Pages

Monday, March 19, 2012

Muhasabah Diri

Salam Semua.. Dah sampai kita pada malam 19 Mac 2012.. Apa yang dah aku lakukan hari ni?? Memang banyak perkara berlaku... Apakah yang aku buat tu semuanya betol?? hmm tentulah tidak.. Maybe banyak gak salah yang aku dah buat hari ni.. Masya'Allah.. Semoga aku tak ulangi kesilapan yang sama lagi untuk esok dan hari2 yang seterusnya.. Insya'Allah..
Kepada semua kawan2 aku, aku nak minta maaf kalo ada salah dan silap yang aku dah buat secara sengaja mahupun tidak.. Kadang2 aku tak perasan.. Sorry yek.. Lain kali kalo aku ada buat silap atau salah tolonglah tegur k.. Maklumlah takde manusia yang sempurna 100%.. Semoga yang baik aku jadikan teladan dan yang kurang baik aku jadikan sempadan.. Insya'Allah.. 
Kepada keluarga dan suami sekiranya ada terkasar bicara, tersinggung dihati mohon diampunkan segala salah silap...Semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk-Nya kepada aku untuk menjadi khalifah yang lebih sempurna...amin
Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan". (Al-Kahfi 18:103&104) 

No comments:

Post a Comment