Pages

Tuesday, December 20, 2011

Dividen ASB 2011

Salam... Semalam korang tengok berita tak?? Kalo korang tengok mesti korang happy sebab dah dengar pengumuman dividen dan bonus untuk ASB bagi tahun berakhir 2011. Alhamdulillah masing-masing boleh dapat 7.65% keuntungan dividen dan bayaran bonus sebanyak 1.15%. Adalah kenaikan sikit berbanding tahun sebelumnya.. OO ya kadang terfikir gak macam mana nak kira untung dividen nih.. Td adalah cari2 then jumpalah kat satu web nih.. So saya kongsikan kat sini yek kawan2.. Macam nilah cara kiranya.. 

DIVIDEN DAN BONUS 2011
Sebagai contoh:

Kadar pengagihan pendapatan dan bonus ASB yang diumumkan bagi tahun berakhir 2011adalah seperti berikut:-

Pengagihan Pendapatan 7.65%
Bonus 1.15%

Pengagihan Pendapatan

Pengiraan pengagihan pendapatan adalah berdasarkan kepada baki terendah pada setiap bulan untuk jangkamasa 12 bulan ataupun setahun. Untuk mendapat pengagihan pendapatan penuh pada bulan tersebut, pelaburan tambahan mestilah dilakukan pada 01 haribulan pada bulan tersebut dan dikekalkan sehingga hujung bulan. Sekiranya pelaburan tambahan dilakukan selepas tarikh tersebut, perolehan pengagihan pendapatan hanya akan dikira untuk bulan ke hadapannya.

Contoh pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun berakhir 2011:-

Jumlah *BMB dari bulan Januari 2011 hingga Disember 2011 x KADAR
12 Bulan

* BMB adalah Baki Minimum Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
* Baki minimum bagi setiap bulan akan ditentukan terlebih dahulu mulai Januari, 2011 sehingga Disember, 2011 (12 bulan).
* Baki-baki minimum tersebut akan dicampurkan kesemuanya dan dibahagi dengan 12 (jumlah bulan dalam setahun) bagi mendapatkan purata baki minimum
tahunan.
* Purata baki minimum tahunan yang diperolehi akan didarabkan dengan kadar pengagihan pendapatan yang diisytiharkan


Berikut adalah sejarah dividen dan bonus ASB sejak dilancarkan pada tahun 1990 hingga 2010. Skim ASB telah dilancarkan pada 2 Januari 1990.
Kadar pulangan sejak 10 tahun lepas agak lebih rendah purata 8% berbanding pada tahun 90an yang purata 9% – 12% setahun.


Tahun Dividen + Bonus
2010 7.5 + 1.25
2009 7.30 + 1.25
2008     7.00 + 1.75
2007 8.00 + 1.00
2006 7.30 + 1.25
2005 7.25 + 1.75
2004 7.25 + 2.00
2003 7.25 + 2.00
2002 7.00 + 2.00
2001 7.00 + 3.00
2000 9.75 + 2.00
1999 8.50 + 1.50 + 2.0 (2sen adalah bonus istimewa)
1998 8.00 + 2.50
1997 10.25 + 1.25
1996 10.25 + 3.00
1995 10.0 + 3.00
1994 9.50 + 4.50
1993 9.00 + 4.50
1992 7.50 + 5.00
1991 8.50 + 4.00
1990 8.00 + 6.00


















No comments:

Post a Comment