Pages

Monday, November 5, 2012

Aidiladha dan Ibadah Korban

Salam semua.. Hari ni aku nak share sket story time Raya Aidil Adha hari tuh... Alhamdulillah tahun ni ada sedikit rezeki nak buat ibadah korban kat kampung.. Tahun lepas ada gak niat nak buat untuk anak aku nih tapi aqiqah belah ayah mertua tak buat lagi.. So, aku postpone tahun ni la... Alhamdulillah aku sekeluarga dapat melengkapkan niat untuk melakukan ibadah korban ni...syukurrrr...

Kat sini aku nak sharekan sikit info berkaitan korban nih... Semoga ilmu yang sedikit ni dapat kita manfaatkan ye..

PENGERTIAN KORBAN

Bahasa : Nama yang diberikan terhadap apa yang dikorbankan atau apa yang disembelih pada Hari Raya Adha.

Dinamakan juga sebagai ‘Udhiyyah’ yang berasal daripada perkataan ‘Dhuha’ iaitu waktu Dhuha, kira-kira antara jam 7.00 hingga 11 pagi, kerana korban disyariatkan oleh Allah SWT supaya dilaksanakan setelah selesai Solat Eidul Adha.

Ada juga yang mengatakan ianya berasal daripada perkataan Al-Udhiyyah dan Ad-Dhahiyyah yang dimaksudkan binatang sembelihan seperti unta, lembu, kambing yang disembelih pada hari Raya Korban dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) dengan tujuan untuk mentaqarrubkan diri kepada Allah.

Syarak : Menyembelih haiwan yang tertentu dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah dalam waktu yang khusus (hari-hari Nahar). Ibadah ini telah disyariatkan pada Tahun Kedua Hijriyah sepertimana juga disyariatkan ibadah zakat dan Solat Dua Hari Raya (Eidul Fitri dan Eidul Adha) dan telah dipastikan syariat mengenai berdasarkan al-Quran, Sunnah dan ijma’ ulamak.
 

Hukum Berkorban 

Hukum ibadat korban itu adalah sunat mu’akkad yang berupa sunat kifâyah jika ahli keluarga orang yang menyembelih korban itu ramai bilangannya. Jadi jika salah seorang daripada mereka menyembelih korban maka adalah memadai untuk mewakili semua ahli keluarga. Sebaliknya jika dia tidak mempunyai ahli keluarga melainkan hanya dirinya seorang sahaja, maka hukumnya adalah sunat ‘ain

Dua Bentuk Korban
1. Korban Wajib ( Korban Nazar )
2. Korban Sunat 


Ia di kira Korban sunat sekiranya tidak ada sebab2 dan syarat untuk menjadikannya wajib.

Syarat-syarat
1. Binatang tersebut tidak mempunyai kecacatan yang buruk iaitu yang biasanya mengurangkan kuantiti dagingnya atau menyebabkan kemudaratan terhadap kesihatan.
2. Dilakukan dalam masa yang tertentu *(pada Hari Raya Korban ( 10 Zulhijjah ) dan 3 hari Tasyrik ( 11, 12, 13 Zulhijjah).

Waktu / Masa Korban
Waktu bagi menyembelih binatang korban adalah bermula apabila berlalu tempoh sekadar selesainya dua rakaat sembahyang Hari Raya serta bacaan khutbahnya yang ringkas setelah naik matahari pada Hari tasyrik.
Waktu untuk menyembelih binatang korban ini berterusan hingga ke hari Tasyrik yang terakhir. Penyembelihan yang dilakukan pada waktu malam adalah makruh menurut Mazhab Syafi’e. 

Kat sini aku nak kongsikan beberapa keping gambar yang sempat diambil semasa hari tersebut.

Lembu 1- warna hitam
Lembu 2 - warna hitam tapi ada belang2 coklat sket
Time ni lembu tumbang...so ape lagi kakinya perlu diikat
Betulkan kedudukan lembu....cari tempat terbaik untuk gali sedikit lubang untuk darah yang bakal keluar
Sudah disembelih..nampak tak?? ada gambar zoom tapi takut korang xberani nak tengok..
Proses melapah daging untuk diagih2 kan
Gantung peha dan lapah..
Menanti ketibaan daging2 utk dipotong dan diagih2kan
Ni melapah daging.... buang kulit daripada daging..susah gak nak buat nih
Antara orang-orang kuat yang hadir..
Semoga kita sentiasa bersyukur dengan rezeki dah rahmat yang Allah berikan kepada kita semua. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan selalunya apa yang berlaku adalah perkara yang TERBAIK Allah berikan untuk kita semua... Terpulanglah kepada penerimaan masing2... Semoga kita sentiasa dirahmati dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.. Insya'Allah.. 

No comments:

Post a Comment