Pages

Monday, November 19, 2012

Lagu Kembali - Ost Cinta itu Milikku

Salam semua... hari ni aku nak share lagu best untuk ost cinta itu milikku... korang mesti dah layan cerita tu kan?? slot akasia tv3 jam 7-8 malam tuh... aku suka pasangan fazreen dengan emma... sesuai sangat!!!
Jom jom layan lirik lagu yang dijadikan lagu tema slot akasia sekarang..

Hati ini kan terasa sepi
Tanpa senyuman indah yang meruntumkan jiwa
Jadi kelam dunia bila kau menjauh

Bukan cinta membahagiakan
Hanya keihklasan di dalam hati mu
Untuk merasakan ikatan hati kita

Ku ingin kau berada disisi ku
Dalam waktu sukar atau bahagia
Oh cinta panjatkanlah pinta hamba ini

Cinta kau berikanlah kekuatan
untuk meniti cubaan dari mu
Semoga hari kami kembali menyinari
Jalan ini

Ku ingin kau berada disisi ku
Dalam waktu sukar atau bahagia
Oh cinta panjatkanlah pinta hamba ini

Cinta berikanlah kekuatan
Untuk meniti cubaan dari mu
Semoga hari kami kembali menyinari jalan ini

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/08/lirik-lagu-kembali-akimstacy.html#ixzz2Cd1q76KZ

Hati ini kan terasa sepi
Tanpa senyuman indah yang meruntumkan jiwa
Jadi kelam dunia bila kau menjauh

Bukan cinta membahagiakan
Hanya keihklasan di dalam hati mu
Untuk merasakan ikatan hati kita

Ku ingin kau berada disisi ku
Dalam waktu sukar atau bahagia
Oh cinta panjatkanlah pinta hamba ini

Cinta kau berikanlah kekuatan
untuk meniti cubaan dari mu
Semoga hari kami kembali menyinari
Jalan ini

Ku ingin kau berada disisi ku
Dalam waktu sukar atau bahagia
Oh cinta panjatkanlah pinta hamba ini

Cinta berikanlah kekuatan
Untuk meniti cubaan dari mu
Semoga hari kami kembali menyinari jalan ini


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/08/lirik-lagu-kembali-akimstacy.html#ixzz2Cd1q76KZ


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/08/lirik-lagu-kembali-akimstacy.html#ixzz2Cd1q76KZ


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/08/lirik-lagu-kembali-akimstacy.html#ixzz2Cd1q76KZ


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/08/lirik-lagu-kembali-akimstacy.html#ixzz2Cd1q76KZ


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/08/lirik-lagu-kembali-akimstacy.html#ixzz2Cd1q76KZ


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/08/lirik-lagu-kembali-akimstacy.html#ixzz2Cd1q76KZ


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/08/lirik-lagu-kembali-akimstacy.html#ixzz2Cd1q76KZ


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/08/lirik-lagu-kembali-akimstacy.html#ixzz2Cd1q76KZ


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/08/lirik-lagu-kembali-akimstacy.html#ixzz2Cd1q76KZ


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/08/lirik-lagu-kembali-akimstacy.html#ixzz2Cd1q76KZ


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/08/lirik-lagu-kembali-akimstacy.html#ixzz2Cd1q76KZ


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/08/lirik-lagu-kembali-akimstacy.html#ixzz2Cd1q76KZ
Hati ini kan terasa sepi
Tanpa senyuman indah yang meruntumkan jiwa
Jadi kelam dunia bila kau menjauh

Bukan cinta membahagiakan
Hanya keihklasan di dalam hati mu
Untuk merasakan ikatan hati kita

Ku ingin kau berada disisi ku
Dalam waktu sukar atau bahagia
Oh cinta panjatkanlah pinta hamba ini

Cinta kau berikanlah kekuatan
untuk meniti cubaan dari mu
Semoga hari kami kembali menyinari
Jalan ini

Ku ingin kau berada disisi ku
Dalam waktu sukar atau bahagia
Oh cinta panjatkanlah pinta hamba ini

Cinta berikanlah kekuatan
Untuk meniti cubaan dari mu
Semoga hari kami kembali menyinari jalan ini

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/08/lirik-lagu-kembali-akimstacy.html#ixzz2Cd1q76KZ
 
So, feeling tak dengar lirik lagu nih??hehe So, sape2 nak download boleh pg web jiwang or 4shared k... Samapai jumpa lagi..

Wednesday, November 7, 2012

11 Tanda Orang Bahagia

Salam semua.. Jumpa lagi hari ni... Alhamdulillah.. Pagi-pagi ni aku nak kongsi sket apa yang aku baca semalam... Maybe post aku pendek jek tapi input yang ada tu matlamat aku untuk aku share ngan korang semua...

11 Tanda orang bahagia

1.  Tidak rakus dengan dunia ini
2.  Sibuk beribadat
3.  Kurang bercakap melainkan yang perlu sahaja
4.  Memelihara solat 5 waktu
5.  Bersahabat dengan orang yang soleh
6.  Merendah diri (Tawaduk)
7.  Menjauhi daripada yang haram
8.  Pemurah dan baik hati
9.  Kasih sayang sesama makhluk
10. Berguna kepada masyarakat
11. Selalu ingat mati

Itu yang aku baca semalam... aku rasa ada banyak lagi tanda2 org yg bahagia nih.. Ini mungkin dari pendapat atau pandangan ustaz tersebut.. Insya'Allah walaupun sedikit, sekurang-kurangnya kita tahu dan cuba melakukan sesuatu perkara itu sebaik mungkin untuk menjadi yang terbaik. Semoga apa yang kita lakukan hari ini mendapat rahmat dan petunjuk daripada Allah..
 

Monday, November 5, 2012

Bila 'RAJIN' kuasa 3

Salam semua... sekarang nih aku nak share sket apa yang aku cuba buat.. hmm maksud aku ape yg aku dah cuba buat..hehe Masa nak raya haji hari tuh...tahap kerajinan aku memang kuasa tiga jadi aku manfaatkan semua kerajinan aku tuh utk mencuba apa2 yg aku rasa nak cuba buat... Alhamdulillah hasilnya adalah yg menjadi dan ada jugak yg perlukan latihan lagi untuk dapat kepakaran yang betol2 mantap...

Apa yg aku buat actually ek?? Aku tak buat ape pun cume buat sket ole-ole untuk balik kampung buat makan2... Sila layan gambar kat bawah yek..hehe aku buat suka2 dan kepuasan diri sendiri...
Muffin chocolate with choc chips
Inilah hasilnya...aku rasa macam terlebih bakar sbb mcm kering sket..
Ini muffin pisang.. aku tabur colour rice jd comot..huhu
Zoom in...agak tak kemas n comot..waduh waduh
Kek marble yang macam rentung...haha
Ni bahagian dalam kek..not bad la kan... sbb yg aku kalerkan terlebih bnyak..hehe
Yg ni plak aku buat kek coklat mocha kukus... tersenyum kek yg aku buat ni..haha
So, amacam rajin tak aku??haha masuk bakul angkat guna tren plak... Nasib baik cik suami komen yg positif...yeeehaaa suka suka sukaaaaaaaaaaaaaaa!!!! Actually aku ada buat apam gak tapi xde polkadot aku letak filing strawberry...bolehla dimakan walaupun xselembut org lain buat... Insya'Allah ada kesempatan aku nak buat lagi...Opss buble rice coklat pun aku ada buat tau... yummy simple n easy jek nak buat..yg penting ada kemahuan..hehe ape2 pun semoga aku lebih rajin la yek... (^_*)V

Aidiladha dan Ibadah Korban

Salam semua.. Hari ni aku nak share sket story time Raya Aidil Adha hari tuh... Alhamdulillah tahun ni ada sedikit rezeki nak buat ibadah korban kat kampung.. Tahun lepas ada gak niat nak buat untuk anak aku nih tapi aqiqah belah ayah mertua tak buat lagi.. So, aku postpone tahun ni la... Alhamdulillah aku sekeluarga dapat melengkapkan niat untuk melakukan ibadah korban ni...syukurrrr...

Kat sini aku nak sharekan sikit info berkaitan korban nih... Semoga ilmu yang sedikit ni dapat kita manfaatkan ye..

PENGERTIAN KORBAN

Bahasa : Nama yang diberikan terhadap apa yang dikorbankan atau apa yang disembelih pada Hari Raya Adha.

Dinamakan juga sebagai ‘Udhiyyah’ yang berasal daripada perkataan ‘Dhuha’ iaitu waktu Dhuha, kira-kira antara jam 7.00 hingga 11 pagi, kerana korban disyariatkan oleh Allah SWT supaya dilaksanakan setelah selesai Solat Eidul Adha.

Ada juga yang mengatakan ianya berasal daripada perkataan Al-Udhiyyah dan Ad-Dhahiyyah yang dimaksudkan binatang sembelihan seperti unta, lembu, kambing yang disembelih pada hari Raya Korban dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) dengan tujuan untuk mentaqarrubkan diri kepada Allah.

Syarak : Menyembelih haiwan yang tertentu dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah dalam waktu yang khusus (hari-hari Nahar). Ibadah ini telah disyariatkan pada Tahun Kedua Hijriyah sepertimana juga disyariatkan ibadah zakat dan Solat Dua Hari Raya (Eidul Fitri dan Eidul Adha) dan telah dipastikan syariat mengenai berdasarkan al-Quran, Sunnah dan ijma’ ulamak.
 

Hukum Berkorban 

Hukum ibadat korban itu adalah sunat mu’akkad yang berupa sunat kifâyah jika ahli keluarga orang yang menyembelih korban itu ramai bilangannya. Jadi jika salah seorang daripada mereka menyembelih korban maka adalah memadai untuk mewakili semua ahli keluarga. Sebaliknya jika dia tidak mempunyai ahli keluarga melainkan hanya dirinya seorang sahaja, maka hukumnya adalah sunat ‘ain

Dua Bentuk Korban
1. Korban Wajib ( Korban Nazar )
2. Korban Sunat 


Ia di kira Korban sunat sekiranya tidak ada sebab2 dan syarat untuk menjadikannya wajib.

Syarat-syarat
1. Binatang tersebut tidak mempunyai kecacatan yang buruk iaitu yang biasanya mengurangkan kuantiti dagingnya atau menyebabkan kemudaratan terhadap kesihatan.
2. Dilakukan dalam masa yang tertentu *(pada Hari Raya Korban ( 10 Zulhijjah ) dan 3 hari Tasyrik ( 11, 12, 13 Zulhijjah).

Waktu / Masa Korban
Waktu bagi menyembelih binatang korban adalah bermula apabila berlalu tempoh sekadar selesainya dua rakaat sembahyang Hari Raya serta bacaan khutbahnya yang ringkas setelah naik matahari pada Hari tasyrik.
Waktu untuk menyembelih binatang korban ini berterusan hingga ke hari Tasyrik yang terakhir. Penyembelihan yang dilakukan pada waktu malam adalah makruh menurut Mazhab Syafi’e. 

Kat sini aku nak kongsikan beberapa keping gambar yang sempat diambil semasa hari tersebut.

Lembu 1- warna hitam
Lembu 2 - warna hitam tapi ada belang2 coklat sket
Time ni lembu tumbang...so ape lagi kakinya perlu diikat
Betulkan kedudukan lembu....cari tempat terbaik untuk gali sedikit lubang untuk darah yang bakal keluar
Sudah disembelih..nampak tak?? ada gambar zoom tapi takut korang xberani nak tengok..
Proses melapah daging untuk diagih2 kan
Gantung peha dan lapah..
Menanti ketibaan daging2 utk dipotong dan diagih2kan
Ni melapah daging.... buang kulit daripada daging..susah gak nak buat nih
Antara orang-orang kuat yang hadir..
Semoga kita sentiasa bersyukur dengan rezeki dah rahmat yang Allah berikan kepada kita semua. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan selalunya apa yang berlaku adalah perkara yang TERBAIK Allah berikan untuk kita semua... Terpulanglah kepada penerimaan masing2... Semoga kita sentiasa dirahmati dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.. Insya'Allah.. 

Friday, November 2, 2012

Lalalala

Salam semua... Lama betul aku dah tak menulis kat blog aku nih.. Kekangan masa yang agak panjang.... Kadang2 banyak idea yang datang tapi terpaksa aku lepaskan ibarat air yang mengalir... (^_^)V Insya'Allah aku akan update sekiranya ada perkara yang aku ingin kongsikan dengan semua...
Ooo ya sekarang ni cuaca agak tak mengizinkan kita melakukan aktiviti luar sangat sbb skrg ni musim hujan kan?? OOpsss stop dulu ada kerja kene buat... c u