Pages

Tuesday, June 5, 2012

Aktiviti 5S - Seronok!!!

Salam semua... Fuh fuh fuh hehe aku baru lik berjogging ni... xla.. actually kitaorg ada aktiviti yang menarik hari nih.. menyahut cabaran untuk membersihkan kawasan sekitar aku bekerja ri ni atau lebih glamer dikenali sebagai aktiviti 5S... Wah wah wah korang mesti dah tahu kan ape itu 5S... Kalau ada yg belum tahu, meh sini aku kabo.. 5S adalah:

SEIRI = SISIH
Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan membuangkannya
 
SEITON = SUSUN
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan
 
SEISO = SAPU
Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas
 
SEIKETSU = SERAGAM
memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa
 
SHITSUKE = SENTIASA AMAL
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya

Tapi hari ni baru S yang pertama.... Seronok gak buat aktiviti ni.. bukannya apa, di samping aktiviti membersihkan kawasan kitaorang boleh eratkan silaturahim antara satu sama lain.. Happening beb!!! Jom layan gambar yang ada... 
Girls of SiLC

United We Stand!!! Cayalah SiLC's team - 5S TERBAIK!!!

Orang2 kuat 5S

Nak jugak isi form red tag - Credit To EBOT bg pinjam tempat..hehe

Queen of 5S aka Ketua Angkatan SiLC - dah bersihlah tempat ketua!!!yey

Ni orang yg gagah lagi perkasa - Ebot (baru lagi jadi xbanyak sangat barang) hihi

Wowww tempat aku dah bersih daripada yang sebelumnya.. Cayalah!!! Tahniah2 !!!

Ni adik SiLC aka secretary boss... Tempat dia memang selalu kemas.. Ada gaya la Cik Fiza!!
Sebenarnya banyak lagi gambornya...kalau aku dah transfer aku update tajuk ni k...Semoga aktiviti macam ni dapat memberi banyak faedah dan kebaikan kepada semua.. Semoga kita lebih baik lagi pada masa akan datang.. UNITED WE STAND!!!


No comments:

Post a Comment