriksa tekanan darah anda secara berkala sekurang-kurangnya 2 kali setahun atau lebih kerap bergantung kepada kadar tekanan darah anda
  • tidak merokok – narkotin dalam rokok boleh mengakibatkan jantung berdenyut lebih cepat dan menyempitkan saluran salurnadi halus menyebabkan jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat bagi memenuhi keperluan badan anda
  • kurangkan pengambilan garam – garam berlebihan dalam darah boleh menyebabkan lebih banyak air terpaksa disimpan di dalamnya dan ini mengakibatkan tekanan darah menjadi tinggi
  • kurangkan lemak – lemak berlebihan akan terkumpul di sekeliling salurnadi dan menjadikannya tebal dan kejang
  • kekalkan berat badan unggul
  • bersenam secara berkala
  • elakkan pengambilan alkohol
Hmm banyak bukan yang boleh kita lakukan untuk elak darah tinggi ni datang kat kita semua... nak taknak jek.. hendak seribu daya kalau taknak memang banyak dalih.. sampai jumpa lagi..