Pages

Saturday, July 14, 2012

Suka Duka Kehidupan

Salam semua... Pagi2 morning nih aku nak besembang sket pasal sebuah kehidupan... mcm jiwang plak ayat aku nih..hehe Actually aku ni suke memerhati apa yg org buat, tak kiralah kat mana.. alam realiti mahupun sekadar menonton cerita2 yang boleh memberikan aku sebuah pengalaman dan ilmu baru tentang keunikan hidup sebagai manusia nih.. Secara tak langsung dapat la gak aku belajar sesuatu yg aku boleh gunakan dalam rutin harian aku.. betol tak kwn2...??? hmm mungkin ya dan mungkin tidak kan???


Hidup ni pada aku umpama warna bunga2 yg ada kat dunia ni... Kadang2 warna cantik tapi tak wangi pun bunga tu...kadang2 warna bunga biasa2 jek tapi wangi semerbak.. Dan ada pulak bunga yang sedap baunya tapi mempunyai duri yang tajam... Tapi ada jugak yang cantik, wangi dan menarik warnanya... Putaran hidup pulak macam roda..kadang2 kita ni ada kat atas dan sebaliknya... lumrah kehidupan...hanya kita perlu merancang akan apa yg kita nak lakukan untuk masa depan kita sendiri...


Semakin jauh seseorang tu berlari, semakin banyak pengalaman yg diperoleh tapi mesti diingat..berlari ke hadapan bukan lari dari masalah tau.. Kadang2 ada org yg susah nak meluahkan rasa pada org lain tetapi memadailah dengan melakukan sesuatu yg boleh menenangkan diri dan jiwa masing2... mungkin dgn cara menulis macam yg aku tgk skrg ni.. lagipun dunia siber skrg ni dah meluas dan kalau dibuat kajian generasi x sekarang paling banyak yg ada blog masing2.. Blog ni jugak la yg dijadikan medium sebagai diari seseorang untuk meluahkan rasa yg terbuku kat hati.. betol tak pendapat dan pandangan aku ni ek??hheehee ada yg sokong tak???


Hidup kita ni  jugak tak seindah biasa sebab pasti ada dugaan yg datang untuk menguji tahap kesabaran seseorang dengan kaedah yg berbeza dan tentunya keistimewaan dalam diri seseorang itu dapat mengawal keadaan emosi yg muncul pada masa ketika itu. Ada suka dan duka.. Ada pahit dan manis... Ada marah dan sayang.. Ada kecewa dan gembira... Ragam manusia yg pelbagai jugak memberi pengaruh terhadap situasi seseorang... hmmm beginilah lumrah kehidupan..kadang2 terang dan adakalanya gelap gelita...


Semoga kehidupan yg aku lalui penuh dengan warna warni pelangi yang indah... Indah dipandang tetapi tidak mampu digapai oleh tangan... Ya Allah berkatilah hidup kami sekeluarga...Sesungguhnya Engkaulah perancang terbaik untuk kehidupan kami di dunia dan di akhirat kelak..Amin..

No comments:

Post a Comment