Pages

Thursday, August 2, 2012

Kata Pujangga

Salam semua... dah lama aku tak mencoretkan kata-kata dalam blog aku ni.. tetiba jumpa entry ni yang belum sempat aku postkan.... hanya beberapa ayat yang aku rasa sangat menarik untuk dikongsikan bersama... Layannnn

CANTIK wanita kerana kejernihan wajah, MANIS wanita kerana senyuman, AYU wanita kerana kejernihan lahiriah, HEBAT wanita kerana kesabaran, MULIA wanita kerana keimanan dan cintakan ILAHI. Kecantikan abadi terletak pada keelokkan ADAB dan ketinggian ILMU seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. Jom Jadi wanita yang MULIA.
 
Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 malaikat:

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka.

Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus dosa.

Setakat ni dahulu... bila idea dtg mencurah2... xlama lagi banyaklah bende yg aku update.. tgguuuu k...
 

No comments:

Post a Comment