Pages

Monday, December 5, 2011

HR Open Day 2011

Salam semua...

Hari ni sy nak kongsikan sedikit acara yg diadakan pd Jumaat lepas... Apa yg ada Jumaat lepas???? HR open day.. hari konvokesyen untuk yg menghadiri kursus "Culture of Excellent". Kali ni penerima sijil agak ramai.. Yg uniknya... satu dept sy dpt naik pentas time nih.. yeeehaaaaa (^_^)V 
kawan2 yg menerima sijil Pn. Saloha, Pn. Fazilah dan Cik Hafizah... Bos2 plak dapat black belt untuk project Six Sigma... Alhamdulillah dpt la sket duit poket buat Six Sigma nih... 

SiLC Department





First time dpt gambar ngan bos2 nih...hehe Sporting la derang kali nih... Bos jgn lupa bahagian kitaorang yek... (^_*) kita org nak menabung nih...hihi 

Kawan-kawan yang menerima sijil - Syidah, K Azlina, Fazilah, K Loha & Hafizah
Kawan-kawan, semoga terus berjaya lepas nih... kalo ada dpt duit boleh la share skali...weee =D

Kawan-kawan yang hadir
Tahniah semua.. semoga kita akan lebih berjaya pada tahun-tahun yg mendatang... Yang penting 'mind set' kita...kena selalu positif.... Fikirkan Boleh!!! Jom kita nyanyi... (^_^)

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh



"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

No comments:

Post a Comment