Pages

Monday, November 19, 2012

Lagu Kembali - Ost Cinta itu Milikku

Salam semua... hari ni aku nak share lagu best untuk ost cinta itu milikku... korang mesti dah layan cerita tu kan?? slot akasia tv3 jam 7-8 malam tuh... aku suka pasangan fazreen dengan emma... sesuai sangat!!!
Jom jom layan lirik lagu yang dijadikan lagu tema slot akasia sekarang..

Hati ini kan terasa sepi
Tanpa senyuman indah yang meruntumkan jiwa
Jadi kelam dunia bila kau menjauh

Bukan cinta membahagiakan
Hanya keihklasan di dalam hati mu
Untuk merasakan ikatan hati kita

Ku ingin kau berada disisi ku
Dalam waktu sukar atau bahagia
Oh cinta panjatkanlah pinta hamba ini

Cinta kau berikanlah kekuatan
untuk meniti cubaan dari mu
Semoga hari kami kembali menyinari
Jalan ini

Ku ingin kau berada disisi ku
Dalam waktu sukar atau bahagia
Oh cinta panjatkanlah pinta hamba ini

Cinta berikanlah kekuatan
Untuk meniti cubaan dari mu
Semoga hari kami kembali menyinari jalan ini

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/08/lirik-lagu-kembali-akimstacy.html#ixzz2Cd1q76KZ

Hati ini kan terasa sepi
Tanpa senyuman indah yang meruntumkan jiwa
Jadi kelam dunia bila kau menjauh

Bukan cinta membahagiakan
Hanya keihklasan di dalam hati mu
Untuk merasakan ikatan hati kita

Ku ingin kau berada disisi ku
Dalam waktu sukar atau bahagia
Oh cinta panjatkanlah pinta hamba ini

Cinta kau berikanlah kekuatan
untuk meniti cubaan dari mu
Semoga hari kami kembali menyinari
Jalan ini

Ku ingin kau berada disisi ku
Dalam waktu sukar atau bahagia
Oh cinta panjatkanlah pinta hamba ini

Cinta berikanlah kekuatan
Untuk meniti cubaan dari mu
Semoga hari kami kembali menyinari jalan ini


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/08/lirik-lagu-kembali-akimstacy.html#ixzz2Cd1q76KZ


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/08/lirik-lagu-kembali-akimstacy.html#ixzz2Cd1q76KZ


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/08/lirik-lagu-kembali-akimstacy.html#ixzz2Cd1q76KZ


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/08/lirik-lagu-kembali-akimstacy.html#ixzz2Cd1q76KZ


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/08/lirik-lagu-kembali-akimstacy.html#ixzz2Cd1q76KZ


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/08/lirik-lagu-kembali-akimstacy.html#ixzz2Cd1q76KZ


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/08/lirik-lagu-kembali-akimstacy.html#ixzz2Cd1q76KZ


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/08/lirik-lagu-kembali-akimstacy.html#ixzz2Cd1q76KZ


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/08/lirik-lagu-kembali-akimstacy.html#ixzz2Cd1q76KZ


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/08/lirik-lagu-kembali-akimstacy.html#ixzz2Cd1q76KZ


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/08/lirik-lagu-kembali-akimstacy.html#ixzz2Cd1q76KZ


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/08/lirik-lagu-kembali-akimstacy.html#ixzz2Cd1q76KZ
Hati ini kan terasa sepi
Tanpa senyuman indah yang meruntumkan jiwa
Jadi kelam dunia bila kau menjauh

Bukan cinta membahagiakan
Hanya keihklasan di dalam hati mu
Untuk merasakan ikatan hati kita

Ku ingin kau berada disisi ku
Dalam waktu sukar atau bahagia
Oh cinta panjatkanlah pinta hamba ini

Cinta kau berikanlah kekuatan
untuk meniti cubaan dari mu
Semoga hari kami kembali menyinari
Jalan ini

Ku ingin kau berada disisi ku
Dalam waktu sukar atau bahagia
Oh cinta panjatkanlah pinta hamba ini

Cinta berikanlah kekuatan
Untuk meniti cubaan dari mu
Semoga hari kami kembali menyinari jalan ini

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/08/lirik-lagu-kembali-akimstacy.html#ixzz2Cd1q76KZ
 
So, feeling tak dengar lirik lagu nih??hehe So, sape2 nak download boleh pg web jiwang or 4shared k... Samapai jumpa lagi..

Wednesday, November 7, 2012

11 Tanda Orang Bahagia

Salam semua.. Jumpa lagi hari ni... Alhamdulillah.. Pagi-pagi ni aku nak kongsi sket apa yang aku baca semalam... Maybe post aku pendek jek tapi input yang ada tu matlamat aku untuk aku share ngan korang semua...

11 Tanda orang bahagia

1.  Tidak rakus dengan dunia ini
2.  Sibuk beribadat
3.  Kurang bercakap melainkan yang perlu sahaja
4.  Memelihara solat 5 waktu
5.  Bersahabat dengan orang yang soleh
6.  Merendah diri (Tawaduk)
7.  Menjauhi daripada yang haram
8.  Pemurah dan baik hati
9.  Kasih sayang sesama makhluk
10. Berguna kepada masyarakat
11. Selalu ingat mati

Itu yang aku baca semalam... aku rasa ada banyak lagi tanda2 org yg bahagia nih.. Ini mungkin dari pendapat atau pandangan ustaz tersebut.. Insya'Allah walaupun sedikit, sekurang-kurangnya kita tahu dan cuba melakukan sesuatu perkara itu sebaik mungkin untuk menjadi yang terbaik. Semoga apa yang kita lakukan hari ini mendapat rahmat dan petunjuk daripada Allah..
 

Monday, November 5, 2012

Bila 'RAJIN' kuasa 3

Salam semua... sekarang nih aku nak share sket apa yang aku cuba buat.. hmm maksud aku ape yg aku dah cuba buat..hehe Masa nak raya haji hari tuh...tahap kerajinan aku memang kuasa tiga jadi aku manfaatkan semua kerajinan aku tuh utk mencuba apa2 yg aku rasa nak cuba buat... Alhamdulillah hasilnya adalah yg menjadi dan ada jugak yg perlukan latihan lagi untuk dapat kepakaran yang betol2 mantap...

Apa yg aku buat actually ek?? Aku tak buat ape pun cume buat sket ole-ole untuk balik kampung buat makan2... Sila layan gambar kat bawah yek..hehe aku buat suka2 dan kepuasan diri sendiri...
Muffin chocolate with choc chips
Inilah hasilnya...aku rasa macam terlebih bakar sbb mcm kering sket..
Ini muffin pisang.. aku tabur colour rice jd comot..huhu
Zoom in...agak tak kemas n comot..waduh waduh
Kek marble yang macam rentung...haha
Ni bahagian dalam kek..not bad la kan... sbb yg aku kalerkan terlebih bnyak..hehe
Yg ni plak aku buat kek coklat mocha kukus... tersenyum kek yg aku buat ni..haha
So, amacam rajin tak aku??haha masuk bakul angkat guna tren plak... Nasib baik cik suami komen yg positif...yeeehaaa suka suka sukaaaaaaaaaaaaaaa!!!! Actually aku ada buat apam gak tapi xde polkadot aku letak filing strawberry...bolehla dimakan walaupun xselembut org lain buat... Insya'Allah ada kesempatan aku nak buat lagi...Opss buble rice coklat pun aku ada buat tau... yummy simple n easy jek nak buat..yg penting ada kemahuan..hehe ape2 pun semoga aku lebih rajin la yek... (^_*)V

Aidiladha dan Ibadah Korban

Salam semua.. Hari ni aku nak share sket story time Raya Aidil Adha hari tuh... Alhamdulillah tahun ni ada sedikit rezeki nak buat ibadah korban kat kampung.. Tahun lepas ada gak niat nak buat untuk anak aku nih tapi aqiqah belah ayah mertua tak buat lagi.. So, aku postpone tahun ni la... Alhamdulillah aku sekeluarga dapat melengkapkan niat untuk melakukan ibadah korban ni...syukurrrr...

Kat sini aku nak sharekan sikit info berkaitan korban nih... Semoga ilmu yang sedikit ni dapat kita manfaatkan ye..

PENGERTIAN KORBAN

Bahasa : Nama yang diberikan terhadap apa yang dikorbankan atau apa yang disembelih pada Hari Raya Adha.

Dinamakan juga sebagai ‘Udhiyyah’ yang berasal daripada perkataan ‘Dhuha’ iaitu waktu Dhuha, kira-kira antara jam 7.00 hingga 11 pagi, kerana korban disyariatkan oleh Allah SWT supaya dilaksanakan setelah selesai Solat Eidul Adha.

Ada juga yang mengatakan ianya berasal daripada perkataan Al-Udhiyyah dan Ad-Dhahiyyah yang dimaksudkan binatang sembelihan seperti unta, lembu, kambing yang disembelih pada hari Raya Korban dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) dengan tujuan untuk mentaqarrubkan diri kepada Allah.

Syarak : Menyembelih haiwan yang tertentu dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah dalam waktu yang khusus (hari-hari Nahar). Ibadah ini telah disyariatkan pada Tahun Kedua Hijriyah sepertimana juga disyariatkan ibadah zakat dan Solat Dua Hari Raya (Eidul Fitri dan Eidul Adha) dan telah dipastikan syariat mengenai berdasarkan al-Quran, Sunnah dan ijma’ ulamak.
 

Hukum Berkorban 

Hukum ibadat korban itu adalah sunat mu’akkad yang berupa sunat kifâyah jika ahli keluarga orang yang menyembelih korban itu ramai bilangannya. Jadi jika salah seorang daripada mereka menyembelih korban maka adalah memadai untuk mewakili semua ahli keluarga. Sebaliknya jika dia tidak mempunyai ahli keluarga melainkan hanya dirinya seorang sahaja, maka hukumnya adalah sunat ‘ain

Dua Bentuk Korban
1. Korban Wajib ( Korban Nazar )
2. Korban Sunat 


Ia di kira Korban sunat sekiranya tidak ada sebab2 dan syarat untuk menjadikannya wajib.

Syarat-syarat
1. Binatang tersebut tidak mempunyai kecacatan yang buruk iaitu yang biasanya mengurangkan kuantiti dagingnya atau menyebabkan kemudaratan terhadap kesihatan.
2. Dilakukan dalam masa yang tertentu *(pada Hari Raya Korban ( 10 Zulhijjah ) dan 3 hari Tasyrik ( 11, 12, 13 Zulhijjah).

Waktu / Masa Korban
Waktu bagi menyembelih binatang korban adalah bermula apabila berlalu tempoh sekadar selesainya dua rakaat sembahyang Hari Raya serta bacaan khutbahnya yang ringkas setelah naik matahari pada Hari tasyrik.
Waktu untuk menyembelih binatang korban ini berterusan hingga ke hari Tasyrik yang terakhir. Penyembelihan yang dilakukan pada waktu malam adalah makruh menurut Mazhab Syafi’e. 

Kat sini aku nak kongsikan beberapa keping gambar yang sempat diambil semasa hari tersebut.

Lembu 1- warna hitam
Lembu 2 - warna hitam tapi ada belang2 coklat sket
Time ni lembu tumbang...so ape lagi kakinya perlu diikat
Betulkan kedudukan lembu....cari tempat terbaik untuk gali sedikit lubang untuk darah yang bakal keluar
Sudah disembelih..nampak tak?? ada gambar zoom tapi takut korang xberani nak tengok..
Proses melapah daging untuk diagih2 kan
Gantung peha dan lapah..
Menanti ketibaan daging2 utk dipotong dan diagih2kan
Ni melapah daging.... buang kulit daripada daging..susah gak nak buat nih
Antara orang-orang kuat yang hadir..
Semoga kita sentiasa bersyukur dengan rezeki dah rahmat yang Allah berikan kepada kita semua. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan selalunya apa yang berlaku adalah perkara yang TERBAIK Allah berikan untuk kita semua... Terpulanglah kepada penerimaan masing2... Semoga kita sentiasa dirahmati dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.. Insya'Allah.. 

Friday, November 2, 2012

Lalalala

Salam semua... Lama betul aku dah tak menulis kat blog aku nih.. Kekangan masa yang agak panjang.... Kadang2 banyak idea yang datang tapi terpaksa aku lepaskan ibarat air yang mengalir... (^_^)V Insya'Allah aku akan update sekiranya ada perkara yang aku ingin kongsikan dengan semua...
Ooo ya sekarang ni cuaca agak tak mengizinkan kita melakukan aktiviti luar sangat sbb skrg ni musim hujan kan?? OOpsss stop dulu ada kerja kene buat... c u 

Friday, October 5, 2012

Lagu - Tuhan Jagakan Dia (Motif Band)

Salam... Kawan2 semua... Yeayyy hari ni dah Hari Jumaat.. Alhamdulillah aku masih bernafas lagi dengan kehendak-NYA... Semalam masa aku amek adik aku dari sekolah...sambil drive tu adalah satu lagu ni buat halwa telinga aku terhibur dengar satu lagu ni kat suria fm.. Lagu ape??? Meh sini aku sharekan ngan korang semua... Lagu Tuhan Jagakan Dia... Perghhh aku terus tujukan lagu ni untuk suami dan anak aku tersayang...
Wajah-wajah kekasih... Love you!!!

Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku
Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

 Lirik lagu ni pun best!! Selamat mendengarla yek.. OOpsss lupa plak nak bg link untuk download.. Silalah ke page ni yek untuk mendownload... http://www.takemp3.com/mp3-Motif-Band--Tuhan-Jagakan-Dia-.html
Sampai jumpa lagi... Selamat berhujung minggu (^_^)V

Monday, October 1, 2012

Lagu - Delima Hatiku (Ost Tiga Hari)

Salam dan selamat petang semua... Semoga anda semua sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya... Aku nak kongsi sket kat sini satu lagu... Hmm actually aku terdengar dan ada video klip lagu ni yang aku tengok kat astro semalam...hehe

Korang mesti dah tengok ni.. Lagu yang aku maksudkan ialah Lagu Delima Hatiku... Ini adalah tema lagu untuk Filem "TIGA HARI"... Jom layan lirik lagu nih..

Dari hati semanisnya madu
Kata janji terukir jua berlagu
Ku terlena, ku bermimpi sayu
Hanya aku sering memburu
Terumpan cinta harumnya berbisa
Berkacanya di dalam sanubariku
Benarpun kata ada jodoh kita
Dan ku pasti tanpa terbukti
Hanya pada Tuhan ku pohon jawapan
Daku jua dalam dugaan
Terima detak rasa
Saksinya janji tersentuh bersama
Dari hati semanisnya janji
Hanya aku tidak mengerti
Terumpan cinta harumnya berbisa
Berkacanya di dalam sanubariku
Benarpun kata ada jodoh kita
Dan ku pasti tanpa terbukti


Semoga terhibur ya... Selamat mendengar...
 

Wednesday, September 26, 2012

Lagu - Sayang oleh Ungu

Salam.. Selamat pagi semua.. Alhamdulillah muka bumi Allah ni dibasahi dengan hujan sejak malam tadi.. Sangat sejuk dan kehijauan alam semulajadi teserlah... Sungguh nikmat pemberian rahmatMu ini Ya Allah... Semoga kita akan menghargai setiap apa yang kita ada dan perolehi...
Hari ni terfeeling sikit lah dengan satu lagu nih... Dah lama dengar lagu ni tapi hari ni macam lain pulak..hehe Aku nak share la ngan korang semua sebab sharing is caring kan... (^_^)V
Entah harus dari mana
Ku memulai kata-kataku
Resah gelisah tak menentu
Dari jauh lubuk hatiku
Bukan bukan keinginanku
‘Tuk mencoba meninggalkanmu
Namun tak bisa ku jelaskan
Aku takut menyakitimu

Berat rasanya
Berat rasanya untuk
Ungkapkan kata meski bualan hati
Sayang maafkan
Aku ingin putus
Sayang maafkan
Kita harus putus
Berat rasanya
Berat rasanya untuk
Ungkapkan kata meski bualan hati
Sayang maafkan aku ingin putus
Sayang maafkan aku ingin putus
Sayang maafkan kita harus putus
Sayang maafkan aku ingin putus
Sayang maafkan kita harus putus

Hmm kat sini aku letak video lagu ni la yek.. Korang boleh la dengar time ada masa terluang..
 
So, kalau nak download lagu ni korang boleh search dekat www.4shared.com then taip tajuk lagu.. mesti keluar punya.. Selamat mendengar ye kawan2 semua... Semoga apa yang kita lakukan hari ni lebih baik dari hari yang sebelumnya.. Insya'Allah

Wednesday, September 19, 2012

Lagu - Tatapan Cinta (Ost Kau Yang Terindah)

Salam korang semua... Hari ni aku nak kongsikan satu lagi lagu yang ada dalam cerita Kau Yang Terindah iaitu lagu pada episod 25... Mesti korang perasan time Alisya bangun tidur then g dapur...Syamil dah sediakan sarapan untuk Alisya tu..hehe Masa tu ada lagi Syarini ni...

Kalau tak perasan..kat sini aku bagi lirik n link untuk download sekali k...
http://www.4shared.com 
 
segala keindahan turun ke bumi
disaat ku menatap matamu
menatapmu seakan menembus hati
sepertinya kau lihat hatiku
ku merasakan dirimu kumiliki
namun kenyataannya tak mungkin
mengapa harus kau orang yang terindah
yang tak bisa aku gantikan
cinta..
mengapa kau siksa aku
saat hidupku baik baik saja
ku hanya inginkan satu cinta
hindarkanlah aku
cinta..
matanya begitu indah
tak ada tatapan seperti dirinya
aku lemah bila didekatnya
hindarkanlah aku
seandainya ku pun bisa menghindari
ku tak bisa melupakanmu
sekali lagi bila kau menatapku
kau tahu apa yang kan terjadi
hindarkan aku …
oo…
cinta..
mengapa kau siksa aku
saat hidupku baik-baik saja
ku hanya inginkan satu cinta
hindarkanlah aku
cinta..
matanya begitu indah
tak ada tatapan seperti dirinya
aku lemah bila didekatnya
hindarkanlah aku
hindarkan aku …
cinta..

Semoga terhibur ya.. Sampai jumpa lagi..daaaaa
 

Jom Ke Legoland - Part 1

Salam semua... hari ni aku nak story lagi pasa Legoland... Kali ni time aku pergi 15 September yang lepas.. Masa ni opening day to public.. apa lagi penuh sangat n ramai orang.. Orang yang beratur jek punyalah panjang... Tapi happening lah sebab banyak aktiviti yang dijalankan time nih... Seronok beb.. Kalau ada masa jom la datang sini.. Rasai sendiri keseronokkan dunia lego... Pasti suka!!
Apa yang menarik?? Banyak la kot nak cerita satu2... Hmmm korang mesti dapat bayangkan apa agaknya yg ada dlm taman tema ni kan?? Ape2 pun korang boleh tengok gambar2 yang aku nak kongsikan nih sebagai kenangan kat Legoland, Nusajaya... Mari Layannnnn..
Cik Lego yang banyak kamera..
Pandangan kiri dari pintu masuk
Cantikkan Lego ni??
Teropong ape tu cik lego??
Railway untuk Lego Train
Driving School untuk kanak-kanak
Nak interview ape tu cik lego??hehe
Track Lego - Model
Driving Track yang sebenar
Tempat permainan or rehat kanak2... macam playground gituh..
Market Restaurant... Teruja tengok lego kat atas tu
Rescue Academy - nak try padam api boleh dtg sini
Airport - Nak naik kapal terbang?? Jom ke sini
Lost Kingdom Adventure
Ala-ala padang pasir gitu
Ada minah yang berpakaian arab bersama unta dan cik lego
Tempat main budak2 lagi...
Ni kalo nak main beetle bounce tu.. ala2 ular naik turun naik turun..
Hhmmm ni baru separuh jek gambar yg aku snap sebab time pergi tu panas...aku kesian kat anak aku.. jadi kitaorang patah balik..hehe mak xpuas lagi ni jejalan... hmm ape2 pun sempat la snap gambar taman mini lego yang ada kat tepi2 on the way nak kuar tuh.. korang tengoklah dulu apa yg ada k...


Cantiknya kapal yang diperbuat daripada lego tuh
Menarik betol..
Macam real beb tengok lego comel ni..kagum..
Sangat teliti nak buat bende nih..boleh ke kalau aku nak buat macam tempat nih?? ish ish
Menarik... Macam mana nak buat agaknya... amek masa lama ni
Korang akan dengar azan kat sini... sejuk jek rasanya kan??
Bunyi lori yang berjalan... best gak..
Pemandangan yang cantik...mendamaikan..
Lego dan air tak boleh dipisahkan..hehe
Macam betul je kan?? Skala yang digunakan adalah sama dengan bangunan asal tau
Kapal ooo kapal..
Pemandangan indah... tenang sekali
Pergerakan layar yang sangat konsisten
KLIA...hmmm besar bangunan ni
KLIA yang sibuk... banyak sangat kenderaannya..haha
Menarik bukan??? Jom la ke sini kawan2 yang masih belum sampai tu... Tapi tiket agak mahal la pada aku sekarang nih sebab promotion dah tak ada lagi dah... Kalo nak beli tiket RM140 untuk dewasa dan RM110 untuk kanak2 yang berumur 3 tahun ke atas... hopefully korang happy la nanti... nak save money datang pagi2...then boleh main banyak bende nanti... jimat sket masa nak beratur tuh... Selamat datang ke dunia lego kanak2... yeaayyyyy!!!