Pages

Monday, January 2, 2012

Permata Hati Ibu

Anak aku Rizq tak berapa sihat masa kitaorang g Melaka.. Mungkin sebab angin monsun bertukar kot.. Angin kuat sangat kat Melaka tuh.. Then diselang selikan dengan hujan yang tak menentu... Biasalah budak2... Kalo tak tahan sejuk, mudah kene demam... Mula2 dia ok jek.. Tapi lama2 banyak merengek.. Kesian betul aku tengok.... Salah satu sebabnya mybe penat jalan kot... Aku dok bawa dia pusing kat Melaka tak ingat langsung penat..haha cian sungguh anak aku.. maafkan ibu yek.. (^_^)V


Kitaorang dok kat area Rembia kat Melaka tuh.. Carilah klinik yang berdekatan.. Nasib baik ada panel klinik ING... at least dapat lah aku gunakan insurans tuh tuk bayar sebab this year (2012) company dah tukar panel yg baru iaitu PM Care.. Hopefully PM Care ni lagi better then ING... Bukannya apa kadang2 kita semua perlukan sesuatu yg memudahkan kita time kecemasan kan?? betul kan?? Aku bawalah anak aku ni g klinik pagi2 lagi dalam pukul 7 pagi.. kesian sangat..badan panas... merengek lagi.. then angin kat luar sejuk.. hmm klinik yg aku g tu nama dia Klinik Srimas kat Taman Cheng Perdana... Alhamdulillah tak la ramai org sangat.. Kejap jek dah sampai turn aku... 
Balik jek dr klinik terus mandikan, bagi ubat then tak lama anak aku tidur.... Lama gak dia tidur.. Ni mesti pekene ubat demam yg doktor bg... Alhamdulillah tak berapa lama tuh dia dah ok sket... Happy tengok buah hati aku..


Gembira sungguh bila dapat tengok anak aku ni gelak2 lagi.. Alhamdulillah.. Permata hati aku dah beransur pulih... Boleh la aku bw g round lagi kat Melaka nih..hehe 
Sayang sangat permata hati ibu nih... Semoga cepat besar dan berbakti kepada kelurga, masyarakat dan negara.. Ibu doakan yang terbaik buat Rizq...amin...
 

No comments:

Post a Comment