Pages

Friday, April 27, 2012

Bahan Bacaan Bulan Ini

Salam semua.. Lama betul tak menulis.. rindu pun ada gak.. hmm nak cari masa terluang agak payah sket.. tengok2 format blog nih pun dah berubah sket... Insya'Allah ada masa aku update lagi...
Hari ni aku nak cerita sket berkenaan buku dan cd yg aku beli.. Kali ni special sket sbb aku order online.. Tak la istimewa mana tapi pada aku input dalam buku nih sangat bagus untuk kita cuba pratikkan untuk memperbaiki kelemahan diri.. Aku beli ni kat web site http://assohwah.com. Buku dan cd yang aku beli seperti gambar kat bawah nih.. Buku ni ditulis oleh Prof. Dr. Muhaya Hj Muhamad.
Buku yang aku beli ialah BAHAGIA DAN MEMBAHAGIAKAN. CD yang aku beli pulak ada tiga iaitu celik mata dan jiwa, rumahtangga serta menantu dan mertua. Alhamdulillah memang banyak input yang boleh kita semua manfaatkan.. Pada aku harga bukanlah ukuran untuk melihat secara kasar buku itu bagus atau tidak, tetapi ilmu yang dikongsikan tu sebenarnya yang mahal dan sangat berguna untuk kita gunakan dalam kehidupan seharian. Insya'Allah apa yang aku dah baca aku akan cuba laksanakan dan aku dapat membuat satu anjakan paradigma untuk diri aku sendiri. Semoga sentiasa ada jalan untuk aku berubah ke arah kebaikan...Amin..

1 comment: