Pages

Tuesday, February 21, 2012

Bengkel Saham

Salam semua.. aku nak citer pasal minggu lepas.. Ape aktiviti yang aku buat?? Aku timba ilmu kat PWTC.. Punyerlah jauh.. Takpela korang penah tak dengar org cakap kalau nak tuntut ilmu biar sampai ke negeri cina... Ilmu tu sangat berguna untuk pengetahuan sendiri dan boleh dikongsikan dengan orang lain.. Aku pergi bengkel saham yang telah dianjurkan oleh President Pelabur Strategik Melayu Malaysia iaitu En. Norizam Tukiman.
Fokus-fokus
Rakan-rakan yang terlibat dgn Klinik Zam
Ape yg aku belajar kat sane?? Banyak perkara yg aku pelajari.. Sebagai seorang yang kurang tahu dan kurang mahir tentang selok belok dunia saham ni sebab tu aku nak cari ilmu.. macam mana nak terlibat dengan dunia saham secara tak langsung.. Alahamdulillah sekarang nih aku nampak lah sket cara untuk mengkaji sesuatu saham tu dulu.. Tapi aku tak pakar lagi la.. Aku kene study lebih sket.. Al maklumlah aku ada anak kecik lagi, jadi masa untuk study tuh susah sket nak dapat..
Inilah dia En. Norizam
Sekitar Bengkel berlangsung

Gambar Kenangan
Aku g bengkel ni ngan adik dan suami aku.. Diaorg pun berpuas hati dengan input yg diberi.. Yang paling penting adalah SABAR. Sabar adalah kunci utama untuk berjaya. Doakan aku dapat belajar dengan cepat dan mendapat pulangan yang sepatutnya untuk usaha aku nih..amin...Rugi tu perkara biasa mungkin sekurang2nya kita lebih berwaspada dan lebih berhati2 dlm memilih saham yg ingin dilaburkan.. Pengalaman tu pun mempunyai nilai yg paling baik untuk mempelajari sesuatu. Yang penting ada minat nak mendalami ilmu dan memperbaiki kekurangan dalam diri. 
Semoga ilmu yg aku perolehi dapat aku manfaatkan. Yang baik selalunya datang daripada Allah..semoga apa yang berlaku adalah yang terbaik untuk aku dan mungkin ada hikmah yang tersembunyi. (^_^)V semoga sukses selalu. Aja aja fighting!!!

2 comments:

  1. salam...engkel ne brape ratus bayaran dia ya??

    ReplyDelete
  2. bayaran dalam 380 untuk sehari tapi siap makan semua la...

    ReplyDelete