Pages

Friday, August 17, 2012

Lagu-lagu Kau Yang Terindah OST

Salam semua... bertemu lagi kita hari ni.. Hari Jumaat dan merupakan hari last aku bekerja sebelum raya... Hmmm bile kat ofis ni...jasad jek kot yang ada kat sini tapi jiwa aku dah melayang2 kat umah... Anak aku demam pulak sekarang nih.. Nak raya2 demam memang kesian... muntah jek ...huhu
Actually aku nak story sket cerita slot akasia tuh.. Tajuk cite tu "Kau Yang Terindah". lakonan Cik Neelofa... mula2 aku xlayan sangat citer nih tapi standard la bile dah start tengok, kene tengok setiap episod plak..hehe Aku rasa lagu2 dalam citer tu pun meletop2 tapi mak ai susah beb nak cari... Tapi xpe.. aku dah cari kan sket lagu2 yg ada dalam cerita tuh.. Korang boleh download kat 4shared or kat mana2 la yg boleh download k... Antara lagu kesukaan aku dalam cerita ni ialah...Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu Feat Shiren Sunkar , Muhasabah Cinta oleh EdCoustic, Rapuh by Agnes Monica dan Terlambat Mengerti nyanyian Dygta...
Aku nak share lirik dua lagu yang paling aku suka k...

Lagu Cinta Kita
Inilah aku apa adanya
Yang ingin membuatmu bahagia
Maafkan bila ku tak sempurna
Sesempurna cintaku padamu
 Ini cintaku apa adanya
Yang ingin selalu di sampingmu
Ku tahu semua tiada yg sempurna
Di bawah kolong langit ini
Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu disini
 Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan
Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yg telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya
Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu disini
Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan
Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yg telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya

hmmm lagu lagi satu aku adalah Lagu Muhasabah Cinta tu k...

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru kusadar

Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku

Tuhan kuatkan aku

Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu


Amacam... korang rasa best tak??? mestilah terbaik dari ladang kan??hehe nnti lagu2 lain kalau aku dah jumpa aku roger lagi la yek.. Semoga terhibur.. oo ya Selamat Hari Raya buat semua.. Maaf zahir batin... Jumpa lagi..

Wednesday, August 8, 2012

Lagu - Wujud (Ost 7 Ramadhan)

Salam semua.. wah sedar tak sedar dah masuk minggu2 last berpuasa.. cepat betol masa berlalu.. Sempena bulan Ramadhan ni korang ade layan tak cerita 7 Ramadhan kat Slot Samarinda TV3 jam 10.30malam??? Pergh cerita ni memang menyentap hati aku.. maklumlah aku pun dah bergelar seorang ibu.. Semoga cerita ni boleh dijadikan tauladan buat semua..
Aku amek poster ni kat EDtv... thanks ya..
 OO ya.. lagu tema cerita ni pun banyak best..hehe ni pada pendapat aku la kan.. Kalau korang tak pernah dengar korang boleh download... Kat sini aku nak sharekan lirik lagu ni... Lagu yang dinyanyikan oleh Roman ft Amylea dan Mira ini diberi tajuk WUJUD....

Kau terasing
Di jiwaku bermimpi
Setiap nadiku
Kau wujud selalu

Kau syurga
Seindahnya dirimu
Hanya kerana
Cintanya kau wujud

[Chorus]
Kau adalah diriku
Dan aku adalah dirimu
Hanya Tuhan tahu
Apa ada depan nanti

Telah lama aku nantikan
Dari saat aku dipisahkan
Dari sinar bintang
Yang menghilang

Ku akui
Dia memang buatku nyatakan
Harap aku kan selalu denganmu

Ku menanti
Saat hadirnya aku semula
Yang seadanya
Ku telan masa

[Ulang chorus]

Maafkan aku
Kerna diriku
Tak pernah sempurna untukmu

Kau yang satu
Kau teragung

Hidup matiku
Kerana cinta
Cinta ada hanya untukmu
Bila tiba saatnya kan bertemu

[Ulang chorus]

Semoga cerita ni dapat memberi pengajaran kepada yang menonton.. Pada aku pengajaran yg boleh aku cedok dari cerita ni adalah kalau sayang kat anak berpada2 jangan sampai si anak pijak kepala mak ayah dia sendiri.. jadilah diri sendiri, jujur dan terima seadanya segala kekurangan dan kelebihan diri sendiri..kita ni tak mati dek kejian orang dan tak perlu hidup dengan pujian orang yang berlebihan... bersyukur dan hargailah setiap apa yang kita ada pada hari ni.. setiap sesuatu yang berlaku pasti yang TERBAIK untuk diri kita.. Allah Maha Mengetahui akan sesuatu... (^_^)V

Thursday, August 2, 2012

Lagu - Angin Syurga

Korang pernah dengar tak lagu Misha Omar ni?? hmm aku baru first timr dengar.. So sape2 yg tak pernah dengar tuh.. meh sini dengar.. korang bley klik link ni untuk download k..

Ku himpun waktu ucapan terindah
terbenam sudah asmara
mesranya siang dan malam
selalu kau tiup kan angin syurga padaku

ku himpun makna kata darimu
harum yang mekar di kebun hati
dan katamu sebuah kota bahagia dan berdiri ..

c/o
sehingga hujung masa
berbisik sendiri dan terbit suara kalbuku
kasihku... tuluskah cintamu
sebuah jawapan ku damba dari bibir mu .. bibir mu

tidakkah kau tahu hidup punya waktu
kasih tersia bukan itu ku mahu
andai kau membisu tentu akhirnya
perpisahan ini akan tetap terjadi

Amacam ok tak lagu ni??? Ok.. sampai jumpa lagi...

Wedding Afzan

Salam... Berjumpa kita lagi dalam ruangan gosip2..haha mana ada gosip.. ni betol2 punyer.. Dahulu kala sebelum berpose aku ada pergi kawen kawan aku satu opis dulu...eh dia dulu keje kat tempat aku keje skrg..hmm baru betol... Sebelum pose hari tuh sempat lah dia wat majlis untuk mengesahkan diri telah menjadi suri di hati suami secara sah.. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar...

Hmm aku pg ngan encik suami jek.. anak?? anak aku tinggal kat umah sbb hari tuh panas sangat dan aku pun pg time org bersanding...jd..memang ramai org.. Fuh... mula2 tu cari umah pengantin...dah jumpa dah tapi parking xde.. So, kenelah parking kat area depan kedai..
Ni la gambaran tempat parkingnya
Then, jalan2 ke rumah pengantin jumpa lagi signage kawen afzan nih kat pokok.. OOpsss bukan pokok la.. tu tiang lampu... ni la yang org kata pandangan mata selalu menipu..hihi Nak tengok?? Meh tengok.. Hmmm betul la tuh afzan yang kawen.. (^_^)V
Orang punyalah ramai.. mak aii berpeluh sakan lah time ni ngan panas lagi..hehe tapi macam happy sebab time dtg ni pengantin kat depan kitaorg n paluan kompang tuh macam menyambut aku ngan suami sekali..hehe
Hmm org tengah palu kompang tuh..nampak tak??
Ramainya orang..ni baru bahagian tepi tau
Tuh dia tension adik kecik tu makan sorang2..
Bersungguh-sungguh betol abg ni makan...
Hmmm alamak lupa plak nak letak gambar pengantin....hehe Berseri2 pengantin nih.. time aku masuk dah sampai part baling membaling... baling ape?? baling gula2 ngan duit syiling..hehe xpasal2 aku terlibat sekali... time aku dulu aku tak buat bende nih... Secara tak sengaja dapatlah aku tambah duit tabung aku ... Akhirnya aku berjaya dapat RM0.30.. Alhamdulillah... Sorry eh adik2...akak dapat duit plak.. Ape2 pun meh layan gambar pengantin kat bawah nih k..

Buat Afzan dan suami, semoga dapat melayari bahtera rumah tangga dengan penuh berhemah.. Asam garam rumah tangga ada pasang dan surutnya jadi bertolak ansurlah antara satu sama lain. Yang penting kenalah setia dengan pasangan masing2 k.. Semoga yang terbaik menjadi milik pasangan pengantin nih... Bahagia dan ceria selalu ya...

Kata Pujangga

Salam semua... dah lama aku tak mencoretkan kata-kata dalam blog aku ni.. tetiba jumpa entry ni yang belum sempat aku postkan.... hanya beberapa ayat yang aku rasa sangat menarik untuk dikongsikan bersama... Layannnn

CANTIK wanita kerana kejernihan wajah, MANIS wanita kerana senyuman, AYU wanita kerana kejernihan lahiriah, HEBAT wanita kerana kesabaran, MULIA wanita kerana keimanan dan cintakan ILAHI. Kecantikan abadi terletak pada keelokkan ADAB dan ketinggian ILMU seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. Jom Jadi wanita yang MULIA.
 
Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 malaikat:

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka.

Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus dosa.

Setakat ni dahulu... bila idea dtg mencurah2... xlama lagi banyaklah bende yg aku update.. tgguuuu k...