Pages

Thursday, May 31, 2012

Lagu - Kau Dipaksa Aku Terpaksa

Salam dan selamat sejahtera.... Waa berjumpa lagi kita kali ni... Aku nak storey sket pasal kawan aku yg sorang nih cik fiza kita... Hmmm tetiba dia teringin plak nak dengar lagu nih...hehe Sempatlah aku dowload kan untuk dia... Hmm maybe ada feeling2 sket pagi2 ni kot.. Xpe2..aku hadiahkan lagu nih untuk cik fiza dengan ucapan semoga cepat sembuh dari demam dan tonsil yg bengkak tuh yek... Nanti dah sihat boleh lah karaoke lagu yg dirindui nih...
Perghh siap ada LOVE lagi kat mata tuh...wink wink wink
 Ape kata aku sharekan lirik yg agak syahdu lagu ni kepada yg rasa2 mcm dah terlupa kat lagu nih k..
Hati siapakah mampu menahan rasa terkilan
Setelah percintaan dihujani halangan
Sia-sialah aku berkorban selama ini
Andai dirimu tak mampu aku miliki

Pernah jua ku terluka dihiris belati tajam

Walaupun rasa pedih masih mampu ku menahan
Tapi kini aku luka erti luka perasaan
Walaupun tak berdarah bisa buat aku gundah

Kutahu cintamu amat kuat untuk diri ini

Namun tak memberi erti
Jurang pemisah di antara kita
Makin hampir ketara

Hina sangatkah aku pada pandangan keluargamu

Hingga sewenang tohmahan dilemparkan
Engkau hanya bisu melihat aku
Yang bermatian seorang menepis hinaan

Oh kasih andai ini kesudahan

Ikhtiarku tiada lagi
Walau kita saling sayang
Terpaksa kuundur diri
Agar tiada pihak terluka kerna kita

Kau dipaksa lupakan aku

Dengan rela kau menurut
Ku terpaksa lepaskan mu
Walau sayangku bertaut
 

Enjoy lah lagu nih... kalo berminat boleh download kat link aku bagi nih.... Buat adik fiza, jgn sendu2 sgt k... daaaaa (^_^)V

Wednesday, May 30, 2012

Kenangan Sebagai Pendidik

Salam dan selamat berhari rabu.. (^_^)V.. OO ya tetiba aku teringat kenangan masa silam aku.. Hmm kalo korang kesah, aku nak cite sket.. Dulu2 time aku muda mudi dulu aku pernah jadi cikgu tau.. Korang caya tak??? hehe  Macam mana lah aku nih kalo jd cikgu lagi eh skrg nih? Caya tak?? Meh sini aku kongsikan sket pengalaman aku jadi pendidik ni.. Sebelum tuh tengoklah gambar kat bawah ni...gambar kenangan aku time jd pendidik untuk anak2 murid aku yg aku kasihi..
Gambar sebelum pertandingan sempena Hari Kemerdekaan bermula
Actually nak jd pendidik ni bukanlah mudah... Murid2 kat sekolah tuh jek ada macam2 perangai.. Ada yang baik, ada yang pandai, ada yang agak nakal, ada yang manja, ada yang malas dan macam2 lagi... Mula2 time aku mengajar dulu, perghh suara aku memang lemak merdu bagai buluh perindu....(perasan!!!) Murid2 yg kat belakang tuh kdg2 dgr n kdg2 tak dgr suara aku...haha

Hmm hari berganti hari..lama2 suara aku kat tingkat bawah, sape kat tingkat atas boleh dengar.. Masa tu darah muda geram tau kalau budak2 ni tak dgr kata... Bile teringat balik memang sangat kelakar... Suara halilintar dari cikgu yana... Tapi budak2 ni baik jek...takut gak diaorg bile aku start marah... Tapi alhamdulillah bile yg bley score A dalam exam berbunga2 hati aku sbb maksudnya diaorg paham la ape yg aku ajar.. x gitu?? tapi bila wat summary ada gak yg x score bukan sbb aku ajar xbetol tapi diaorg ada lg yg xreti n boleh membaca dgn baik... Aku ni mengajar budak darjah 2 jek... Tapi lagi mencabar sebab banyak karenah..hehe 

Semuanya masih lagi tersimpan kemas dalam kotak fikiran aku... walaupun hanya seketika aku dapat mendidik budak2 nih, aku harap ilmu yg sedikit yg aku beri dapat diaorg gunakan untuk kebaikan... Aku doakan yg terbaik buat mereka semua... Peace of Love!!!

Monday, May 21, 2012

Training - Pengurusan Emosi

Salam semua... Diharap semua sihat2 belaka... Aku tak tahu nak coretkan ape ri ni... OO ya last week, aku ada pergi training. Training ni sangat bagus untuk sesiapa saja... "EQ winning in the workplace" tajuk yg hebat bukan? EQ adalah merujuk kepada emosi. Actually emosi nih memang kita kena pandai nak control.. Kalo tak pandai control boleh menyebabkan jiwa kita dan org sekeliling kita haru biru jadinya.
 
Masa training nih, aku belajar macam mana nak handle emosi sendiri, manage kita punya emosi, cara terbaik untuk reframe unproductive emotion kepada yg lebih productive. Kalau kita dapat kawal emosi dalam diri kita sendiri sudah tentu kita akan dapat mengawal keadaan kepada yg lebih baik. Sentiasa berfikiran positif dan jadilah org yang profesional. Janganlah kita mencampur adukkan urusan kerja dengan urusan peribadi.
Secara tak langsung kita dapat jadikan diri kita contoh terbaik untuk anak2 yang sedang membesar. Dengan adanya EQ yang mantap, kita dapat mempengaruhi anak2 ke arah yang lebih positif. Selalulah memberi teguran yang membina bukannya dengan marah2....dan perlulah kita perbetulkan kesilapan mereka dengan cara yang paling berhemat disertakan dengan sebab2 mengapa kita melarang mereka melakukan sesuatu yg kurang betul.
Semoga ilmu yang bermanfaat dapat kita kongsikan bersama2... (^_^)V

Monday, May 14, 2012

Simply Siti

Salam semua.. Lamanya aku tak menulis apa2 kat blog aku nih.. Rindu serindu-rindunya... hmm hari ni aku ada semangat nak menulis.. actually banyak jek nak tulis tapi masa terluang tak dapat na dicari lah plak... sibuk gak lah bulan lepas n bulan nih...

Hari ni aku nak cerita yg aku ngan kawan2 telah menempah barang2 simply siti bulan lepas. Ada promosi masa nih, ape lagi aku ngan kawan2 ameklah kesempatan nih..harga murah sket sebab simply siti menyambut ulangtahun yang kedua hari tuh..hehe
Apa yg kita orang beli??? banyak..cuba tengok gambar kat bawah nih..
Hmm aku berpendapat produk yg dato' siti keluarkan nih ada kualiti..yang penting dijamin HALAL.. rasa teruja sebab aku ngan kawan2 minat kat siti then dapat guna produk yang dihasilkan.. woowwww puas hati gitu...
Nilah kotak penghantaran hari tuh...
 Antara barang2 yang dibeli adalah seperti berikut:
  • C Bright Simply 5 Cream
  • C Bright Exfoliant
  • C Bright Dual Serum
  • Gorgeous Lip Color - Sutramaya
  • Simply Soft Loose Powder Deep Beige 03
  • Simply Auto Eye Brow Liner
  • 4 Multi Eye Color - Tahajud Cinta
  • 4 Multi Eye Color - Pancawarna 03
  • Simply Eye Color - Set Awesome
 OO ya aku nak amek kesempatan nih untuk ucapkan terima kasih kepada Hisyam aka Ebot sebab bersusah payah untuk membantu kitaorang dalam proses pembelian hari tuh.. Terima kasih daun keladi lain kali tolonglah lagi yek..haha

Sesape yg nak cuba produk simply siti ni, aku syorkan lah sangat2.. Insya'Allah, kalau kita percaya, kita akan beroleh hasilnya.. Semoga dato' siti lebih berjaya dan dapat mengeluarkan lagi produk2 yang lebih dan boleh memberi manfaat kepada orang lain.

Wednesday, May 9, 2012

Lagu - Andai Ku Bercinta Lagi

Salam semua.... Sekarang ni kalau tak silap aku lagu ni sedang hangat kat radio.. Jadi aku nak share la lirik lagu ni kat sini.. kalau nak dowload lagu ni pun ok..klik je sini.. Jom2...lagu kat bawah ni dinyanyikan oleh MOJO... Layannnnn

Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati

Menyindir atau Menegur?

Salam semua.. Lama benor aku tak mencoretkan apa2 kat blog yang aku ni.. Rasa rindu gak.. Tapi disebabkan kekangan masa tak dapatlah aku nak update.. Pagi tadi aku terbaca satu tazkirah nih.. Alhamdulillah banyak input yang aku dapat.. So, aku nak share kan ilmu ni kat sini iaitu berkenaan "menyindir atau menegur??". menarikkan tajuk nih.. Credit to iluvislam =) aku baca kat sinilah tadi... Jom layan informasi kat bawah nih.. 
 Terasa hati? Pernahkah anda terasa hati dengan rakan-rakan anda? Bagaimana ia berlaku? Adakah teguran itu daripada golongan yang lebih baik daripada anda ataupun sebaliknya? Pernahkah anda perhatikan cara teguran mereka? Adakah teguran mereka itu secara nasihat ataupun halus dan berbaur sindiran?
Teguran selalunya berlaku dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan. Ia akan terjadi di kalangan orang yang rapat dengan kita. Ada jenis teguran secara nasihat-menasihati dan ada juga jenis teguran secara sindir-menyindir. Yang baiknya ialah menegur dengan cara menasihati, dan yang buruknya ialah menegur secara menyindir. Tetapi, siapakah yang sanggup menegur dengan cara menasihati?
Hanya segelintir sahaja daripada kita yang sanggup menegur secara menasihati. Selebihnya  lebih suka menegur secara halus iaitu dengan cara sindiran.

Daripada hadis riwayat al-Hakim,
"Sebaik-baik sahabat ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya."

Sindiran itu sangatlah tajam yang boleh meresap menusuk ke dasar qalbu (hati) serta mengusik jiwa kita. Perbuatan sindiran inilah yang mengakibatkan kepincangan dalam sesuatu perhubungan yang telah lama terbina dan akibat daripada perbuatan buruk inilah menjadikan kebencian si penyindir membuak-buak apabila isu sensitif di besar-besarkan.
Sindiran ini juga memberi kesan negatif terhadap si penerima sindiran. Berkemungkinan si penerima sindiran pada permulaannya berdiam diri dan memendam perasaannya, tetapi apabila tiba masanya, dia akan menjadi berdendam kepada si penyindir. Pada masa inilah si penerima sindiran akan meluahkan dan mengungkit-ungkit apa yang dipendamnya selama ini.
Pepatah mengatakan, "Lidah itu tidak bertulang" tetapi disebabkan lidahlah membuak-buaknya api permusuhan manusia. Hanya disebabkan satu perkataan sahaja, membuatkan hati yang mendengarnya terluka dan sesuatu ukhwah yang dijalinkan terlerai.
Justeru, marilah kita sama-sama mengubah diri kita, mengubah gaya hidup, saling hormat-menghormati hak sesama kita, membudayakan sifat saling nasihat-menasihati, serta menegur dengan cara yang berhikmah agar orang yang ditegur dapat menerimanya dengan hati yang terbuka.
 Tetapi, tegur itu biarlah kena pada masa dan tempatnya. Iman Syafie' berkata, "Nasihatilah diriku dikala aku sendirian, janganlah kau menasihatiku ditengah keramaian kerana nasihat di hadapan umum adalah sebahagian dari penghinaan yang tidak suka aku mendengarnya. Jika engkau enggan dan tetap melanggar kata-kataku, maka engkau jangan menyesal jika aku enggan menurutimu." Biarlah kita menegurnya bukan di kalangan ramai orang kerana menegur di tempat ramai orang boleh menjatuhkan air muka seseorang. Kita telah memalukannya di hadapan orang ramai.Apakah perasaan kita apabila kita berada di tempat mereka? Renung-renungkanlah.
Buangkanlah sifat mencari kesalahan dan menyalahkan orang lain. Tutuplah aib mereka jika kita tidak mahu menampakkan aib kita kepada orang lain. Jika kita berubah untuk menjadi baik kerana Allah, Allah akan menghantar orang-orang baik untuk bersama kita.
Yang paling penting, setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.
Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.
Semoga ilmu yang sedikit ni dapat kita gunakan untuk memperbaiki diri. Insya'Allah kalau kita bersungguh-sungguh Allah sentiasa bersama kita. (^_^)V

Sunday, May 6, 2012

Cuci Mata

Salam semua.. Fuhh memang lama betol aku tak menulis nih.... hmm oo ya korang tau tak pesta konvo kat utm dah start . Tapi kecik jek. Rabu last day. So sesape yg berminat nak pergi, jangan tangguh2 lagi..serbu cepat2 kat khemah yg korang suke...wee =)
Alhamdulillah, aku dah sampai tadi. Dapatlah aku cuci mata sket2..haha.. Memandangkan orang yg sangat ramai, anak aku kepanasan...kesian sungguh...terpaksalah anak aku ni melayan ibu dia..haha Menarik gak lah...aku ni kalo xbeli pun suke jek menyibukkan diri aku kat khemah2 tuh.. hehe
Aku ni kalo xde hal, bley jek round satu kawasan n tetiap khemah aku masuk...hmm ape aku tengok pun aku xtau....layankan aje.. nasib baiklah mak aku ni sporting gak...
So, kalo de masa korang meriahkanlah majlis yg ada kat utm tuh.... (^_^)V