Pages

Wednesday, August 8, 2012

Lagu - Wujud (Ost 7 Ramadhan)

Salam semua.. wah sedar tak sedar dah masuk minggu2 last berpuasa.. cepat betol masa berlalu.. Sempena bulan Ramadhan ni korang ade layan tak cerita 7 Ramadhan kat Slot Samarinda TV3 jam 10.30malam??? Pergh cerita ni memang menyentap hati aku.. maklumlah aku pun dah bergelar seorang ibu.. Semoga cerita ni boleh dijadikan tauladan buat semua..
Aku amek poster ni kat EDtv... thanks ya..
 OO ya.. lagu tema cerita ni pun banyak best..hehe ni pada pendapat aku la kan.. Kalau korang tak pernah dengar korang boleh download... Kat sini aku nak sharekan lirik lagu ni... Lagu yang dinyanyikan oleh Roman ft Amylea dan Mira ini diberi tajuk WUJUD....

Kau terasing
Di jiwaku bermimpi
Setiap nadiku
Kau wujud selalu

Kau syurga
Seindahnya dirimu
Hanya kerana
Cintanya kau wujud

[Chorus]
Kau adalah diriku
Dan aku adalah dirimu
Hanya Tuhan tahu
Apa ada depan nanti

Telah lama aku nantikan
Dari saat aku dipisahkan
Dari sinar bintang
Yang menghilang

Ku akui
Dia memang buatku nyatakan
Harap aku kan selalu denganmu

Ku menanti
Saat hadirnya aku semula
Yang seadanya
Ku telan masa

[Ulang chorus]

Maafkan aku
Kerna diriku
Tak pernah sempurna untukmu

Kau yang satu
Kau teragung

Hidup matiku
Kerana cinta
Cinta ada hanya untukmu
Bila tiba saatnya kan bertemu

[Ulang chorus]

Semoga cerita ni dapat memberi pengajaran kepada yang menonton.. Pada aku pengajaran yg boleh aku cedok dari cerita ni adalah kalau sayang kat anak berpada2 jangan sampai si anak pijak kepala mak ayah dia sendiri.. jadilah diri sendiri, jujur dan terima seadanya segala kekurangan dan kelebihan diri sendiri..kita ni tak mati dek kejian orang dan tak perlu hidup dengan pujian orang yang berlebihan... bersyukur dan hargailah setiap apa yang kita ada pada hari ni.. setiap sesuatu yang berlaku pasti yang TERBAIK untuk diri kita.. Allah Maha Mengetahui akan sesuatu... (^_^)V

No comments:

Post a Comment