OO ya korang pernah dengar tak buah rozel or bunga rozel... Aku suka betul ngan air rozel... Macam mana nak buat air rozel ni?? senang jek.. Korang ambil buah or bunga rozel basuh bersihkan then buang biji... pas tu rebus kat periuk... agak2 dah mendidih warna rozel dah luntur bolehlah matikan api dapur tuh... Andainya korang suka minum n tinggal nak bancuh jek, siap2 la campur gula time air mendidih td... masuk peti ais.... perghh memang best kalo minum time sejuk... kalo xpernah tengok pokok rozel... Kat bawah ni ada pokok yg ada kat umah aku.. korang tengoklah yek...
Ni pulak buah or bunga rozel tuh... Banyak khasiatnya rozel ni... Aku nak kongsikan kat sini.. aku ambil dari web yg boleh dipercayai.. baca sampai habis k..
* Membantu proses pencernaan, meningkatkan kelenjar usus dan berfungsi sbg tonik
* Memperlancar peredaran darah.
* Mengubati luka luar dan dalam.
* Mengubati penyakit kulit, menghaluskan kulit dan memperlambat penuaan,
menyebabkan wajah nampak muda dan berseri.
* Sbg diuretic, penurun suhu dan pereda rasa nyeri (penenang alami.)
* Bersifat detoksifikasi, membuang racun.
* Mempunyai efek anti kejang otot.
* Memiliki zat anti bakteria dan anti virus.
* Membunuh bakteria penyebab TBC.
* Memiliki zat anti kejang saluran pernafasan
* Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu karang.
* Mencegah penyakit jantung.
* Mengatasi masalah selsema, batuk, dan demam.
* Mengubati asma dan alergi.
* Mengubati insomnia.
* Menormalkan kadar gula darah, tekanan darah, kolestrol, dan asam urat.
* Mengatasi penyakit kardiovaskular/darah tinggi.
* Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam rozel mampu bertindak
sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.
* Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh
* Menyihatkan mata
* Menyeimbangkan berat badan.
* Mengurangi panas dalam .
* Menurunkan tingkat penggumpalan lemak di hati.
* Mengubati pening kepala/migraine.
* Membantu memulihkan dari ketergantungan ubat dan alkohol.
* Menghilangkan sakit sakit di badan.
* Membantu mencerdaskan otak pada anak-anak kerana mengandungi Omega 3 dan
DHA
* Dapat mengurangi risiko osteoporosis.
* Mengubati sakit tenggorokan dan sawan.
* Mengatasi masalah stress/tekanan.
KEGUNAAN ROZEL DALAM DUNIA PERUBATAN
Ramai saintis percaya pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik kerana ia menghadkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas (Rozel kaya dengan anti oksidan). Banyak penyakit zaman moden dikaitkan dengan masalah tekanan oksidatif akibat daripada aktiviti radikal bebas yang berleluasa pada hari ini. Aktiviti radikal bebas menyebabkan berlakunya proses penuaan pantas terhadap manusia.Ia juga membantu meningkatkan daya tahan tubuh, mengatasi hipertensi, anti infeksi bakteria, membantu proses pencernaan dan mencegah kekurangan vitamin C, mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu ginjal, mengandungi Flavonoid yang berfungsi sebagai antibiotik pembunuh kuman-kuman penyebab penyakit serta penyaring racun dalam tubuh.
Banyak khasiat rozel bukan?? apa kata korang pun tanam sendiri rozel kat rumah... kalo nak beli pun tak mahal.. sekilo cuma RM6...
No comments:
Post a Comment