Pages

Friday, February 17, 2012

Syarat Wajib Zakat

Salam.. Jumpa lagi.. aku nak cite plak pasal syarat wajib zakat nih.. Mungkin antara kita ada yang kurang pasti.. Tak salah kan kalau kita berkongsi sedikit ilmu yang aku ada nih? Antara SYARAT WAJIB ZAKAT adalah..

PERTAMA: Zakat diwajibkan ke atas orang ISLAM sahaja. Orang bukan Islam tidak diwajibkan zakat.

KEDUA: MERDEKA. Zakat diwajibkan ke atas orang Islam yang merdeka. Hamba tidak wajib mengeluarkan zakat.

KETIGA: SEMPURNA MILIK. Harta yang dimiliki dan kuasai sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka dan bebas untuk menggunakannya.

KEEMPAT: CUKUP NISAB. Nisab ialah kadar minima yang ditetapkan oleh syarak bagi sesuatu harta yang dikeluarkan zakat. Kekurangan daripada kadar tersebut menggugurkan kewajipan berzakat.

KELIMA: SEMPURNA HAUL. Harta yang telah cukup nisab hendaklah berada dalam pemilikkan dan simpanan selama setahun iaitu pusingan 12 bulan tahun Hijrah (354 hari).
 Hmm kalau korang rasa dah cukup syarat2 nih... perlulah bayar zakat.. Ingat zakat tu salah satu cara penyucian atau membersihkan harta yang kita ada. mungkin korang rasa macam alamak banyaknyer kene bayar.. tapi sebenarnya Allah akan bagi kita lebih daripada duit yang kita keluarkan tuh.. Sama2 lah kita fikirkan dan selamat beramal.. (^_^)V

No comments:

Post a Comment