Pages

Thursday, March 29, 2012

Cerita Duka

Salam semua.. Aku nak kongsi sikit tentang makcik aku nih. Dua hari yang lepas tiba2 dia jatuh dan pengsan. Bila bawa g klinik katanya ada darah beku kat kepala. So, bile bawa g hospital perghh baru la tau rupa-rupanya ada salur darah dah pecah dalam kepala. Ya Allah, cuak gak aku time tuh. Macam mana boleh pecah? Maybe korang ada yang tak tahu lagi...salur darah pecah bila tekanan darah terlalu tinggi. Hmm sape2 yang dah ada darah tinggi tu berhati2 lah termasuk lah aku sendiri.. Dulu time nak bersalin pun sebab tekanan darah tinggi gak... Nanti aku sharekan info berkenaan darah tinggi k... Maybe pada entry seterusnya..tunggu..
Bile aku search2 kat internet banyak gak info yg aku dapat nanti aku share kan kat sini.. Berbalik pada cite aku tadi, makcik aku sekarang dah kene operate kat kepala untuk keluarkan liquid n darah beku yang ada.. Perghh cube korang bayangkan macam mana lah nak tebuk n operate kepala tuh... fuhh cuak betul aku dengar time tuh.. nak operate ni kena buka tempurung kepala n nak pastikan salur darah otak plak tak jejaskan fungsi saraf yang lain.. mencabar betul tugas doktor tuh.. 
Kesan yang akan berlaku pulak angin ahmar (badan mati sebelah).. Kalau salur darah pecah belah kanan, badan sebelah kiri yang dapat kesannya.. Ya Allah, darah tinggi ni boleh diibaratkan pembunuh senyap jugak yek walaupun macam nampak takde ape2..
Kepada semua, doakanlah yang terbaik untuk makcik aku nih.. Kesian tengok orang yang sakit ni.. Semoga sakit yang ada ni dapat mengugurkan dosa2 yang ada..insya'Allah
 
Marilah kita sama2 berdoa untuk orang-orang yang sedang sakit. Semoga kebaikan datang dan mereka yang berkenaan mendapat rahmat daripada ALLAH..Insya'Allah
 

Sambutan Maulidur Rasul ~ 2012

Salam Semua.. hari ni aku nak menulis sket berkenaan sambutan maulidur rasul yang telah diadakan kat ofis aku ni pada  27 Mac 2012. Majlis ni dianjurkan oleh Kelab Sukan Nusajaya.. Tahun ni aku teruja nak dtg awal sebab aku nak tengok dengan lebih dekat tetamu undangan untuk memberikan ceramah iaitu Imam Muda Hassan. Mesti korang kenal kan?? Juara Imam Muda musim kedua...Inilah dia empunya diri.. Maaf yek gambar ni memang dah tak leh nak rotate.. tak tau nape format dia cam ni... hmmape2 pun thanks so much to nisa' sbb bg gambar ni secara ikhlas =)
Alhamdulillah dapat gak aku join majlis ni walaupun beberapa jam jek.. Imam Muda Hassan ni memang muda lagi.. lahir tahun 1985.. memang muda... OO ya input ceramah pun boleh tahan lah semua berkaitan Rasulullah. Klakar gak dia nih..boleh la wat hilang ngantuk kalo ada org nak tertido tuh.. Ape2 pun terima kasih kelab sukan kerana sudi membawakan ikon ini datang untuk berkongsi ilmu. Credit juga untuk bank islam selaku bank yang terlibat dalam project maulidurasul ini. Semoga jasa yang ditabur sentiasa diberkati. Insya'Allah..



Monday, March 26, 2012

Isnin yang Indah

Salam semua.. Hari ni aku nak ucapkan selamat bekerja buat semua kawan2 aku kat ofis nih...hehe oo ya esok ada sambutan maulidurasul kat ofis aku nih.. teruja aku nak dgr ceramah yang akan disampaikan oleh peserta yang mendapat johan musim kedua iaitu Imam Muda Hassan.. Mesti seronok kan?? Jom la ramai2 kita memenuhkan ruang yang ada untuk menambahkan ilmu agama yang masih ada kekurangan nih... Harap2 esok habes on time...sebab aku half day esok.. aku ada temujanji ngan kwsp..haha
Kepada kawan2 yang buat persembahan, all the best ya... alunkan nasyid dengan penuh semangat.. aku bagi sokongan dari jauh jek.. 
Semoga majlis esok akan berjalan seperti yang direncakan..Insya'Allah..

Saturday, March 24, 2012

Hari Sabtu - 24 Mac

Salam semua... Wah tup tap tup tap dah nak habes dah hari sabtu hari ni.. cepatnyer masa berlalu.. Banyak gak aktiviti yg dapat aku buat... Yg penting kene ada keinginan dan keazaman yang kuat..
OO ya, td sempat gak pg Angsana... Jejalan g singgah Gulatis..pergh termelabur kat ctu plak.. ingat nak tgk2 jek tapi apakan daya..kehendak mengatasi segalanya..haha Dah tu aku serbu plak Badab Bookstore.. Kalo g Angsana nih memang kene pg tempat ni... Aku belilah buku "Ubat, Doa & Penyembuhan Serta Khasiat Surah-surah Al-Quran". Buku ini ditulis oleh Ustaz Sharhan Shafie.. Harga buku ni RM25..dapat free sebuah naskah yassin sekali... Alhamdulillah setakat ni matlamat aku tercapai untuk memiliki sekurang2nya satu buku dalam sebulan.. bukannya apa untuk aku baca bila ada kelapangan dan untuk tambah apa yg kurang.. Credit to myself.. Yeehaaa..
Then, tak kemana dah, g jalan ke UO then g la parking kete untuk menuju ke Kipmart. Kat kipmart plak tak ramai org cam hari ahad... so, nak berjalan agak mudah la... beli ape yg patut ngan mak aku then penat sangat nih terus balik ke rumah...
So, aku rasa masa aku hari ni sangat aku hargai...alhamdulillah.. semoga hari esok akan lebih baik dari hari ini... Selamat Malam... jumpa lagi..

Friday, March 23, 2012

Lagu Tentang Rasa

Salam.... Fuh selesai sudah aktiviti membasuh baju dan menyidai mana yang sempat..hehe Skrg ni nak menaip sket.. Aku tetibe teringat satu lagu ni.. Lagu ape?? Lagu dalam cerita vanilla coklat lah.. Lagu ni dinyayikan oleh Astrid.. Aku suka lagu ni..sampai terngiang2 kadang..haha besar gak penangan lagu ni.. Pernah dengar tak?? Meh sini aku sharekan lirik lagu kat sini

Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Semoga terhibur.. OO ya kalo nak download klik sini k... Dengar dan layan lagu ni... Aku harap korang terhibur.. Kla memandangkan esok cuti hujung minggu, aku nak ucapkan selamat berhujung minggu kawan2.. Buatlah aktiviti2 yang berfaedah.. 

Thursday, March 22, 2012

Housekeeping

Salam semua... Hari ni Hari Khamis.. Aku bercadang nak wat housekeeping untuk meja aku, komputer aku, laci aku, file aku dan semua yang berkaitan.. Sebelum tu aku kene settle kan semua bende yang nak diuruskan terlebih dahulu..
Housekeeping ni nampak macam mudah jek kan tapi sebenarnya amek masa gak... hmm harap2 semua dapat diselesaikan hari ni gak... Insya'Allah..Aku rasa tempat aku dah semak betol ni.. Then email aku pun asek penuh jek..banyak attachement...pc pun camtu gak kalo dah bnyak sangat bende lambat nak buka file..lagi2 bile pc aku ni nak buka drawing..perghh jenuh gak kalo nak tggu... Sekurang2nya pc aku ni boleh la gak tgk drawing autocad punye format.. At least aku pun dapat belajar sekali camne nak gune software tu walaupun tak amek technical punya subject..hehe  Maklumlah orang kata sambil menyelam kalo tak minum air pun mesti tertelan2 air sikit2 gak.. =)
Jom jom ikut aku punya jadual hari nih... Semoga apa yang aku cadang nak buat hari ni dapat aku realisasikan...amin

Wednesday, March 21, 2012

Keluarga Ku Sayang

Hari ni aku nak cerita sikit fasal family aku yang sangat aku sayangi... Keluarga aku ni terdiri daripada lima orang dan kalo termasuk suami dan anak aku yang comel tu jadilah tujuh orang.. Keluarga aku ni sedang2 jek.. Takla besar sangat dan tak la kecil pulak.. Just nice omputih kata..hahaha.. Ayah aku dah takde dah =(  Dah nak masuk empat tahun dah.. kalo korang nak tau, maybe raya tahun nih jatuh pada hari yang sama tarikh ngan tarikh ayah aku meninggalkan kitaorang semua... So sad, genaplah empat tahun aku ngan adik2 jadi anak yatim..huhu
Tapi Alhamdulillah, aku masih lagi ada orang tua iaitu mak aku yang selalu ada time aku susah atau senang... Dapatlah aku tolong tengok2 kan mak aku nih... Maklumlah orang dah berusia, kudrat pun dah tak macam orang muda lagi.. Tapi aku kagum betol ngan semangat mak aku yang kuat tuh... Sangat kuat dan mampu membesarkan anak2 yang masih bersekolah walaupun dah tak bekerja lagi atas permintaan arwah ayah.. Insya'Allah kalau aku ada rezeki lebih aku dapatlah tolong sikit2 mana yang patut..
OO ya aku nak share satu gambar yang diambil semasa hari raya pertama tahun lepas.. Time ni kitaorang beraya ke rumah jiran sebelah..Rumah Cik Ju.. Cik Ju ni pun telah kehilangan suaminya.. Anak-anak jelah yang tinggal dan menjadi peneman di kala sunyi menyelubungi hati...
Gambar kat atas ni ada sekali satu keluarga pakcik aku. Pakcik aku ni adalah adik kepada arwah ayah aku. Alhamdulillah walaupun arwah ayah dah takde tapi hubungan kitaorang masih sama seperti keadaan yang terdahulu. 
Aku sangat bahagia dengan keluarga yang aku miliki ni. Sekarang aku dah ada suami dan seorang anak yang telah melengkapkan hidup aku untuk menjadi seorang isteri dan ibu. Aku amat berharap mahligai yang dibina ni akan berkekalan bahagia selamanya. Semoga keluarga aku ni sentiasa berada dalam perlindungan dari-NYA.. Amin

"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."
 

Hari Ini

Salam dan selamat pagi semua.. Bersyukur aku ke hadrat Illahi kerana memberi aku peluang lagi untuk merasai nikmat dunia hari ni.. Syukur Alhamdulillah.. Semoga segala urusan aku akan dipermudahkan oleh-NYA...amin
Oo ya hari ni aku nak cuba nasib dalam Masyuk Bersama lah.. Mana tahu ada rezeki...hehe Semoga berjaya untuk aku...
 Jeng jeng jeng....dup dap dup dap... apa yang penting "Masyuk Bersama" yeeehaaa
 

Tuesday, March 20, 2012

Diam Banyak Kelebihannya

LEBIH BAIK DIAM

Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.
Nabi SAW bersabda : “Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai.”
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

“Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”.
(Riwayat Abu Naim)
Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,
Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?
Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,
Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,
Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,
Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berbicara kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.
 
HIKMAH BERDIAM DIRI
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.
Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh karena itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Marilah kita fikirkan bersama.. Mana yang baik kita amek dan jadikan panduan hidup yang lebih baik.. (^_^)V

Buntu!!!

Perghhhh buntu betol aku hari nih... Aku kene buat bende yang aku tak tahu betol nak buat camne...huhu Arghhhhhhhhh tolongggggggg.. Kusut kepala otak aku .. macam dah takde jalan lagi dah...
Kawan2 yg sudi membantu aku terima kasih aku ucapkan.. Jasa korang akan aku kenang sampai bila2.. Thanks to all my friends especially akk otai, saloha samat, adik terrorzzzz fiza, dan akak manis, fazilah... 
Skrg ni aku redha jek lah.. Kalo kene marah, marahlah.... sebab aku memang tak tahu langsung.... Bukanlah aku langsung tak usaha, tapi dah cari dah dari semalam lagi... Aku memang berserah tapi bukan mengalah tanpa mencuba dulu k.. Arghhhhhhhhh!!!
Ya Allah permudahkanlah urusan aku di dunia dan akhirat...Amin..

Lagu Disini Untukmu

Salam semua... Ingat tak semalam aku ada post lagu ahdan. Korang nak tengok muka ahdan?? Inilah wajah Ahdan Salleh.. 
 Lagu dia yang popular satu lagi adalah Disini Untukmu Kat bawah ni ada liriknya..


Saat kau dan aku tak bisa menahan gejola
Perbedaan semakin memisah antara kita
Tak seharusnya terjadi pertengkaran semalam
Bila kita bicara mengakhiri masalah
Ku terima dirimu apa pun adanya
Kerna diriku bukan seorang yang sempurna
Maafkanlah diriku bila telah membuat engkau terluka
Korus
Aku disini untukmu menjaga dirimu setiap waktu
Aku disini untukmu temani hari mu hingga berlalu
Aku inginkan dirimu bersama ku hingga hujung usiaku

Aku dan dirimu semoga selamanya
Bukalah hatimu tak perlu lagi engkau endah
Diriku mencuba tak mengulangi kesalahan
Tak adil bila diriku yang selalu mengalah

Kini saatnya akhiri semua perbedaan
Beginilah diriku apa pun adanya
Semoga dirimu terselalu menerimanya
Kerna hanya dirimu yang bisa membuat aku bertahan
Hmmm kalo nak download lagu ni boleh ke 4shared.com.. Semoga terhibur..

Salam

Salam dan selamat pagi semua... pagi ni cuaca cukup indah untuk kita memulakan aktiviti harian kita... Semoga apa yang kita lakukan hari ni sentiasa diberkati oleh-NYA... Mari kita mulakan dengan bacaan 
 
Semoga hari kita lebih indah dan lebih baik dari hari2 yang sebelumnya.. Insya'Allah

"Guru mengajar apa yang baik tapi tidak semestinya guru itu sendiri baik. Penjenayah itu jahat tapi bukan semestinyasetiap detik hatinya penuh dengan kejahatan dan bukan setiap yang alim itu penuh taqwa kerana yang benar benar bertaqwa sahaja yang mengerti baik dan jahat"
 

Monday, March 19, 2012

Petua Mencuci Hati

Salam semua...aku nak sharekan sikit input yang aku dapat ni ngan korang semua.. Semoga apa yang baik boleh kita cuba amalkkan dan usahakan untu menjadi yang lebih baik..Insya'Allah
Hati merupakan seketul daging yang ada dalam fizikal kita nih.. Hati ni umpama nadi kepada semua yang kita lakukan.. Tak kiralah baik mahupun buruk perkara2 yang kita lakukan.. Pernah dengar tak oarang kata macam ni:


"Pandangan mata selalu menipu, 
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu, 
Pandangan hati itu yang hakiki"

Sebab tu hati adalah organ yang paling penting untuk kita jaga. Macam mana nak jaga?? Aku sharekan apa yang aku baca sebentar jek tadi.. Petua mencuci hati ni diberikan oleh Dr. Fadhilah Khamsah.


1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat
Semoga ilmu yang sedikit ni dapat kita kongsikan dengan kawan2 yang lain.. Insya'Allah kalau kita jaga betol2 hati kita,..kebaikan dan rahmat Allah akan kita peroleh. Apa yang kita buat dan itulah yang kita akan dapat.. Wallahu'alam.

Muhasabah Diri

Salam Semua.. Dah sampai kita pada malam 19 Mac 2012.. Apa yang dah aku lakukan hari ni?? Memang banyak perkara berlaku... Apakah yang aku buat tu semuanya betol?? hmm tentulah tidak.. Maybe banyak gak salah yang aku dah buat hari ni.. Masya'Allah.. Semoga aku tak ulangi kesilapan yang sama lagi untuk esok dan hari2 yang seterusnya.. Insya'Allah..
Kepada semua kawan2 aku, aku nak minta maaf kalo ada salah dan silap yang aku dah buat secara sengaja mahupun tidak.. Kadang2 aku tak perasan.. Sorry yek.. Lain kali kalo aku ada buat silap atau salah tolonglah tegur k.. Maklumlah takde manusia yang sempurna 100%.. Semoga yang baik aku jadikan teladan dan yang kurang baik aku jadikan sempadan.. Insya'Allah.. 
Kepada keluarga dan suami sekiranya ada terkasar bicara, tersinggung dihati mohon diampunkan segala salah silap...Semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk-Nya kepada aku untuk menjadi khalifah yang lebih sempurna...amin
Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan". (Al-Kahfi 18:103&104) 

Fiza dan Panggilan Hot Pejabatnya

Salam.. Hari ni aku rasa tak best sangatlah.. tak tahu lah nape tapi aku nak share sikit, aku ade sorang kawan ni nama dia Fiza.. Fiza ni rajin dok request lagu kat Hot FM tak kesahlah pilihan hot pejabat ke ape ke.. Kadang2 dia daftar hari anda hot ke tak... Memang rajinlah.. Pagi tadi dia dah dapat lagi panggilan dari hot untuk pilihan hot pejabat..hehe happy betol dia.... Ni gambar Cik Pja yang rajin tuh.. Tak lama lagi konfem dia layan hot masyukkk plak... bley dapat duit tuh...bestnyerrr 
Cik Pja yang ayu
Nak dijadikan cerita, bile dia dah dapat pilih lagu tu.. Dia dok kenekan aku plak waduhhh waduhhhhh  mahu kena ini budak... Aku memang blurrrr habes... bos pun memang kat depan.. Ingat org bank or insurance yg sealu call cari pelanggan tuh  tapi rupenyerr kiran ngan suraya... perghhhhhhh kalo cik pja ada time tuh kat tempat aku, memang aku dah cubit2 pipi dia...hahahha Ape2 pun lain kali pilih la lagu best2 then jgn la time org fokus ngan keje..tu yg paling penting...hihi Aku rasa tak lama lagi cik pja ni mesti dapat panggilan hangit plak... Mau rentung nanti..kah kah kah.. jaga2 cik jijah.. (^_^)V
 

Apam Pecah

Salam semua.. Aku nak cite sket jek kat sini.. Aku dah jatuh cinta wat apam pecah...haha mula2 buat tu xla pecah sangat tapi makin lama makin menjadi plak n aku sangat happy buat bende nih..hehe Time makcik aku wat doa selamat ri tu adalah aku buat dua adunan satu kaler cream ngan hijau..satu lagi cream ngan pink..hehe senang jek nak buat ni... Ape2 pun aku nak share gambar untuk first time aku buat dulu kala..
APAM PECAH TIGA KALER
APAM PECAH YANG DAH TINGGAL 2 KALER
Mula2 ada tiga kaler bile tahap kemalasan dah melanda hehe tinggal dua kaler jek.. Time ni ada yang pecah ada yang tak pecah... Nak buat camne?? Macam ni caranya

BAHAN2:
3 cawan tepung gandum
1 cawan ais krim soda
1 sudu makan ovellete
1.5 cawan gula icing
1 sudu teh esen vanila
pewarna yang dikehendaki

CARA2NYA:
1. Pukul telur, gula icing, esen vanila dan ovellete sehingga kembang
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan diselang selikan dengan ais krim soda tadi
3. Bila dah sudah bahagikan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan ikut citarasa sendiri
4. Letak dalam cup kuih yang comel2 tuh.
5. Kukus sehingga masak (dalam 20min)

Mudah bukan?? Selamat mencuba.. Kalau tak jadi jangan putus asa dan teruskan mencuba.. Insya'Allah menjadi nnti... Best of Luck!!!

Lagu Permaisuriku

Salam semua... Hari ni aku nak share something.. Ape yg something tuh?? aku sebenarnya nak share satu lagu ngan korang.. lagu ni dah lama sangat aku cari tapi baru beberapa minit tadi aku baru tahu tajuk lagu n nama penyanyinya...padahal selalu dengar kat radio... Rupa2nya lagu ni dinyanyikan oleh Ahdan. Aku pun belum kenal lagi sape afdan nih..hehe Okeylah ape2 pun aku share lirik lagu ni kat sni k.. Layaannnn

Kau yang selalu ku puja
Yang selalu ku damba di dalam hatiku didalam jiwaku
Kau begitu indah tak pernah ku sangka hadirnya dirimu merubah hidupku
Begitu memikat kau mampu hapuskan pesona dirimu di dalam benakku
Percayalah sayang hanyalah dirimu yang membuat ku bahagia
Kau permaisuriku pujaan hatiku
Berikan aku satu senyuman yang terindah
Semoga cinta kita selalu abadi untuk selamanya
Bersama kita akan belayar ke mana

Kau sang belahan jiwa yang telah ku nantikan sepanjang hidupku
Kau luruhkan aku hangatmu terasa
Bagaikan sang suria terangi diriku warnai hidupku
Selalu ku harap kita kan bersama ku pegang tanganmu hingga akhir waktu
Percayalah sayang hanyalah dirimu yang membuat ku bahagia
Kau permaisuriku pujaan hatiku
Berikan aku satu senyuman yang terindah
Semoga cinta kita selalu abadi untuk selamanya
Bersama kita akan belayar ke mana

Kaulah permaisuriku pujaan ku selalu
berikan senyumanmu yang terindah


hmmm inilah dia liriknya.. harap2 tepatlah apa yang aku tulis nih... perghh memang susah betol nak download lagu nih.. selalu kuar radio tapi tak mudah diperoleh.. ape2 pun rezeki aku lah malam tadi..hahaha

Terima Kasih Encik Suami

Salam... Aku rasa belum terlewat tuk aku ucapkan terima kasih kat suami aku ni sebab belikan kek yg best n sangat yummy sempena ulangtahun kelahiran aku yang lepas baru2 nih...hehe maaflah bang...lama no baru ucap tq kat blog nih... Kek coklat yang menarik..
KEK SPECIAL YANG SEDAP!!!

PANDANGAN DARI ATAS KEK


Terima kasih lagi untuk cik suami... Sebenarnya ni semua penghargaan buat aku... Pada aku yang paling penting adalah doa daripada cik suami adalah hadiah yang paling baik dan teristimewa.. Kenapa aku cakap cam tu?? Sebab makanan dan hadiah adalah sesuatu yang akan habis dan tak berpanjangan tapi doa merupakan sesuatu yang akan mengiringi seseorang setiap masa dan ketika n takde date expired..hehe Ape2 pun terima kasih sekali lagi.. I Love you so much my dear love.. (^_^)V

Friday, March 16, 2012

Anak Hafiz & Ayu - Darin

Salam semua.. Aku dah lama tak menaip nih.. Tetiba tadi jumpe gambar anak hafiz ngan ayu time derang datang ofis ri tuh.. Pergh comel sokmo anak derang nih.. Baby girl la katakan.. Boleh pakai skirt...hehe Umor darin ni lebey kurang umo anak aku jek.. Cuma darin awal 2 minggu... Nak tengok muka anak hafiz and ayu boleh lah tengok gambar kat bawah nih.. Ada gaya n style yang tersendiri gitu..
CIK HAFIY DARIN
Comel kan?? Geram aku tengok pipi dia tu.. Time ni darin dah pandai geleng2kan kepala dia.. suka betol dia buat cam tu time orang nak amek tuk dukung dia..hehe tapi bila dah dukung....bley tahan gak dia nih...hihi bile dah tak larat tu yg mama darin letak untuk duduk.. time ni lah aku sempat snap gambar darin... Jgn mara darin eh... Semoga membesar dan menjadi anak yang baik... =)
 

Thursday, March 15, 2012

Makan Ooo Makan

Salam.. Ri ni makan tengah hari kitaorang ditaja oleh bos kitaorang...hehe Makan kat mane??? hmm makan kat "Asam Pedas Tasek".. Korang tahu tak kat mana tempat tuh??? Aku pun tak pernah pergi sebenarnya... First time nih.. Kedai makan tuh taklah besar sangat tapi memadailah untuk orang ramai datang makan kat situ.. Bos aku kata asm pedas terbaik kat Johor ada kat situ.. Kalo korang nak try boleh la ke lokasi tersebut.. tak silap aku kat Taman Tasek... Tak jumpe?? bolehlah gune google..hehe
Ni adalah gambar sekeping dua yang diambil khas oleh cik pja kita yg kiut sorang nih... 
Asam Pedas Yummy
Menu2 yang ada
Lauk pauk yang ada ni simple jek tapi puas hati lah gak nak makan. Menu ikan asam pedas pari ngan asam pedas ikan merah, telur dadar dan sayur kailan goreng. Yummy..

Tuesday, March 13, 2012

Briefing Ooo Briefing

Salam Semua... Selamat Hari Selasa...hehe Hari ni aku kene belajar pasal system security SiLC yang ada kat site tuh.. So, lebey kurang sehari la aku tak ade kat ofis nih... hmmm agak susah rumit gak system nih.. rasanya kalo hari2 tengok mungkin bley terror sangat... pergh nak monitor tuh ingat senang.. tapi agak susah gak..
Orang2 yang ajar plak dari Kuala Lumpur.. Pagi tadi siap sarapan sekali diaorang bawak.. perghh belum start lagi tapi dah melantak dulu..hehe makanan yang diberi adalah mee goreng beserta telur rebus sebiji... yum yum kenyang.. tak abis pun aku makan..
Nanti aku attached satu gambar untuk korang tengok tempat yg aku g untuk briefing ni k.. Nanti kalo nak lalu2 kat site SiLC bley lah lambai2 tangan, jadi dapatlah aku atau geng2 aku tengok muka korang...hehehe

Monday, March 5, 2012

Anak Aku dan Bukunya

Salam.. Pernah tengok tak anak2 muda mudi skrg ni yang suka membaca? Aku pasti jarang sekali..hehe aku cume nak story kat sini anak aku sorang nih.. dia kecik lagi memang confirm tak tahu baca lagi.. buku pun dia tak tahu lagi...
Sedang membelek-belek buku
Takpelah yang penting dia ada minat nak membelek2 buku walaupun tak paham ape yang di tengok lagi.. Sekurang2 nya dia berminat nak pegang dan belek2.. Tapi bila fokus macam paham jek ape yang ditulis tuh..
Apa yang anak ibu baca tuh???

Baguih anak ibu.. tak pe.. nanti ibu belikan buku banyak2 k.. Baca jangan tak baca.. Semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat k.. Take care anak ibu.. Salam sayang...
 

Ulangtahun Aku

Salam semua.. Hari ni Isnin, 5 Mac 2012 merupakan tarikh keramat aku..hehe Hari ni hari ulangtahun kelahiran aku yang ke.. bape eh?? aku lupa la... Ape2 pun.. pada usia aku sekarang ni aku dah ada suami, dah ada anak.. Alhamdulillah.. Anugerah untuk menjadi ibu pun sangat aku hargai memandangkan tak semua orang boleh menjadi ibu yang mampu melahirkan anaknya sendiri.. Syukur Alhamdulillah.. Semoga aku akan menjadi insan yang lebih menghargai lagi setiap apa yang aku ada... Ibu aku pun dah semakin hari semakin tua, adik2 pulak makin membesar tapi aku tak dapat kongsikan apa yang aku rasa ni dengan arwah ayah aku yang telah dulu meninggalkan kami sekeluarga empat tahun yang lalu.. Pada usia aku sekarang dapatlah aku mengumpul aset aku untuk masa depan aku..alhamdulillah.. Semuanya rezeki daripada Allah.. Semoga aku akan menjadi hamba-NYA yang mampu berdiri di atas kaki sendiri dan mampu menempuh dugaan yang mendatang dengan sabar. Insya'Allah.
Aku berharap mampu menjadi seorang muslimah yang berjaya di dunia dan akhirat tidak kiralah ape jua yang aku lakukan.. Insya'Allah.. Semoga impian dan matlamat aku tercapai dan mendapat keredhaan daripada-NYA. Amin.

Thursday, March 1, 2012

Apam Polkadot

Salam.. Selamat Pagi Khamis semua..
Ri ni aku nak sharekan hasil tangan aku yang pertama untuk buat apam polkadot..hehe tapi dot dia tak jadi sangat la sebab dah malam tak larat den nak buat satu2... hehe Mula-mula sbb malas nak letak adunan untuk alas before letak filing aku terus letak jam strawbery.
Jam yang best
Pas tu aku letaklah adunan lagi sampai 3/4 cup tuh. Aku letak mangkuk2 kecik2 utk bentukkan dia.. Inilah hasilnya..
Letakkan adunan 3/4 daripada cup
Pandangan penuh
Pas tu dot kan ikut kreativiti.. Tapi aku time ni dah xlarat dah.. jadi dot aku dah tak dot lagi dah.... macam2 bentuk ada..haha
Hasil sentuhan aku ngan suami aku
dot dot dot bile dah tak rajin
Dan bile dah siap tuh korang kukus .. kukus nii plak tak lah lama sangat dalam 10-15minit jek.. Tapi api dapur plak janganlah besar sangat.. sedang2 jek.. dan janganlah kecik sangat plak sebb nanti dalam tak masak .. bile tak masak camno nak makan...
Hasil tangan pertama aku
Huhu tak jadi sangat yang first ni.. macam terlebih tepung sket.. tapi jem dia best..haha hmm xpe2 pas tu aku try lagi.. nak kata jadi xla jadi sangat then nak kata tak jadi plak xla xjadi.. just nice.. 2nd time buat, dah xbuat polkadot dah... sila lihat hasilnya di bawah.. menjadi tak???
Apam Kebabom!!!
Alhamdulillah ada lah sikit improvement... Kalau aku terror buat mesti aku dah business dah..haha tokey apam...hehe kawan2 aku kat ofis sempatlah rasa tapi takla sehebat cik azie (risk dept) buat.. tangan azie lagi hebat pegang la tepung ape pun mesti menjadi hasil tangan dia...hopefully aku bley mahir macam dia suatu hari nanti.. semoga aku dapat buat lebih baik lagi.. daaaa (^_^)V