Pages

Wednesday, November 30, 2011

Ombak Rindu

"Ombak Rindu" adalah novel pertama yang aku baca. Novel ini adalah hasil karya Fauziah Ashari. Novel ini sarat dengan emosi. Lusa 1 Disember 2011, kita akan menyaksikan filem yang diadaptasi daripada novel-novel hasil nukilan Fauziah Ashari ni. Mesti meletop!! Tapi dalam filem kita cuma dapat tengok jalan cerita yang mungkin mengambil masa 2@3 jam jek.. hmm rasanya kalo ikut novel betul2 mesti lama and panjang filem nih... ape2 pun ini antara kulit novel yang difilemkan...


Semoga filem yang dihasilkan dapat memberikan impak kpd semua yang menonton... Filem ini penuh dengan suka duka yang dilalui oleh Izzah (lakonan Maya Karin). Jom kawan-kawan kita tengok Ombak Rindu......


Yummy yummy

Salam Semua... Pergh semalam time lunch kami berempat makan kat tepi laut tebing runtuh.. Yummy... memang best.. Tempatnya agak terceruk sikit tapi orang punya lah ramai.. Xcaya??? Hmm apa kata cuba pg n tengok dgn mata sendiri =D

Hmmm apa yg kami makan?? Ni antara menu2nya...



ASAM PEDAS

UDANG NESTUM

 KANGKUNG BELACAN

KUPANG SAMBAL

Harga makanan ni semua  amat-amatlah berpatutan.... kepada sesiapa yang teringin mencuba, sudi-sudikanlah diri pergi ke Restoran Qaseh Bonda... sampai jumpa lagi.. daaaa

Thursday, November 17, 2011

Memburu Kejayaan

Salam semua.... fuhhh dah lama rasanya tak menulis dlm blog nih.... Banyak yg nak diceritakan nih..... nampaknya kena buat mind map dulu apa yg nak ditulis...hehe

Ooo ya memandangkan hari ni keputusan UPSR diumumkan, sy nak ucapkan tahniah buat sesiapa yang berjaya dengan cemerlang. Dan kepada yang kurang berjaya, usaha lagi. Ini merupakan titik permulaan untuk kita lebih kuat berusaha dan menghasilkan keputusan yg lebih berkualiti. Insya'Allah di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Yang penting kita rajin berusaha, yakin dgn usaha kita dan tawakal kepada Allah. Betulkan niat dan tetapkan matlamat. Semoga suatu hari nanti apa jua yg kita lakukan diberkati oleh-Nya. Amin...


Memburu kejayaan tidak seperti menjamu selera di kedai makan; makan dahulu bayar kemudian. Memburu kejayaan umpama menanam pokok buah-buahan. Tanam, jaga dan nikmati hasilnya kemudian. ~Osman Affan