Pages

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Wednesday, November 7, 2012

11 Tanda Orang Bahagia

Salam semua.. Jumpa lagi hari ni... Alhamdulillah.. Pagi-pagi ni aku nak kongsi sket apa yang aku baca semalam... Maybe post aku pendek jek tapi input yang ada tu matlamat aku untuk aku share ngan korang semua...

11 Tanda orang bahagia

1.  Tidak rakus dengan dunia ini
2.  Sibuk beribadat
3.  Kurang bercakap melainkan yang perlu sahaja
4.  Memelihara solat 5 waktu
5.  Bersahabat dengan orang yang soleh
6.  Merendah diri (Tawaduk)
7.  Menjauhi daripada yang haram
8.  Pemurah dan baik hati
9.  Kasih sayang sesama makhluk
10. Berguna kepada masyarakat
11. Selalu ingat mati

Itu yang aku baca semalam... aku rasa ada banyak lagi tanda2 org yg bahagia nih.. Ini mungkin dari pendapat atau pandangan ustaz tersebut.. Insya'Allah walaupun sedikit, sekurang-kurangnya kita tahu dan cuba melakukan sesuatu perkara itu sebaik mungkin untuk menjadi yang terbaik. Semoga apa yang kita lakukan hari ini mendapat rahmat dan petunjuk daripada Allah..
 

Friday, September 7, 2012

Doa Dhuha

Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah

Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha

Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh
Salam dan selamat hari Jumaat semua... Korang dah baca dah apa yang aku tulis kat atas tuh??? Itu adalah bacaan doa untuk solat dhuha... Korang rajin tak buat solat nih?? Hmm setahu aku doa dhuha ni jugak dikenali sebagai doa murah rezeki tau.. So, sape yang rajin tuh insya'Allah Allah akan murahkan rezeki korang... Nak buat solat ni mudah jek..hanya 2 rakaat tapi kene disiplin sket la sbb time2 camni jarang ada org ingat nak wat solat tuh...

Aku pernah terbaca sabda nabi,

”Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” 

”Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)

ooo ya tetiba aku teringat pesan ustaz dalam program tanyalah ustaz hari tuh, jangan kita sebok jaga badan tapi seboklah jaga amalan kita...itulah yang akan dihisab nanti... Aku berpesan kepada diri aku sendiri dan kawan2 semua, kalau ada masa marilah kita sama2 untuk melakukan solat sunat dhuha k.. banyak kelebihan dan insya'Allah Allah akan permudahkan dan murahkan rezeki kita semua...Amin


Wednesday, May 9, 2012

Menyindir atau Menegur?

Salam semua.. Lama benor aku tak mencoretkan apa2 kat blog yang aku ni.. Rasa rindu gak.. Tapi disebabkan kekangan masa tak dapatlah aku nak update.. Pagi tadi aku terbaca satu tazkirah nih.. Alhamdulillah banyak input yang aku dapat.. So, aku nak share kan ilmu ni kat sini iaitu berkenaan "menyindir atau menegur??". menarikkan tajuk nih.. Credit to iluvislam =) aku baca kat sinilah tadi... Jom layan informasi kat bawah nih.. 
 Terasa hati? Pernahkah anda terasa hati dengan rakan-rakan anda? Bagaimana ia berlaku? Adakah teguran itu daripada golongan yang lebih baik daripada anda ataupun sebaliknya? Pernahkah anda perhatikan cara teguran mereka? Adakah teguran mereka itu secara nasihat ataupun halus dan berbaur sindiran?
Teguran selalunya berlaku dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan. Ia akan terjadi di kalangan orang yang rapat dengan kita. Ada jenis teguran secara nasihat-menasihati dan ada juga jenis teguran secara sindir-menyindir. Yang baiknya ialah menegur dengan cara menasihati, dan yang buruknya ialah menegur secara menyindir. Tetapi, siapakah yang sanggup menegur dengan cara menasihati?
Hanya segelintir sahaja daripada kita yang sanggup menegur secara menasihati. Selebihnya  lebih suka menegur secara halus iaitu dengan cara sindiran.

Daripada hadis riwayat al-Hakim,
"Sebaik-baik sahabat ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya."

Sindiran itu sangatlah tajam yang boleh meresap menusuk ke dasar qalbu (hati) serta mengusik jiwa kita. Perbuatan sindiran inilah yang mengakibatkan kepincangan dalam sesuatu perhubungan yang telah lama terbina dan akibat daripada perbuatan buruk inilah menjadikan kebencian si penyindir membuak-buak apabila isu sensitif di besar-besarkan.
Sindiran ini juga memberi kesan negatif terhadap si penerima sindiran. Berkemungkinan si penerima sindiran pada permulaannya berdiam diri dan memendam perasaannya, tetapi apabila tiba masanya, dia akan menjadi berdendam kepada si penyindir. Pada masa inilah si penerima sindiran akan meluahkan dan mengungkit-ungkit apa yang dipendamnya selama ini.
Pepatah mengatakan, "Lidah itu tidak bertulang" tetapi disebabkan lidahlah membuak-buaknya api permusuhan manusia. Hanya disebabkan satu perkataan sahaja, membuatkan hati yang mendengarnya terluka dan sesuatu ukhwah yang dijalinkan terlerai.
Justeru, marilah kita sama-sama mengubah diri kita, mengubah gaya hidup, saling hormat-menghormati hak sesama kita, membudayakan sifat saling nasihat-menasihati, serta menegur dengan cara yang berhikmah agar orang yang ditegur dapat menerimanya dengan hati yang terbuka.
 Tetapi, tegur itu biarlah kena pada masa dan tempatnya. Iman Syafie' berkata, "Nasihatilah diriku dikala aku sendirian, janganlah kau menasihatiku ditengah keramaian kerana nasihat di hadapan umum adalah sebahagian dari penghinaan yang tidak suka aku mendengarnya. Jika engkau enggan dan tetap melanggar kata-kataku, maka engkau jangan menyesal jika aku enggan menurutimu." Biarlah kita menegurnya bukan di kalangan ramai orang kerana menegur di tempat ramai orang boleh menjatuhkan air muka seseorang. Kita telah memalukannya di hadapan orang ramai.Apakah perasaan kita apabila kita berada di tempat mereka? Renung-renungkanlah.
Buangkanlah sifat mencari kesalahan dan menyalahkan orang lain. Tutuplah aib mereka jika kita tidak mahu menampakkan aib kita kepada orang lain. Jika kita berubah untuk menjadi baik kerana Allah, Allah akan menghantar orang-orang baik untuk bersama kita.
Yang paling penting, setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.
Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.
Semoga ilmu yang sedikit ni dapat kita gunakan untuk memperbaiki diri. Insya'Allah kalau kita bersungguh-sungguh Allah sentiasa bersama kita. (^_^)V

Tuesday, April 3, 2012

Darah Tinggi

Salam Semua.. Darah tinggi?? hmm pernah dengarkan nama penyakit ni.. Aku nak share sket info kat sini memandangkan penyakit ni pun pembunuh senyap.. Dengar nama macam tak bahaya..tapi sebenarnya bahaya tau..kalau tekanan darah tu tinggi sangat boleh menyebabkan saluran darah kat kepala pecah...huhu minta dijauhkan.. amat berat dugaan ni untuk ditanggung oleh seseorang..
Penyakit darah tinggi merupakan suatu keadaan di mana seseorang itu menghadapi peningkatan tekanan darah di atas garisan normal yang biasanya ditunjukkan oleh angka systolic (bagian atas) dan angka bawah (diastolic) semasa pemeriksaan tekanan darah yang menggunakan alat pengukur tekanan darah baik yang berupa cuff air raksa (sphygmomanometer) ataupun yang menggunakan alat-alat digital yang lain.
Angka normal tekanan darah bagi seseorang yang mempunyai ukuran tinggi badan, berat badan, tingkat keaktifan normal dan kesihatan secara umum adalah pada 120/80 mmHG. Dalam aktiviti sehari-hari, tekanan darah normalnya biasanya adalah pada nilai angka stabil. Tetapi secara umum, angka pemeriksaan tekanan darah akan menurun semasa tidur dan akan meningkat pada waktu beraktiviti atau berolahraga.
Apabila seseorang itu menghadapi tekanan darah tinggi dan tidak mendapatkan ubat darah tinggi dan pengawalan secara teratur, maka perkara ini mungkin boleh membawa penderita kepada keadaan-keadaan yang serius dan kadangkala boleh menyebabkan kematian. Tekanan darah tinggi yang berterusan juga boleh menyebabkan jantung seseorang itu bekerja lebih keras, yang akhirnya boleh membawa kepada keadaandimana terjadinya kerosakan pada pembuluh darah jantung, ginjal, otak dan mata. Penyakit darah tinggi ini juga merupakan penyebab umum terjadinya stroke dan serangan jantung.
Tekanan darah tinggi atau Hipertensi dikenali dengan 2 jenis klasifikasi, iaitu Hipertensi Primary dan Hipertensi Secondary :

Hipertensi Primary
Hipertensi Primary merupakan suatu keadaan dimana terjadinya tekanan darah tinggi sebagai akibat dari gaya hidup seseorang dan faktor persekitaran. Seseorang yang mempunyai cara pemakanan tidak dijaga dan menyebabkan terlebihnya berat badan atau mungkin obesiti, merupakan pencetus awal untuk seseorang itu terkenap enyakit darah tinggi.
Begitu pula seorang yang berada dalam persekitaran atau keadaan stress sangat mungkin terkena penyakit tekanan darah tinggi, termasuk orang-orang yang kurang beriadah pun boleh mengalami tekanan darah tinggi.

Hipertensi Secondary
Hipertensi secondary adalah suatu keadaan dimana terjadinya peningkatan tekanan darah tinggi sebagai akibat daripada seseorang itu menderita penyakit lainnya seperti kegagalan jantung, kegagalan ginjal, atau kerosakan sistem hormon tubuh. Selain itu,bagi Ibu yang mengandung, tekanan darah secara umumnya akan meningkat pada waktu kehamilan berusia 20 minggu. Terutama pada wanita yang berat badannya di atas normal atau gemuk.
Pregnancy-induced hypertension (PIH), ini merupakan istilah perubatan bagi wanita hamil yang menderita tekanan darah tinggi. Keadaan Hipertensi pada ibu mengandung  adalah sederhana ataupun tergolong parah/berbahaya, Seorang ibu hamil dengan tekanan darah tinggi boleh mengalami Preeclampsia pada masa kehamilannya itu.
Preeclampsia adalah keadaan seorang wanita hamil yang mengalami tekanan darah tinggi, sehingga merasakan kesan seperti pening, sakit kepala, gangguan penglihatan, sakit perut, muka yang membengkak, kurang nafsu makan, mual bahkan muntah. Apabila terjadi kekejangan sebagai kesan darah tinggi maka disebut Eclamsia.
Tekanan darah adalah merupakan tekanan yang akan dikenakan pada pembuluh arteri semasa berlakunya peredaran darah yang disebabkan denyutan jantung. Penyakit darah tinggi adalah merujuk kepada kadar tekanan darah yang biasanya lebih tinggi daripada kadar biasa bagi suatu jangkamasa yang lama. Pesakit yang mempunyai paling minima tiga bacaan tekanan darah melebihi 140/90 mmHg semasa berehat biasanya dijangka mempunyai keadaan tekanan darah tinggi.
Kadar tekanan darah biasanya tidak sama sepanjang masa. Tekanan darah sering berubah-ubah mengikut keperluan badan kita. Jika tekanan darah tinggi, doktor  akan memeriksa semula tekanan darah pesakit untuk beberapa kali untuk menentukan kadar tekanan darah yang sebenar.

Apakah dia tekanan darah tinggi?
Kadar tekanan darah yang sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa untuk suatu jangkamasa yang yang lama. Kadar tersebut adalah melebihi kadar Tekanan darah optima iaitu 130 / 80 mmHg.

Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukan sebarang gejala. Anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama ada merasa diri anda sihat. Berjumpa doktor adalah satu-satunya cara untuk mengetahui tekanan darah anda.

Akibat tekanan darah tinggi
Tekanan darah tinggi secara berkekalan beleh mendatangkan komplikasi seperti berikut
  • serangan jantung
  • angin ahmar
  • kegagalan jantung
  • kerosakan buah pinggang
Memastikan tekanan darah optima
  • memeriksa tekanan darah anda secara berkala sekurang-kurangnya 2 kali setahun atau lebih kerap bergantung kepada kadar tekanan darah anda
  • tidak merokok – narkotin dalam rokok boleh mengakibatkan jantung berdenyut lebih cepat dan menyempitkan saluran salurnadi halus menyebabkan jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat bagi memenuhi keperluan badan anda
  • kurangkan pengambilan garam – garam berlebihan dalam darah boleh menyebabkan lebih banyak air terpaksa disimpan di dalamnya dan ini mengakibatkan tekanan darah menjadi tinggi
  • kurangkan lemak – lemak berlebihan akan terkumpul di sekeliling salurnadi dan menjadikannya tebal dan kejang
  • kekalkan berat badan unggul
  • bersenam secara berkala
  • elakkan pengambilan alkohol
Hmm banyak bukan yang boleh kita lakukan untuk elak darah tinggi ni datang kat kita semua... nak taknak jek.. hendak seribu daya kalau taknak memang banyak dalih.. sampai jumpa lagi..

Wednesday, February 29, 2012

Zikir Harian

Salam semua.. aku nak kongsikan sket tentang zikir nih.. Seperti mana yang sedia maklum zikir merupakan puji-pujian kepada Allah. Zikir ni pulak tak semestinya kita lakukan lepas solat jek.. kat mana2 pun boleh berzikir... sangat mudah bukan.. Time aku sekolah asrama dulu rajinlah gak berzikir ni sbb kat surau selalu pasang, then secara tak langsung terikut skali dalam hati..bile2 lama2 dengar n ikut memang best sangat.. rasa tenang la jugak... hmm aku ada terbaca kat surau sekolah aku tuh tentang zikir harian.. Aku rasa elok gak aku share kat sini.. Nak tahu ape dia?? boleh tengok kat bawah nih.. kalau korang ada masa free tu bolehlah zikir ni diamalkan... Insya'Allah
Semoga kita boleh tingkatkan amalan dan pahala kita untuk bekalan masa hadapan di akhirat kelak... 

Sekadar Renungan..
Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

"Ya Allah, jadikanlah amal terbaik kami sebagai penutup amal kami. Jadikanlah umur terbaik kami sebagai akhirnya. Dan jadikanlah hari terbaik kami sebagai hari kami menjumpai-Mu."

Friday, February 17, 2012

Syarat Wajib Zakat

Salam.. Jumpa lagi.. aku nak cite plak pasal syarat wajib zakat nih.. Mungkin antara kita ada yang kurang pasti.. Tak salah kan kalau kita berkongsi sedikit ilmu yang aku ada nih? Antara SYARAT WAJIB ZAKAT adalah..

PERTAMA: Zakat diwajibkan ke atas orang ISLAM sahaja. Orang bukan Islam tidak diwajibkan zakat.

KEDUA: MERDEKA. Zakat diwajibkan ke atas orang Islam yang merdeka. Hamba tidak wajib mengeluarkan zakat.

KETIGA: SEMPURNA MILIK. Harta yang dimiliki dan kuasai sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka dan bebas untuk menggunakannya.

KEEMPAT: CUKUP NISAB. Nisab ialah kadar minima yang ditetapkan oleh syarak bagi sesuatu harta yang dikeluarkan zakat. Kekurangan daripada kadar tersebut menggugurkan kewajipan berzakat.

KELIMA: SEMPURNA HAUL. Harta yang telah cukup nisab hendaklah berada dalam pemilikkan dan simpanan selama setahun iaitu pusingan 12 bulan tahun Hijrah (354 hari).
 Hmm kalau korang rasa dah cukup syarat2 nih... perlulah bayar zakat.. Ingat zakat tu salah satu cara penyucian atau membersihkan harta yang kita ada. mungkin korang rasa macam alamak banyaknyer kene bayar.. tapi sebenarnya Allah akan bagi kita lebih daripada duit yang kita keluarkan tuh.. Sama2 lah kita fikirkan dan selamat beramal.. (^_^)V

Zakat

Salam semua... memandangkan hari ni hari jumaat aku nak share info2 yg berkaitan ngan zakat nih.. Kadang2 kita terlepas pandang perkara macam ni dan ada gak orang yang kurang jelas tentang zakat ni...
Zakat ni ada dua jenis. Yang pertama zakat fitrah dan yang kedua zakat harta. Apa itu zakat fitrah dan zakat harta??? Meh sini aku jelaskan..

ZAKAT FITRAH : Zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat2 yang ditetapkan.

ZAKAT HARTA: Mengeluarkan suatu kadar tertentu daripada harta tertentu diagihkan kepada golongan tertentu berdasarkan syarat2 yang telah ditetapkan.

Apa pulak jenis2 harta yang dikenakan zakat??? Nak tahu kan? Inilah dia harta2 yang perlu dizakatkan.. Inilah dia senarainya...
So, korang dah faham tak tentang zakat ni sikit2.. Takpe, nak dapat ilmu ni memang kene banyak mengkaji baru faham.. Yang penting apa kita baca tu memberikan sedikit sebanyak maklumat yang kita tak tahu.. At least ilmu pengetahuan kita bertambah =D Sampai jumpa lagi pada post yang seterusnya.. aku akan cite lagi pasal zakat nih...


Thursday, January 19, 2012

Rumah Untuk Disewa

Salam semua.. Kat sini aku nak iklankan rumah untuk disewa... Lokasinya kat mana? Lokasinya terletak di kawasan Taman Bukit Indah Johor Bahru... Hanya 5 minit untuk ke Jusco dan Tesco.. (Jusco ada Maybank, Pejabat Pos dan TGV cinema) Hanya 10 minit untuk ke Giant dan Mydin, Nusajaya... Berhampiran dengan Horizon Hill dan Nusa Idaman.. Nak masuk highway pun dekat jek.. 2nd link 5 min dan lebuhraya yg baru lebuhraya EDL pun nak masuk xsampai 3 minit dari kawasan rumah... Yang menariknya kawasan ni dah pesat membangun...Hotel Granada tengah buat, McDonald sebelah jek..siap ada drive thru.. nak pergi bandar pun dah tak jauh...15min dah boleh sampai danga bay dan kawasan sekitarnya... kira lebuhraya EDL ni jalan short cut untuk ke mana2 lah sbb rumah ni center... Kepada sesiapa yg ada anak kecik..Tadika Pintar Anggun pun ada.. Taman permaianan kanak-kanak tak jauh ada kat depan mata jek... Lagi satu kedai memang sangat dekat... nak cari kedai topup?? ada.. nak cari kedai runcit?? ada... Nak cari gerai makan?? ada.. nak cari kedai baiki kete or motor?? ada.. Semuanya ada.. Gerai pisang goreng pun ada kat jalan masuk... Bank pun banyak kat area nih..antaranya Am Bank, RHB Bank, Allianz bank, HSBC Amanah dan lain2.. klinik pun banyak gak pilihan kalau xsihat...

Oh ya untuk jangka masa panjang lagi menarik.. Lego Land dah siap 40% tu pun xjauh kalau nak pergi.. Hanya 10 min masa memandu... Puteri harbour pun dekat... Macam2 ada kat puteri harbour nanti.. Indoor theme park dalam progress... bile dah siap korang akan rasa berbaloi-baloi sewa kat rumah flat nih... Rumah ni ada 3 bilik.. Keluasannya 750 kaki persegi... Harga sewa sangat berpatutan termasuk kos penyelenggaraan... Apalah sangat kan bayaran sewa tuh dengan lokasinya yang sangat strategik tuh... Gambar2 ada disertakan kat bawah.. Sila lah scroll down dulu..



Parking lot pun banyak.... Pemandangan pun menarik luas mata memandang... Kalau petang2 tuh memang cantik lah... angin kuat jadi save duit buka kipas..hehe.. Rumah ni dah siap pasang lampu, kipas, grill, rail langsir dan apa-apa yg patut disediakan.
Kalau berminat boleh contact diyana174@gmail.com. Kalau ada kawan2 yg nak sewa or cari rumah sewa bolehlah dipanjang-panjangkan.. Sekian

Tuesday, January 17, 2012

Mutiara Kata

Selamat pagi dan salam sejahtera semua... Hari ni aku nak kongsi mutiara kata menarik.. Kadang2 kita tak perlukan kata2 yg bombastik utk terjemahkan sesuatu perkara cukuplah sekarar ayat ringkas tapi sarat dengan makna yg tersirat.. (^_^)V



"Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging"

"Keagungan peribadi anda terletak pada kesedian anda untuk memberi bila beruntung, untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat"

"Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya"
"Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata adalah untuk memiliki dengan sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran dan perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda"

"Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman"
Sampai jumpa lagi... banyak lagi ug akan aku kongsikan kat sini.. Semoga yang baik dijadikan teladan dan yg kurang baik dijadikan pedoman...
 

Monday, January 16, 2012

Tips Rumahtangga

Salam Hari Isnin semua... Semoga hari ni lebih baik dari hari2 sebelumnya.... kat cni aku nak kongsikan 2 tips dan 2 yat Al-Quran yg korang boleh amalkan untuk kebahgiaan rumahtangga masing2..hehe
Aku dapat sikit ilmu ni dari pada rancangan Semanis Kurma yg bertajuk "Pasangan 10" minggu lepas...
Kepada sesiapa yg ada tengok tuh... bolehlah kita cuba amalkan ilmu yg kita dapat tuh =D


Antara tips2 untuk membentuk keluarga yang bahagia, pasangan suami isteri perlulah
  • Jangan pernah memperkecilkan pasangan di hadapan orang lain secara sengaja atau tidak
  • Jangan pernah memuji orang lain (yg berlainan jantina) di hadapan pasangan masing2 
Kenapa??? Yg pertama, kalo terlajak perahu boleh berundur tapi kalo terlajak cakap?? parah bukan?? Hmm sebenarnya tak elok kecik2 pasangan dpn org lain sbb nnti pasangan akan rasa rendah diri dan sangat kecik hati... dan secara tak langsung hubungan akan ada sedikit terjejas... Seandainya dah terlajak kata, cepat2 minta maaf supaya perasaan yg ada tuh tak bercampur baur dan bglah kata2 positif tuk pasangan slps minta maaf td.... Then, yg kedua tu plak kenapa tak boleh puji org lain??? Yg xboleh dipuji tu adalah org2 yg berlainan jantina.. Contohnya, bile isteri kata kat suami dia, "bang, handsomenye lelaki tuh" .... suami akan terasa kecil hati atau terasa walaupun dia xckp ape2... Actually ni utk mengelakkan rasa rendah diri kpd pasangan masing2...

Yg ni plak tips2 doa yg diberikan utk pasangan suami isteri
  • Surah Yusuf - Ayat 101
  • Surah Al-Baqarah - Ayat 255
Yg penting dan yg paling utama ustazah tuh kata, kita kena terima kekurangan pasangan kita dan selalu ingat kebaikan2 yg pasangan kita pernah lakukan untuk kita. (^_^)V Insya'Allah rumahtangga harmoni.
 

Wednesday, January 4, 2012

Rozel dan khasiatnya

OO ya korang pernah dengar tak buah rozel or bunga rozel... Aku suka betul ngan air rozel... Macam mana nak buat air rozel ni?? senang jek.. Korang ambil buah or bunga rozel basuh bersihkan then buang biji... pas tu rebus kat periuk... agak2 dah mendidih warna rozel dah luntur bolehlah matikan api dapur tuh... Andainya korang suka minum n tinggal nak bancuh jek, siap2 la campur gula time air mendidih td... masuk peti ais.... perghh memang best kalo minum time sejuk... kalo xpernah tengok pokok rozel... Kat bawah ni ada pokok yg ada kat umah aku.. korang tengoklah yek...


Ni pulak buah or bunga rozel tuh... Banyak khasiatnya rozel ni... Aku nak kongsikan kat sini.. aku ambil dari web yg boleh dipercayai.. baca sampai habis k..



Rozel (Roselle) atau dikenal dengan nama latin Hibiscus Sabdariffa, merupakan tumbuhan yang memiliki banyak khasiat untuk kecantikan dan kesihatan. Jangan terkejut, ia mempunyai 3 kali lebih banyak vitamin C daripada anggur. Dr. Abdul Aziz Sharaf dari Sudan Research Unit, Institute of African and Asian Studies telah mengadakan penelitian mengenai khasiat bunga rozel dan mendapati rozel mengandungi khasiat-khasiat berikut:

    * Membantu proses pencernaan, meningkatkan kelenjar usus dan berfungsi sbg tonik
    * Memperlancar peredaran darah.
    * Mengubati luka luar dan dalam.
    * Mengubati penyakit kulit, menghaluskan kulit dan memperlambat penuaan, 

      menyebabkan wajah nampak muda dan berseri.
    * Sbg diuretic, penurun suhu dan pereda rasa nyeri (penenang alami.)
    * Bersifat detoksifikasi, membuang racun.
    * Mempunyai efek anti kejang otot.
    * Memiliki zat anti bakteria dan anti virus.
    * Membunuh bakteria penyebab TBC.
    * Memiliki zat anti kejang saluran pernafasan
    * Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu karang.
    * Mencegah penyakit jantung.
    * Mengatasi masalah selsema, batuk, dan demam.
    * Mengubati asma dan alergi.
    * Mengubati insomnia.
    * Menormalkan kadar gula darah, tekanan darah, kolestrol, dan asam urat.
    * Mengatasi penyakit kardiovaskular/darah tinggi.
    * Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam rozel mampu bertindak 

      sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.
    * Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh
    * Menyihatkan mata
    * Menyeimbangkan berat badan.
    * Mengurangi panas dalam .
    * Menurunkan tingkat penggumpalan lemak di hati.
    * Mengubati pening kepala/migraine.
    * Membantu memulihkan dari ketergantungan ubat dan alkohol.
    * Menghilangkan sakit sakit di badan.
    * Membantu mencerdaskan otak pada anak-anak kerana mengandungi Omega 3 dan  

      DHA
    * Dapat mengurangi risiko osteoporosis.
    * Mengubati sakit tenggorokan dan sawan.
    * Mengatasi masalah stress/tekanan.



KEGUNAAN ROZEL DALAM DUNIA PERUBATAN

Ramai saintis percaya pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik kerana ia menghadkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas (Rozel kaya dengan anti oksidan). Banyak penyakit zaman moden dikaitkan dengan masalah tekanan oksidatif akibat daripada aktiviti radikal bebas yang berleluasa pada hari ini. Aktiviti radikal bebas menyebabkan berlakunya proses penuaan pantas terhadap manusia.Ia juga membantu meningkatkan daya tahan tubuh, mengatasi hipertensi, anti infeksi bakteria, membantu proses pencernaan dan mencegah kekurangan vitamin C, mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu ginjal, mengandungi Flavonoid yang berfungsi sebagai antibiotik pembunuh kuman-kuman penyebab penyakit serta penyaring racun dalam tubuh.



Banyak khasiat rozel bukan?? apa kata korang pun tanam sendiri rozel kat rumah... kalo nak beli pun tak mahal.. sekilo cuma RM6... 

Tuesday, December 20, 2011

Dividen ASB 2011

Salam... Semalam korang tengok berita tak?? Kalo korang tengok mesti korang happy sebab dah dengar pengumuman dividen dan bonus untuk ASB bagi tahun berakhir 2011. Alhamdulillah masing-masing boleh dapat 7.65% keuntungan dividen dan bayaran bonus sebanyak 1.15%. Adalah kenaikan sikit berbanding tahun sebelumnya.. OO ya kadang terfikir gak macam mana nak kira untung dividen nih.. Td adalah cari2 then jumpalah kat satu web nih.. So saya kongsikan kat sini yek kawan2.. Macam nilah cara kiranya.. 

DIVIDEN DAN BONUS 2011
Sebagai contoh:

Kadar pengagihan pendapatan dan bonus ASB yang diumumkan bagi tahun berakhir 2011adalah seperti berikut:-

Pengagihan Pendapatan 7.65%
Bonus 1.15%

Pengagihan Pendapatan

Pengiraan pengagihan pendapatan adalah berdasarkan kepada baki terendah pada setiap bulan untuk jangkamasa 12 bulan ataupun setahun. Untuk mendapat pengagihan pendapatan penuh pada bulan tersebut, pelaburan tambahan mestilah dilakukan pada 01 haribulan pada bulan tersebut dan dikekalkan sehingga hujung bulan. Sekiranya pelaburan tambahan dilakukan selepas tarikh tersebut, perolehan pengagihan pendapatan hanya akan dikira untuk bulan ke hadapannya.

Contoh pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun berakhir 2011:-

Jumlah *BMB dari bulan Januari 2011 hingga Disember 2011 x KADAR
12 Bulan

* BMB adalah Baki Minimum Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
* Baki minimum bagi setiap bulan akan ditentukan terlebih dahulu mulai Januari, 2011 sehingga Disember, 2011 (12 bulan).
* Baki-baki minimum tersebut akan dicampurkan kesemuanya dan dibahagi dengan 12 (jumlah bulan dalam setahun) bagi mendapatkan purata baki minimum
tahunan.
* Purata baki minimum tahunan yang diperolehi akan didarabkan dengan kadar pengagihan pendapatan yang diisytiharkan


Berikut adalah sejarah dividen dan bonus ASB sejak dilancarkan pada tahun 1990 hingga 2010. Skim ASB telah dilancarkan pada 2 Januari 1990.
Kadar pulangan sejak 10 tahun lepas agak lebih rendah purata 8% berbanding pada tahun 90an yang purata 9% – 12% setahun.


Tahun Dividen + Bonus
2010 7.5 + 1.25
2009 7.30 + 1.25
2008     7.00 + 1.75
2007 8.00 + 1.00
2006 7.30 + 1.25
2005 7.25 + 1.75
2004 7.25 + 2.00
2003 7.25 + 2.00
2002 7.00 + 2.00
2001 7.00 + 3.00
2000 9.75 + 2.00
1999 8.50 + 1.50 + 2.0 (2sen adalah bonus istimewa)
1998 8.00 + 2.50
1997 10.25 + 1.25
1996 10.25 + 3.00
1995 10.0 + 3.00
1994 9.50 + 4.50
1993 9.00 + 4.50
1992 7.50 + 5.00
1991 8.50 + 4.00
1990 8.00 + 6.00


















Friday, December 16, 2011

Perubatan Islam

Salam Semua.. Selamat Hari Jumaat =D Pagi tadi aku ada menonton Tanyalah Ustaz di TV9.. Hari ni punya tajuk ialah Perubatan Islam... Dengar punya dengar aku tertarik dengan satu cara perubatan untuk sakit-sakit otot, sakit-sakit sendi dan sakit-sakit kulit macam kering , merekah atau lain2.. Inilah yg sempat aku catatkan.. Pada sesiapa yang nak mencuba silalah... oo ya perubatan ni hanya menggunakan minyak zaitun dan ayat-ayat Al-Quran...


  • Buat solat sunat 2 rakaat
  • Baca Al-Fatihah sekali
  • Baca Ayat Kursi sekali
  • Baca Selawat 7 kali
  • Baca Surah Yunus Ayat 81-83
  • Amek minyak zaitun sapukan pada bahagian yang ingin diubati
Insya'Allah dengan izin Allah sakit-sakit akan hilang..

Thursday, December 15, 2011

Kelebihan Surah Al-Mulk

Salam n selamat pagi semua... Ooo ya tetiba teringat zaman kat sekolah asrama dulu2... Form 1 aku dah masuk asrama.. banyak gak la pengalaman yg aku perolehi.. Antara yg aku paling ingat ialah time sebelum tidur... semua kene bersiap sedia utk membaca Surah Al-Mulk ni lah.. Sape2 yg incharge bacaan ni akan berada di bilik PA system utk guide bacaan.. Jadi time ni semua kene ada di bilik masing2 termasuk kawan2 yg uzur.. Ayat untuk surah ni hanya ada 30 ayat jek.. Jadi tak lah lama sangat..bile dah hari2 buat, lama2 boleh hafal ayat surah tu sikit2.. 


Sebenarnya banyak jugak kelebihan bila kita baca surah Al-Mulk ni.. Aku nak kongsikan dgn korang semua serba sedikit yg aku tahu la yek.. Surah Al-Mulk ni merupakan surah ke 67 di dalam Al-Quran dan ianya mengandungi 30 ayat.

Daripada Ibnu Abbas r.a berkata:
“Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan semua anak kamu dan juga kepada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di hari kiamat di hadapan Allah swt memohon ampun kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat dari siksaan kubur!”
Dan Nabi saw bersabda:
“saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku”.

Kelebihan Surah Al Mulk

Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.

“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

Di antara kelebihan Surah ini ialah:

1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.

Ayat dari Surah Al Mulk juga mempunyai khasiat dan keistimewaan yang lain. Diantaranya:
 .
1.  Khasiat Ayat 14 Surah Al-Mulk

أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ‌

Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!

1. Dipandang hebat dan berwibawa.
2. Boleh mengetahui apakah kelebihan diri sendiri.
3..Dapat merasai apabila ajal telah hampir tiba.
4. Jika diamalkan menjadi wirid, zikir harian boleh meluaskan rezeki dan menghilangkan fakir.
5. Dibaca 2,012 kali untuk menolak bala yang besar.
6. Jauh dari seksa kubur jika dibaca ayat 14 dan 15 surah Al Mulk.
7. Jika berhajat hendak melihat orang yang melakukan jahat, pencuri, sihir, memfitnah, orang yang sudah meninggal dalam kubur dan perkara yang penting dalam peperiksaan lakukan:
a. Solat hajat.
b. Baca ayat di atas 9 kali dan diniatkan.
c. Tidur dalam keadaan berwudhu dan berdoa (apa niat kita) dan tidur mengiring dengan lembung kanan.

2.  Khasiat Ayat 23 Surah Al-Mulk

قُلْ هُوَ الَّذِي أَنشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ‌ وَالْأَفْئِدَةَ ۖ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُ‌ونَ 

Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.
.
-Jika diamalkan ayat ini, iaitu dibacakan pada gigi yang sakit. InsyaAllah, akan berkurangan dan sembuh sakit giginya.

Terdapat banyak keistimewaan daripada tiga puluh ayat Surah Al – Mulk tersebut. Ia akan terus mensyafaati bagi orang yang membacanya dengan istiqamah hingga ia diampunkan.


Wallahua’lam. Semoga ilmu yang sedikit ni bolehlah aku jadikan amalan. Insya'Allah.

Tuesday, December 6, 2011

Fadhilat Puasa 10 Muharram

Salam semua... Memandangkan hari ni adalah 10 Muharram bg kalendar hijrah.. sy ingin berkongsikan serba sedikit tentang fadhilat dan kelebihan bg sesiapa yang berpuasa...