Pages

Wednesday, February 29, 2012

KERJA oOOo KERJA

Fuhh lama dah tak ngadap blog aku nih... Aku bz sket sekarang nih.. memang kene fokus.. hmm kalo tak fokus tak menjadi.. Kdg2 leh jek update lepas siap kerja.. tapi skrg kene cari time sket...
Ri ni xde ape nak story cuma cuaca hari ni agak mendung dan hujan. Hujan yang turun plak kadang2 lebat dan kadang2 gerimis jek.. Tapi alhamdulillah semuanya rahmat daripada ALLAH. Memandangkan hari dah petang dan masa untuk pulang sudah hampir, aku sudahi post aku ni dengan sekian terima kasih...hehe jumpe lagi esok (^_^)V

"Tanpa keberanian mimpi tak bermakna"

Zikir Harian

Salam semua.. aku nak kongsikan sket tentang zikir nih.. Seperti mana yang sedia maklum zikir merupakan puji-pujian kepada Allah. Zikir ni pulak tak semestinya kita lakukan lepas solat jek.. kat mana2 pun boleh berzikir... sangat mudah bukan.. Time aku sekolah asrama dulu rajinlah gak berzikir ni sbb kat surau selalu pasang, then secara tak langsung terikut skali dalam hati..bile2 lama2 dengar n ikut memang best sangat.. rasa tenang la jugak... hmm aku ada terbaca kat surau sekolah aku tuh tentang zikir harian.. Aku rasa elok gak aku share kat sini.. Nak tahu ape dia?? boleh tengok kat bawah nih.. kalau korang ada masa free tu bolehlah zikir ni diamalkan... Insya'Allah
Semoga kita boleh tingkatkan amalan dan pahala kita untuk bekalan masa hadapan di akhirat kelak... 

Sekadar Renungan..
Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

"Ya Allah, jadikanlah amal terbaik kami sebagai penutup amal kami. Jadikanlah umur terbaik kami sebagai akhirnya. Dan jadikanlah hari terbaik kami sebagai hari kami menjumpai-Mu."

Monday, February 27, 2012

Chicken Chop

Semalam, aku ada la try satu resepi ni..haha Bukan resepi ape pun.. Aku cuma buat chicken chop.. Semangat yang membara untuk aku cuba.. Tapi hasilnya agak memuaskan.. Inilah hasil usaha tangan dan effort aku..
tapi aku tak reti sangat nak present kat pinggan camne..hihi xpelah.. baru nak berjinak2.. Aku buat sos black pepper, coeslaw sket ngan potato wages sket. Alhamdulillah rasanya boleh tahan... hmmm yummy  kalau korang nak cube buat, bleyla wat presentation kat pinggan cantik2 lagi..
 

Daripada ALLAH kita datang dan kepadaNYA kita kembali

Salam semua.. selamat hari isnin.. hari ni aku nak cerita sket pasal kematian yang telah berlaku dalam keluarga suami aku..
Hari Jumaat yang lepas atuk suami aku meninggal, kira atuk aku skali la ni.. Sakit tua.. Alhamdulillah pengurusan jenazah dan acara pengebumiaan berjalan dengan lancar. Cuaca pun baik pada hari tersebut. Majlis tahlil pulak diadakan selama 3 hari berturut-turut. Sempat gak la aku ngan suami ziarah di saat2 akhir hayat "Tok Bak". Aku ngan suami jaga arwah kat hospital time maghrib.. Teringat aku kat arwah atuk aku yang meninggal 2001 dulu. Sedih sangat.. tak dapat nak aku ungkapkan kat sini...
Pagi ni pulak, suami aku terima panggilan yang pak cik dia meninggal pukul 6 pagi tadi.. Kuasa Allah kan, nampak sihat tapi kalau dah sampai ajal, sesiapa pun akan pergi menghadap Illahi.. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org yang beriman.. Amin
Takziah aku ucapkan. Pakcik ni pulak ada tiga org anak yg masih lagi bersekolah. Aku berharap sangat isteri arwah kuat dan tabah hadapi dugaan daripada Allah ni. Allah tak kan berikan ujian sekiranya kita tak mampu menghadapinya. Allah Maha Mengetahui akan sesuatu. Banyakkan berdoa dan meminta daripada-NYA. Aku dapat rasa kesedihan yang ditanggung memandangkan aku pun telah kehilangan ayah.Aku hanya mampu berdoa utk arwah ayah. Semoga Allah memberikan rahmatNYA kepada arwah. Amin

 
Aku nak mengingatkan diri aku supaya menghargai orang yang ada disekeliling kita. Selagi hayat dikandung badan berbaktilah dan berikanlah khidmat kepada yang memerlukan. Semoga kita akan lebih bersyukur dan banyakkan berbuat kebajikan walaupun sekecil zahrah.

Thursday, February 23, 2012

"You're So Fine"

Salam semua.. ri ni aku nak kongsikan sket lirik2 lagu yuna ft guba.. ape tajuk dia??? "You're so fine". Jika sifat korang yang suka menghargai dalam perhubungan, aku sangat sarankan korang dengar lagu ini.Pada aku lagu ini mampu memikat hati setiap pendengarnya,Tidak mustahil korang akan melayan lagu ini setiap hari nanti..hehe caya tak ape aku cakap nih??? Layan dulu lirik lagu nih k..

It feels like December
The birds flew across my bedroom window

And the spiral staircase

That we used to hang around ’til 3 in the afternoon
I remember that day
The purple hoodie that you’re wearing

And the smile up on your face

Your hair was flowing in the air

As you were sitting by my side

You moved me with your tides
You’re so fine
And I wouldn’t do anything

To deny you

And I would die for

You..
Oh baby don’t despair
You’re not alone I’m always there

I wish I was the one who’s scared

Of the sickness that you bear

For as long as I could stay

I’ll be happy just to see you smile for another day
But you’re gone now
Oh so far gone now

Where the trees are green and cloudy grounds it seems

But my time will come

Oh so let it come

Where we’ll meet again

Until the end of time
Kat dalam poster ni ada gambar Guba...tapi aku tak kenal la ngan mamat nih.. kalau tak salah dia berasal dari sabah.. mybe dia pun ada pengalaman menyanyi sebelum nih.. aku pun tak berapa pasti...ape2 pun semoga korang terhibur bile dengar lagu nih... love it!!!!

Wednesday, February 22, 2012

Fiza aka Jijah

Salam.. Hmm aku nak famouskan kawan aku yg sorang nih... nama dia Pja.. Saje jek sebab cik pja ni sangat happy ri ni.. ni aku snap secara tak langsung dr hp aku on the way lik ofis dr surau
Sempat lagi posing..pewiitttt
Perghhh sempat lagi bg pose istimewa tuh.. ala ala artis bollywood+malaywood gitu... memandangkan pja ni pandai nyanyi, sy harap dia berjaya menjadi penghibur peminatnya suatu hari nanti.. All the best ya... (^_^)V

Staff Baru

Salam... Wahh ri ni aku nak story pasal staff baru yg masuk kat dept aku nih.. Staff ni report to En. Jai. Tersebutlah al kisah staff baru ni diberi nama Mohd Hisyam Othman. Name glamer EBOT.. Sebab ape ebot?? aku pun tak tahu nape.. kalau nak tahu bley call dia kat direct line dia..hehe jgn mare ebot kalau tetibe hotline plaks... Ebot ni skrg mcm org kanan bos la.. dulu tempat nih azizan punye jajahan kuasa... Skrg ebot yg punye.. Nak kenal yg mana satu ebot??? Ok2.. jom layan gambar ebot kat bawah ni..
Ni lah orangnya... kawan Ameer upenyer
Ni lah dia ebot. ebot ni sangat rajin dan sangat bijak membawa diri orangnya. Sangat suka berkomunikasi atau lebih suka bersosial...sangat baik untuk ditempatkan di dept ICS. ICS tu ape?? Investor Care Services laaa... So, semoga menjadi pekerja yang cemerlang...dan all the best untuk semua usaha yang dilakukan untuk memperbaiki kekurangan yg ada kat SiLC nih... Welcome on board ya... Tak tahu ape2 bley tanya.. jgn malu2 sbb "no question is a dumb questions" hmm betol ke tu?? sempoi jek lah..haha

Mee Cintan + Mee Goreng

Salam.. Jumpa lagi dalam ruangan ketuk2 lesung batu bersama aku..haha Aku nak citer pasal makan lagi nih... Bile mood ok dan rajin datang ape lagi aku pun bersiap sedia utk perang.. perang kat mana?? perang kat dapur la... aku nak try masak mee cintan goreng time tuh... Nak dijadikan cerita aku nak wat stail cam kat pasar malam punye n aku pernah lah tertengok org tuh masak sambil aku beli makanan lain...
Perghh cubaan aku yg pertama ni menjadi lah... adik aku kata "sedaplah akak buat".. Perghh kembang setaman aku hari tuh..haha nak masak lagi rasanya... Hurmmm korang nak tgk hasilnya... inilah dia hasil air tangan aku opsss bukan air basuh tangan k... Mesti korang kate simple kan?? memanglah simple jek tapi aku sangat hargai usaha aku sbb dah lama sgt dah x kedapur utk perang.. =D
hahaa comot... lagi satu menu aku yg datang time aku rajin mee goreng... mee goreng pun simple jek.. cuma rajin n malas jek kalau nak buat.. Inilah gambaran dan hasil yg aku perolehi..
 Sekurang2nya ada improvement untuk diri aku sendiri.. Pas ni aku nak makanan yang mencabar sket..haha hopefully impian aku ni bley jadi kenyataan.. yeyyy

Pisang Goreng Cik Yana

Salam.. hari ni aku nak citer kisah aku rajin wat pisang goreng di kala hari sudah petang...hehe pisang tu aku beli kat pasar.. harga sekilo RM3.. punyerla semangat nak memasak time nih.. menjadi plak tu..hehe (perasan hahaa) Ni lah hasilnya.. sodap tau..
Ni luaran je k.. rasanya mantap!!!
Mula2 aku buang kulit pisang then belah la dua.. tapi aku nak tukar stail jd aku belah dua tapi patern lain sket daripada biasa... Inilah hasilnya..
Pisang yg telah dibelah-belah =D
Then, aku bancuh tepung utk menggoreng pisang nih.. tepung gandum campur air garam sket.. then aku bubuh tepung jagung dan kaler kuning sket utk pisang tu nampak kekuningan dan rangup walaupun tak rangup sangat.. Inilah dia bancuhan tepung si cantik manis..hihi
Wah... lepas tu aku panaskan la minyak... nak goreng pisang nih minyak kene panas dan api sedang2 saja.. kalau tak hangus atau pisang tu jadi si hitam legam yang pahit.. Dan bila dah siap tuh, hidangkanlah dengan kopi panas.. perghh macam kat kedai cik jijah la plak... Sape nak cube buatlah kat rumah takkan nak wat kat ofis plak yek.. hmm memang semangat aku memasak ni tgh datang... jom2 masak lagi.. chewahhh

Tuesday, February 21, 2012

Bengkel Saham

Salam semua.. aku nak citer pasal minggu lepas.. Ape aktiviti yang aku buat?? Aku timba ilmu kat PWTC.. Punyerlah jauh.. Takpela korang penah tak dengar org cakap kalau nak tuntut ilmu biar sampai ke negeri cina... Ilmu tu sangat berguna untuk pengetahuan sendiri dan boleh dikongsikan dengan orang lain.. Aku pergi bengkel saham yang telah dianjurkan oleh President Pelabur Strategik Melayu Malaysia iaitu En. Norizam Tukiman.
Fokus-fokus
Rakan-rakan yang terlibat dgn Klinik Zam
Ape yg aku belajar kat sane?? Banyak perkara yg aku pelajari.. Sebagai seorang yang kurang tahu dan kurang mahir tentang selok belok dunia saham ni sebab tu aku nak cari ilmu.. macam mana nak terlibat dengan dunia saham secara tak langsung.. Alahamdulillah sekarang nih aku nampak lah sket cara untuk mengkaji sesuatu saham tu dulu.. Tapi aku tak pakar lagi la.. Aku kene study lebih sket.. Al maklumlah aku ada anak kecik lagi, jadi masa untuk study tuh susah sket nak dapat..
Inilah dia En. Norizam
Sekitar Bengkel berlangsung

Gambar Kenangan
Aku g bengkel ni ngan adik dan suami aku.. Diaorg pun berpuas hati dengan input yg diberi.. Yang paling penting adalah SABAR. Sabar adalah kunci utama untuk berjaya. Doakan aku dapat belajar dengan cepat dan mendapat pulangan yang sepatutnya untuk usaha aku nih..amin...Rugi tu perkara biasa mungkin sekurang2nya kita lebih berwaspada dan lebih berhati2 dlm memilih saham yg ingin dilaburkan.. Pengalaman tu pun mempunyai nilai yg paling baik untuk mempelajari sesuatu. Yang penting ada minat nak mendalami ilmu dan memperbaiki kekurangan dalam diri. 
Semoga ilmu yg aku perolehi dapat aku manfaatkan. Yang baik selalunya datang daripada Allah..semoga apa yang berlaku adalah yang terbaik untuk aku dan mungkin ada hikmah yang tersembunyi. (^_^)V semoga sukses selalu. Aja aja fighting!!!

Monday, February 20, 2012

Kenduri Kawen (Anak En. Malek)

Salam semua...Hari ni aku nak cite pasal kenduri kawen anak kawan ofis aku nih.. Ayah dia nama En. Malek.. En Malek ni department Qashe sebelah jek ngan dept aku... Aku nak share lah sket gambar2 yg secara sengaja mahupun tak semasa aku kat majlis nih.. Jom layan kawan2...
Ni 2 org HERO MALAYSIA... (HAFIEY & RIZQ)

Dah boleh jadi ibu la Cik Fiza
Ni pun ada talent jadi mama dah
Pasaqngan Romantis Pn Nisa' & En Romezam
En. Hafsham dan kawannya

Ibu Ila menyuap makanan anak kesayangannya
Gembira betol Cik Zeela kita nih..hehe
Ramainya orang
Anak aku ngan ila ni sebaya.. tapi anak ila comel jek... ikut ibu n ayah dia la kot.. anak aku nampak berisi hehe macam aku kot...mengembang jek..hahahaha Ape2 pun majlis en malek ni agak meriah la dgn keletah DJ yang diimport.. Kaler tema purple.. Bile datang sini, kebanyakkan yg dtg kitaorg kenal sbb dah dok satu opis... ape2 pun tahniah en malek dapat menantu sulung (^_^)V.

Friday, February 17, 2012

Syarat Wajib Zakat

Salam.. Jumpa lagi.. aku nak cite plak pasal syarat wajib zakat nih.. Mungkin antara kita ada yang kurang pasti.. Tak salah kan kalau kita berkongsi sedikit ilmu yang aku ada nih? Antara SYARAT WAJIB ZAKAT adalah..

PERTAMA: Zakat diwajibkan ke atas orang ISLAM sahaja. Orang bukan Islam tidak diwajibkan zakat.

KEDUA: MERDEKA. Zakat diwajibkan ke atas orang Islam yang merdeka. Hamba tidak wajib mengeluarkan zakat.

KETIGA: SEMPURNA MILIK. Harta yang dimiliki dan kuasai sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka dan bebas untuk menggunakannya.

KEEMPAT: CUKUP NISAB. Nisab ialah kadar minima yang ditetapkan oleh syarak bagi sesuatu harta yang dikeluarkan zakat. Kekurangan daripada kadar tersebut menggugurkan kewajipan berzakat.

KELIMA: SEMPURNA HAUL. Harta yang telah cukup nisab hendaklah berada dalam pemilikkan dan simpanan selama setahun iaitu pusingan 12 bulan tahun Hijrah (354 hari).
 Hmm kalau korang rasa dah cukup syarat2 nih... perlulah bayar zakat.. Ingat zakat tu salah satu cara penyucian atau membersihkan harta yang kita ada. mungkin korang rasa macam alamak banyaknyer kene bayar.. tapi sebenarnya Allah akan bagi kita lebih daripada duit yang kita keluarkan tuh.. Sama2 lah kita fikirkan dan selamat beramal.. (^_^)V

Zakat

Salam semua... memandangkan hari ni hari jumaat aku nak share info2 yg berkaitan ngan zakat nih.. Kadang2 kita terlepas pandang perkara macam ni dan ada gak orang yang kurang jelas tentang zakat ni...
Zakat ni ada dua jenis. Yang pertama zakat fitrah dan yang kedua zakat harta. Apa itu zakat fitrah dan zakat harta??? Meh sini aku jelaskan..

ZAKAT FITRAH : Zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat2 yang ditetapkan.

ZAKAT HARTA: Mengeluarkan suatu kadar tertentu daripada harta tertentu diagihkan kepada golongan tertentu berdasarkan syarat2 yang telah ditetapkan.

Apa pulak jenis2 harta yang dikenakan zakat??? Nak tahu kan? Inilah dia harta2 yang perlu dizakatkan.. Inilah dia senarainya...
So, korang dah faham tak tentang zakat ni sikit2.. Takpe, nak dapat ilmu ni memang kene banyak mengkaji baru faham.. Yang penting apa kita baca tu memberikan sedikit sebanyak maklumat yang kita tak tahu.. At least ilmu pengetahuan kita bertambah =D Sampai jumpa lagi pada post yang seterusnya.. aku akan cite lagi pasal zakat nih...


Thursday, February 16, 2012

Buku panduan Bijak Melabur

Salam dan selamat pagi... hari ni aku nak share something iaitu satu buku yang aku baca tapi tak abes2 lagi sampai sekarang nih...hehe lambatnyer baca.. actually aku xsempat nak baca skali sampai abes sebab kekangan masa.. n kalau baca kenelah cuba faham.. kalo tak faham macam mana nak laksanakan.. betol tak?
Tajuk buku yang aku baca tu "Panduan Bijak Melabur". Kenapa aku baca buku nih??? Sebab aku nak tahu lah cara dan teknik yang betol untuk melabur.. sebelum nih aku tak cukup ilmu lagi tapi cube berjinak2 dalam saham nih... Ni la cover buku yang aku baca ni...
Buku ni ditulis oleh Razali Razman. Banyak panduan yang berguna boleh diaplikasikan. Hmm aku pun x abes baca lagi jadi tak tahulah kandungan buku tuh sampai belakang.. tapi setakat yang aku baca memang input yang sangat baik dengan ayat yg mudah difahami.. Aku beli online buku ni. Nak beli jugak ke?? Bolehlah klik link ini. Aku pun order online jek.. Sangat efektif, aku order hari ni then esok dah sampai.. memang servis yang baik... Kepada yang berminat selamat membeli dan membaca...(^_^)V
 

Wednesday, February 15, 2012

Makan Tengahari

Salam semua... hari ni makan tengah hari kitaorang ditaja oleh orang maybank... Alhamdulillah.. Murah rezeki hari nih... Ape yg kitaorg makan??? Apakata layan gambar kat bawah... oopsss tempat makan kita org ni namanya Damai Seafood Village Restaurant... Perghh nama dah glamer tempat mesti superb kan?? hehe




Banyaknyerrr lauk pauk yang ada kat sini.... yum yum yum ..hehe makan-makan dan makan


 Bile dah kenyang plak... inilah hasilnya..hahaha siapa pemenang bagi makan terbanyak... hmmm mana plak gmbar hisyam nih... xaci betol la...

Alhamdulillah... terima kasih kepada semua yang terlibat dalam gambar ni ..terima kasih juga kepada sesiapa yang ada semasa kejadian..hehe 
Semoga Allah memurahkan rezeki orang yang belanja makan hari ni... (^_^)V