Pages

Tuesday, January 17, 2012

Mutiara Kata

Selamat pagi dan salam sejahtera semua... Hari ni aku nak kongsi mutiara kata menarik.. Kadang2 kita tak perlukan kata2 yg bombastik utk terjemahkan sesuatu perkara cukuplah sekarar ayat ringkas tapi sarat dengan makna yg tersirat.. (^_^)V



"Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging"

"Keagungan peribadi anda terletak pada kesedian anda untuk memberi bila beruntung, untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat"

"Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya"
"Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata adalah untuk memiliki dengan sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran dan perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda"

"Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman"
Sampai jumpa lagi... banyak lagi ug akan aku kongsikan kat sini.. Semoga yang baik dijadikan teladan dan yg kurang baik dijadikan pedoman...
 

No comments:

Post a Comment