Pages

Wednesday, September 26, 2012

Lagu - Sayang oleh Ungu

Salam.. Selamat pagi semua.. Alhamdulillah muka bumi Allah ni dibasahi dengan hujan sejak malam tadi.. Sangat sejuk dan kehijauan alam semulajadi teserlah... Sungguh nikmat pemberian rahmatMu ini Ya Allah... Semoga kita akan menghargai setiap apa yang kita ada dan perolehi...
Hari ni terfeeling sikit lah dengan satu lagu nih... Dah lama dengar lagu ni tapi hari ni macam lain pulak..hehe Aku nak share la ngan korang semua sebab sharing is caring kan... (^_^)V
Entah harus dari mana
Ku memulai kata-kataku
Resah gelisah tak menentu
Dari jauh lubuk hatiku
Bukan bukan keinginanku
‘Tuk mencoba meninggalkanmu
Namun tak bisa ku jelaskan
Aku takut menyakitimu

Berat rasanya
Berat rasanya untuk
Ungkapkan kata meski bualan hati
Sayang maafkan
Aku ingin putus
Sayang maafkan
Kita harus putus
Berat rasanya
Berat rasanya untuk
Ungkapkan kata meski bualan hati
Sayang maafkan aku ingin putus
Sayang maafkan aku ingin putus
Sayang maafkan kita harus putus
Sayang maafkan aku ingin putus
Sayang maafkan kita harus putus

Hmm kat sini aku letak video lagu ni la yek.. Korang boleh la dengar time ada masa terluang..
 
So, kalau nak download lagu ni korang boleh search dekat www.4shared.com then taip tajuk lagu.. mesti keluar punya.. Selamat mendengar ye kawan2 semua... Semoga apa yang kita lakukan hari ni lebih baik dari hari yang sebelumnya.. Insya'Allah

Wednesday, September 19, 2012

Lagu - Tatapan Cinta (Ost Kau Yang Terindah)

Salam korang semua... Hari ni aku nak kongsikan satu lagi lagu yang ada dalam cerita Kau Yang Terindah iaitu lagu pada episod 25... Mesti korang perasan time Alisya bangun tidur then g dapur...Syamil dah sediakan sarapan untuk Alisya tu..hehe Masa tu ada lagi Syarini ni...

Kalau tak perasan..kat sini aku bagi lirik n link untuk download sekali k...
http://www.4shared.com 
 
segala keindahan turun ke bumi
disaat ku menatap matamu
menatapmu seakan menembus hati
sepertinya kau lihat hatiku
ku merasakan dirimu kumiliki
namun kenyataannya tak mungkin
mengapa harus kau orang yang terindah
yang tak bisa aku gantikan
cinta..
mengapa kau siksa aku
saat hidupku baik baik saja
ku hanya inginkan satu cinta
hindarkanlah aku
cinta..
matanya begitu indah
tak ada tatapan seperti dirinya
aku lemah bila didekatnya
hindarkanlah aku
seandainya ku pun bisa menghindari
ku tak bisa melupakanmu
sekali lagi bila kau menatapku
kau tahu apa yang kan terjadi
hindarkan aku …
oo…
cinta..
mengapa kau siksa aku
saat hidupku baik-baik saja
ku hanya inginkan satu cinta
hindarkanlah aku
cinta..
matanya begitu indah
tak ada tatapan seperti dirinya
aku lemah bila didekatnya
hindarkanlah aku
hindarkan aku …
cinta..

Semoga terhibur ya.. Sampai jumpa lagi..daaaaa
 

Jom Ke Legoland - Part 1

Salam semua... hari ni aku nak story lagi pasa Legoland... Kali ni time aku pergi 15 September yang lepas.. Masa ni opening day to public.. apa lagi penuh sangat n ramai orang.. Orang yang beratur jek punyalah panjang... Tapi happening lah sebab banyak aktiviti yang dijalankan time nih... Seronok beb.. Kalau ada masa jom la datang sini.. Rasai sendiri keseronokkan dunia lego... Pasti suka!!
Apa yang menarik?? Banyak la kot nak cerita satu2... Hmmm korang mesti dapat bayangkan apa agaknya yg ada dlm taman tema ni kan?? Ape2 pun korang boleh tengok gambar2 yang aku nak kongsikan nih sebagai kenangan kat Legoland, Nusajaya... Mari Layannnnn..
Cik Lego yang banyak kamera..
Pandangan kiri dari pintu masuk
Cantikkan Lego ni??
Teropong ape tu cik lego??
Railway untuk Lego Train
Driving School untuk kanak-kanak
Nak interview ape tu cik lego??hehe
Track Lego - Model
Driving Track yang sebenar
Tempat permainan or rehat kanak2... macam playground gituh..
Market Restaurant... Teruja tengok lego kat atas tu
Rescue Academy - nak try padam api boleh dtg sini
Airport - Nak naik kapal terbang?? Jom ke sini
Lost Kingdom Adventure
Ala-ala padang pasir gitu
Ada minah yang berpakaian arab bersama unta dan cik lego
Tempat main budak2 lagi...
Ni kalo nak main beetle bounce tu.. ala2 ular naik turun naik turun..
Hhmmm ni baru separuh jek gambar yg aku snap sebab time pergi tu panas...aku kesian kat anak aku.. jadi kitaorang patah balik..hehe mak xpuas lagi ni jejalan... hmm ape2 pun sempat la snap gambar taman mini lego yang ada kat tepi2 on the way nak kuar tuh.. korang tengoklah dulu apa yg ada k...


Cantiknya kapal yang diperbuat daripada lego tuh
Menarik betol..
Macam real beb tengok lego comel ni..kagum..
Sangat teliti nak buat bende nih..boleh ke kalau aku nak buat macam tempat nih?? ish ish
Menarik... Macam mana nak buat agaknya... amek masa lama ni
Korang akan dengar azan kat sini... sejuk jek rasanya kan??
Bunyi lori yang berjalan... best gak..
Pemandangan yang cantik...mendamaikan..
Lego dan air tak boleh dipisahkan..hehe
Macam betul je kan?? Skala yang digunakan adalah sama dengan bangunan asal tau
Kapal ooo kapal..
Pemandangan indah... tenang sekali
Pergerakan layar yang sangat konsisten
KLIA...hmmm besar bangunan ni
KLIA yang sibuk... banyak sangat kenderaannya..haha
Menarik bukan??? Jom la ke sini kawan2 yang masih belum sampai tu... Tapi tiket agak mahal la pada aku sekarang nih sebab promotion dah tak ada lagi dah... Kalo nak beli tiket RM140 untuk dewasa dan RM110 untuk kanak2 yang berumur 3 tahun ke atas... hopefully korang happy la nanti... nak save money datang pagi2...then boleh main banyak bende nanti... jimat sket masa nak beratur tuh... Selamat datang ke dunia lego kanak2... yeaayyyyy!!!

Friday, September 14, 2012

Lagu - Aku Yang Berdosa Oleh Shahir

Salam Kawan-kawan dan teman-teman semua.... Memandangkan hari dah petang dan esok semua akan bercuti berhujung minggu aku nak bagi satu lagu kerohanian  yang dinyanyikan oleh Shahir.. lagu ni dapat menyentuh hati aku lah.. maklumlah kita ni semua manusia memang tak lepas daripada melakukan kesalahan kan?? 
Cuba korang teliti lirik lagu untuk lagu nih.. 
 Sejauh mana langkah ku di sana
Aku melupakan Mu
Seluas mana kau beri padaku
Masih ku angkuh pada Mu

Segalanya dusta
Gelap menggaburi ku

Ya Allah, apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku

Ya Allah, hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga Mu

Korang pun mesti jatuh hati dekat lagu nih.. Lagu ni tak terlalu cepat or lambat.. Sesuai la dengan jiwa aku.. kalau nak cari, nak dengar n nak download g link ni k.. http://www.takemp3.com/mp3-02-Aku-Yang-Berdosa.html..  Semoga segala yang baik kita jadikan amalan dan yang kurang baik kita jadikan tauladan untuk kita terus maju kedepan sebagai seorang yang lebih matang dan berani menghadapi segala kemungkinan.. Di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan... Percayalah Allah sentiasa bersama2 dgn kita...

Marhaban Ya Marhaban 2012

Salam semua... Bertemu lagi kita pada hari ni.. Aku ada banyak cerita nak dikongsikan bersama... Jadi aku teruskanlah usaha aku untuk menaip dan mencoretkan ayat-ayat kat blog aku nih.. Kadang2 best gak kan dapat luahkan apa yang ada dalam kotak fikiran nih.. i like!!!
Semalam merupakan malam terakhir pusingan marhaban untuk tahun 2012 nih... Alhamdulillah, aku ikut dan join setiap hari walaubagaimanapun aku xdapat pg satu hari tuh pun disebabkan hujan.. maklumlah aku bawa anak kecik... Jadi payah pulak nak jalan2 kan?? so, aku cuti ler..hehe bukan nak ngelat tau..
Ahli-ahli marhaban
Bangun semua - nak start selawat nih
Nak pulak anak aku ni ngan kawan sek rendah aku nih
Kawan sekolah rendah.... dekat 7 tahun tak jumpe..
Sampai turn umah mak aku hari Rabu lepas.. Perghh ramai la plak.. Aku half day jek hari tuh sebab nak tolong mak aku buat preparation.. Cian gak kat mak aku sebab dah la sorang2 then jg anak aku plak tuh... hehe Lik jek keje terus aku g Kipmart utk cari brg2 yang berkaitan... Pinggan dan mangkuk polystyrene bley plak habes... terpaksa aku beli pinggan kecik jek.. Hmm kalau org xtau mesti kaat kitaorg ni kedekut kan??haha ini semua sbb kedai dah xde stok dah..punyerlah ramai yg dtg beli sampai habes semuanya...
Meriah gak malam marhaban umah mak aku tuh... happening.. kadang2 sayu pun ada sebab ayah dah xde lagi... kalau ada mesti lagi best... Kitaorg sediakan makanan yang simple2 jek... Antara menu malam tu ialah....jeng jeng jeng...tgk gambar kat bawah yek...
Bihun Singapore
Karipap Kentang
Kuih Cara Berlauk
Kacang Kuda Berempah
Jambu Batu dan pasangannya asam boi
Roti Jala
Kari Ayam
Lada Jeruk (First time aku buat tau!)
Halua Nenas...manissssss
Jeruk buah-buahan
Aku berterima kasihlah ye kepada semua yang datang memeriahkan marhaban kat umah aku... Semoga Allah membalas keikhlasan semua.. Insya'Allah.. Semoga kita dapat berjumpa lagi pada tahun hadapan.. Semoga Allah meredhai segala kebaikan yang kita lakukan..amin