Pages

Monday, February 27, 2012

Daripada ALLAH kita datang dan kepadaNYA kita kembali

Salam semua.. selamat hari isnin.. hari ni aku nak cerita sket pasal kematian yang telah berlaku dalam keluarga suami aku..
Hari Jumaat yang lepas atuk suami aku meninggal, kira atuk aku skali la ni.. Sakit tua.. Alhamdulillah pengurusan jenazah dan acara pengebumiaan berjalan dengan lancar. Cuaca pun baik pada hari tersebut. Majlis tahlil pulak diadakan selama 3 hari berturut-turut. Sempat gak la aku ngan suami ziarah di saat2 akhir hayat "Tok Bak". Aku ngan suami jaga arwah kat hospital time maghrib.. Teringat aku kat arwah atuk aku yang meninggal 2001 dulu. Sedih sangat.. tak dapat nak aku ungkapkan kat sini...
Pagi ni pulak, suami aku terima panggilan yang pak cik dia meninggal pukul 6 pagi tadi.. Kuasa Allah kan, nampak sihat tapi kalau dah sampai ajal, sesiapa pun akan pergi menghadap Illahi.. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org yang beriman.. Amin
Takziah aku ucapkan. Pakcik ni pulak ada tiga org anak yg masih lagi bersekolah. Aku berharap sangat isteri arwah kuat dan tabah hadapi dugaan daripada Allah ni. Allah tak kan berikan ujian sekiranya kita tak mampu menghadapinya. Allah Maha Mengetahui akan sesuatu. Banyakkan berdoa dan meminta daripada-NYA. Aku dapat rasa kesedihan yang ditanggung memandangkan aku pun telah kehilangan ayah.Aku hanya mampu berdoa utk arwah ayah. Semoga Allah memberikan rahmatNYA kepada arwah. Amin

 
Aku nak mengingatkan diri aku supaya menghargai orang yang ada disekeliling kita. Selagi hayat dikandung badan berbaktilah dan berikanlah khidmat kepada yang memerlukan. Semoga kita akan lebih bersyukur dan banyakkan berbuat kebajikan walaupun sekecil zahrah.

No comments:

Post a Comment